Wednesday, May 20, 2009

Khir Toyo digantung. PR pun sama macam BN

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga mendapati bekas Menteri Besar itu bersalah kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Mac lepas.
SELCAT ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada pertengahan Mac lalu.Selain Dr Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan.
Blogger: apa berlaku kepada Khir Toyo adalah mangsa balas dendam Pakatan Pembangkang setelah Dewan Rakyat menggantung anak Karpal Sigh yang juga MP Puchong, juga selama setahun dan ditarik semua pembayaran elaun sebagai MP.
Sebenarnya pemikiran dan tindakan mereka tidak lebih macam BN, so kalau mereka memerintah pun negara ini, mereka akan melakukan perkara yang sama macam BN buat, cuma mungkin lebih mempopularkan diri sahaja dengan memberi gula-gula kepada rakyat.
Sepatutnya mereka bertindak lain dari kebiasaan yang dilakukan oleh BN, baru lah mereka boleh

No comments:

Post a Comment