Saturday, June 27, 2009

Gelombang Pilihanraya Kecil Seterusnya - Bandar Tun Razak

WR pernah membangkitkan isu berkaitan gelombang menjatuhkan kerajaan Melayu Malaysia yang sedang giat dijalankan oleh pakatan pembangkang. klik sini: Gelombang Jatuhkan BN
Usaha ini sedang giat sekali dijalankan dengan menjalankan perang psikologi untuk menunjukkan bahawa UMNO dan BN semakin lemah kerana sering kalah dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU 12. Sejarah membuktikan bahawa setiap pilihanraya kecil yang diadakan secara sengaja dirancang atau kerana kematian penyandangnya BN sentiasa kalah. Perang ini berjaya dan menyebabkan rakyat beranggapan BN sangat lemah dan bukan lagi kerajaan yang boleh membela rakyat.

Satu lagi konspirasi baru yang akan dibuat oleh pembangkang ialah Menteri Besar Selangor akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak bagi memberi laluan kepada Zaid Ibrahim untuk menjadi ahli parlimen.

Zaid Ibrahim, bekas ahli parlimen Kota Bharu, ketua UMNO bahagian Kota Bahru, ahli MT UMNO dan bekas menteri di JPM, pemilik firma guaman Zaid Ibrahim & Co. Firma guaman ini banyak mendapat manfaat dari jawatan Zaid sebagai orang penting dalam kerajaan. Zaid tidak boleh nafikan fakta ini. WR

1 comment:

  1. Dulu bila bn menang, depa kata pengundi hantu la, spr tak telus la, la ni depa dok menang tak naik plak soal tu.. sedarlah orang melayu sekalian melayu semakin MELAYU..

    ReplyDelete