Sunday, April 26, 2009

Tempat duduk isu remah lah....

Dato Seri Dr. Zambry tidak berganjak..sidang DUN Perak tetap akan diadakan pada 7 Mei 2009. klik untuk berita lanjut...
Sementara itu Menteri Besar Perak itu enggan mengulas kemungkinan Barisan Nasional (BN) mengemukakan usul untuk menukar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar, semasa persidangan yang dijadualkan 7 Mei ini.
"Saya akan ulas perkara itu kemudian," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenainya hari ini.
Dalam pada itu itu, Zambry berkata tiada mesyuarat peringkat tertinggi barisan panel peguam BN diadakan pada Ahad lepas yang dikatakan bagi membincangkan langkah dan prosedur persidangan DUN yang akan berlangsung itu. Semua pihak mahukan situasi yang aman dan tidak sewajarnya keadaan hura-hara ketika persidangan DUN berlaku.
Selain itu, katanya, masalah tempat duduk yang ditimbulkan wakil DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat adalah isu remeh yang menunjukkan mereka tidak matang berpolitik.

No comments:

Post a Comment