Thursday, May 28, 2009

DUN Manek Urai: PRK 14 Julai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.
Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.
Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi untuk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.
Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja, namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.
“Mereka (pengundi) di Manek Urai bekerja sebagai petani, nelayan, penoreh getah dan hanya 10 peratus bekerja di luar Kelantan. Ia (tarikh pegundian dan penamaan calon) tidak akan memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi,” kata beliau pagi tadi.


MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL DUN MANEK URAI
Tarikh keluar writ: 1 Jun 2009 (Isnin)
Tarikh keluar notis: 7 Jun 2009 (Ahad)
Tarikh penamaan calon: 6 Julai 2009 (Isnin)
Tarikh pengundian: 14 Julai 2009 (Selasa) *jika ada pertandingan
Pegawai pengurus: Adnan Husin (Ketua Jajahan Kuala Krai)
Jumlah pemilih berdaftar: 12,293 pemilih berdaftar terdiri daripada 12,268 pemilih biasa dan 25 pemilih pos
Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Pecahan undi mengikut bangsa: Melayu - 99.22 peratus; Cina - 0.46 peratus dan India - 0.23 peratus

1 comment:

  1. adakah pimpinan pembangkang tahu Perlembagaan Malaysia?

    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete