Tuesday, November 3, 2009

RASUAH: AHLI PARLIMEN SABAK BERNAM ANTARA YANG AKAN DIDAKWA?

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri (BN) dan pembantunya Ramli Busro akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kira-kira pukul 8.30 pagi nanti.

Mereka adalah antara lima orang yang diseret ke muka pengadilan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah.
Menurut kenyataan SPRM Ahli Parlimen dan pembantunya itu ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran palsu semasa menjadi ADUN Selangor.
Berikut kenyataan penuh SPRM:

Bekas ADUN dan pembantu ditangkap SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas ADUN dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Bekas ADUN tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan. Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.
Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).


Bekas pegawai MB Selangor ditangkap SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas Pegawai Menteri Besar Selangor pada 2 November 2009 atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Beliau ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan. Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00.
Beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).


Pembantu khas exco Selangor dituduh SPRM (Wong Chuan How)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menuduh seorang pembantu khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan.
Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan tahun 2008 yang mana tidak dibekalkan. Beliau juga akan dituduh di atas dua (2) kesalahan pecah jenayah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).


Pengarah syarikat dituduh membuat tuntutan palsu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan menuduh seorang pengarah syarikat atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.
Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).
WR: Tidak kira siapa mereka, jika mereka melakukan kesalahan atau menggunakan kedudukan serta kuasa yang ada untuk mendapat keuntungan peribadi, untuk mengkaya diri, itu adalah satu kesalahan yang paling besar serta dosa, tambahan mereka yang bergelar wakilrakyat, kerana mereka telah melakukan pecah amanah.
Harap pihak berkuasa seperti SPRM akan melakukan siasatan terperinci dan mendakwa serta dijatuhkan hukuman yang berat kepada pesalah rasuah ini. Jangan sampai negara ini menjadi tempat membiaknya gejala rasuah yang bakal menjatuhkan imej dan merobohkan tamadun yang telah kita bina.

Thursday, October 29, 2009

YB Pelabuhan Kelang jadi ADUN bebas.

Adun Pelabuhan Klang YB Badrul Hisham Abdullah isytihar keluar daripada Parti Keadilan Rakyat serta merta dan menjadi wakil bebas menyokong Barisan Nasional, berikutan cadangan Menteri Besar Selangor supaya PKR meminta YB Badrul meletak jawatan sebagai ADUN.


YB Badrul antara nama-nama yang disebut-sebut bakal menyertai UMNO dalam rancangan berberapa ADUN Pakatan Rakyat lain untuk keluar parti dan menyertai BN dan menubuhkan kerajaan negeri baharu seperti yang berlaku di Perak, walaupun perkara itu lebih daripada khabar-khabar angin sahaja.


Dalam satu sidang media pada petang Khamis, Badrul berkata keputusan tersebut dibuat kerana beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu. Bagaimanapun, Badrul enggan mendedahkan sama ada beliau akan menyertai Umno atau mana-mana parti politik. Badrul berkata beliau juga menjadi sebagai ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Tegasnya, beliau juga tidak akan mengosongkan kerusi DUN yang disandangnya ketika ini.


Mungkin khabar-khabar angin ini jugalah menyebabkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz mencadangkan supaya PAS mengadakan EGM untuk membersihkan parti dari mereka yang berpaling tadah. Antara nama yang disebut oleh Nik Aziz adalah Datuk Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor. Hassan Ali juga disebut-sebut sebagai nama yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor jika ADUN lompat parti ini menyokong BN dan membentuk kerajaan baru.


Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dalam kenyataannya turut mengakui bahawa dengan perletakkan jawatan Badrul serta Jeffery Kitingan akan memberi kesan negatif kepada parti itu. PKR kini dilihat sebagai sebuah parti yang bakal suram kembali apabila tidak diurus dengan betul terutamanya dengan peranan DSAI yang tidak mantap. Kesan dari masalah dalaman ini memberi peluang yang baik kepada BN untuk meraih sokongan rakyat, itupun kalau UMNO/BN mahu menggunakan isu ini dengan sebaik-baiknya.

Wednesday, October 28, 2009

Mungkinkah ini terjadi?

Dalam sibuk-sibuk PAS berusaha melindungi cerita sebenar apa yang berlaku dalam PAS berdasarkan kehendak Mursyidul Am Nik Aziz untuk diadakan EGM dengan tujuan membersihkan PAS dari mereka yang mahu bekerjasama dengan UMNO, kepimpinan tertinggi PAS masih meneruskan hubungan baik mereka dengan pemimpin kanan UMNO. Lihatlah gambar di bawah ini, agaknya apa yang diperbincangkan oleh mereka ini? Nampak macam serius sahaja, walaupun mereka berada di bilik rehat MP. Mungkinkah PAS akan menjalinkan kerjasama di Selangor dan Perak? Atau mungkin juga PAS bakal kembali ke pangkuan BN?

26/10/09 - Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sedang rancak berbual dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ahli Parlimen BN Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah di bilik rehat Ahli Parlimen di bangunan Parlimen.Gambar ini dirakam tidak lama selepas selesai sidang akhbar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali di ibu pejabat PAS,Kuala Lumpur pagi Isnin.Duduk disebelah mereka,tidak kelihatan dalam gambar ialah Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Sivakumar wajar dikenakan tindakan.

Kepada pembaca budiman yang waras lagi cerdik bijaksana, silalah baca dan teliti kandungan surat bekas Speaker DUN Perak ini. Tindakan begini adakah patut didiamkan hanya kerana mahu menjaga situasi politik. Wajarkah Sultan Perak dipermain-mainkan? Tidak adakah anak jati Perak yang terkenal dengan kepahlawanan mereka mahu bangkit untuk melakukan sesuatu kepada si pengkhianat ini? Kita sudah bijak dan pandai, banyak saluran undang-undang yang boleh digunakan terhadap Sivakumar ini.


Friday, October 23, 2009

Kerja jahat sapa ni?

Malam ni WR mendapat SMS yang menyatakan satu misi tayangan filem pemenang Anugerah Filem Australia akan ditayangkan di berberapa buah hotel di bandar-bandar seperti di Kuching, Johor Baharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tujuan tayang filem ini adalah antara gerakkan terancang untuk melumpuhkan atau memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.
Tarikh tayangan mulai esok dan ada pihak tertentu dipercayai ahli PKR sedang mengedarkan tiket-tiket percuma kepada orang ramai.
Antara filem yang bakal ditayangkan adalah bertajuk:
1. Kongsi Dalam Gelap.
2. Hide and Seek.
3. Half Individu, Half Social.
4. 8760 Jam Pasca 8 Mac
5. Di bawah Langit.
6. Why Democracy Is Better.
7. I Am Muslim Too.
8. Burma VI
9. All That U Can Leave Behind.
10. The Perak Crisis.
11. Al Fatihah Mamali
12. Kayuh ( Chinese Belt)
Difahamkan bahawa selepas tayangan ini akan diadakan perbincangan mengenai filem tersebut. Kepada sesiapa yang mendapat maklumat mengenai tayangan filem ini diharap dapat menghantar email kepada WR di alamat wakilrakyatblog@gmail.com.

Wednesday, October 21, 2009

Pendedahan Eksklusif II: PAS kena tipu dua kali.

Kali ini WR akan mendedahkan situasi sebenar mengenai pelantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Apabila DAP&PKR memerintah negeri Pulau Pinang pelbagai perkara yang dibuat perubahan dan semestinya yang sibuk gedik untuk tunjuk kuasa adalah PAS. Apa yang pastinya PAS buat adalah menguasai semua masjid dan surau. Walau bagaimanapun menjadi masalah apabila pengurusan agama Islam di Pulau Pinang terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Negeri.
Apabila Lim Guan Eng mengetuai kerajaan, beliau telah meminggirkan wakil tunggal PAS iaitu Allahyarham Datuk Hamdan ADUN Permatang Pasir. Wakil rakyat PAS itu tidak dilantik ke apa-apa jawatan dalam kerajaan. PAS merasakan mereka akan diberi kerusi Exco tetapi sehingga ke akhir hayat DAP tidak melantik beliau. PAS juga menekankan untuk mengambil kerusi YDP MAINPP, tetapi jawatan itu disandang oleh ADUN UMNO. PAS sentiasa menekan untuk mendapat kerusi tersebut kepada DAP sehingga ada ahli PAS rasa seperti tertipu.
Namun pendedahan yang menarik tentang isu perlantikan YDP MAINPP itu sebenarnya PAS telah ditipu berkali-kali oleh DAP dan PKR. Apabila kerusi YDP MAINPP dipertikai, Fairus yang ketika itu menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 telah memanggi YB Ust Shahbudin Yahya untuk berbincang mengenai perletakan jawatan beliau sebagai YDP MAINPP, tetapi YB Shahbudin menyatakan bahawa tauliah beliau dan ahli majlis MIANPP adalah sehingga Disember 2009 yang telah dikeluarkan oleh SPB YDP Agong.
Perbincangan demi perbincangan dijalankan antara YB Ust Shahbudin dengan Fairus dan sentiasa hadir dalam perbincangan tersebut adalah Datuk Zaharin selaku Pengerusi Perhubungan PKR negeri Pulau Pinang ataupun dihadiri bersama dengan Dr Mansor yang kini menjadi TKM 1, kerana Zaharin dan Malik merasakan Fairus masih mentah dalam soal begini. Sepanjang perbincangan yang kurang lebih 3 kali di pejabat TKM1, PAS tidak pernah dijemput bersama untuk memberi pandangan. PAS tak pernah dijemput.
Atas nasihat TYT Tun Rahman Abas supaya orang Islam Pulau Pinang tidak menyeret Majlis Agama Islam ke dalam kancah politik, akhirnya UMNO dan PKR bersetuju untuk melantik Ust Illias Zakaria sebagai YDP MAINPP yang baru. Maka watikah perlantikan Ilias Zakaria telah diterima pada bulan Ogos iaitu sebelum tarikh PRK Permatang Pasir. Yang menarik PAS tidak pernah terlibat dalam keputusan itu.
Perlantikan Ust Ilias Zakaria adalah berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan PKR supaya jawatan YDP MAINPP tidak disandang oleh orang politik, maka bagaimana PAS mahu melantik Salleh Man? Lagi pun Ust Ilias Zakaria walaupun memang penyokong PAS beliau adalah Ahli Majlis MAINPP selama 15 tahun, dan pengalaman beliau sebagai penjawat awam di USM melayakkan beliau berbanding dengan Salleh Man yang hanya menjadi pengurus sekolah agama persendirian, itupun terpaksa ditutup, katanya Salleh Man songlap duit sekolah.
Kepada penyokong-penyokong PAS di Pulau Pinang, anda harus sedar bahawa anda telah ditipu berkali-kali oleh DAP & PKR. Harap PAS dapat bersemuka dengan DAP & PKR untuk memastikan segala usaha penat lelah mereka bekerja semasa pilihanraya umum atau kecil berbaloi. Jangan lah jadi kita umat Islam sentiasa ditipu oleh mereka yang sengaja mahu merosakkan agama suci ini.

Monday, October 19, 2009

Pendedahan Eksklusif: Kerajaan Umar Abdul Aziz Lim Guan Eng. Siri 1

Sila tonton video ini dan buat penilaian, pembohongan apakah yang sedang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang, penganiayan kepada orang Melayu Islam berterusan walaupun PAS menyatakan bahawa kerajaan negeri ala-ala Umar Abdul Aziz palsu ini membela nasib orang Melayu. Orang Melayu tertipu tetapi PAS kena tipu hidup-hidup, ini lah balasan apabila mereka bersekongkol dengan "Syaitan" untuk menghalalkan matlamat mereka.



Siri kedua pendedahan eksklusif ini akan disiarkan kemudian.Tunggu...!!