Monday, April 20, 2009

Raja Dan Sultan Mengatasi Politik

Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.
Tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam, demikian titah Sultan Perak.
Titah baginda, seseorang raja sebenarnya berada ‘di atas politik’ dan tidak boleh turun berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik terbabit.
“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
“Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan.
Komen blogger: Zaman Penjajahan British dulu pun, institusi raja dikekalkan, cuma kuasa sahaja yang kurang. Masa nak buat Malayan Union pun British tetap minta tandatangan Raja-Raja Melayu dan apabila Raja-Raja Melayu boikot majlis pelancaran Malayan Union, British mengambil keputusan untuk membatalkan Malayan Union.
Kita hairan jugak la, bila ada orang Melayu sendiri yang cuba nak menghapuskan Raja-Raja Melayu... itulah politiking, "matlamat menghalalkan cara."

No comments:

Post a Comment