Monday, July 6, 2009

Bijak atau Bodoh? Ataupun ada Agenda?

Seminggu ini, kita disesakkan dengan isu yang timbul di kawasan utara iaitu di Pulau Pinang dan di Kedah. WR rasa tak perlu nak dinyatakan lagi apa cerita hangat di utara ni, se Malaya ini sudah tahu. Ramai yang bertepuk tangan tanda gembira, ada yang menadah tangan tanda syukur tak kurang jugak yang bersedih dan susah hati.

WR, pagi tadi sempat minum dengan seorang penyokong kuat PAS yang kebetulan sama-sama berjemaah solat Subuh di masjid. Kelihatan dari riak muka sahabat ini ada kerisauan yang difikirkan menyebabkan WR mempelawa sahabat ini untuk bersarapan. Seperti diduga sahabat ini risau dan sedih dengan apa yang dah terjadi dengan hubungan Pakatan Sesetengah Rakyat (PR). Sahabat ini menyatakan mengapa pakatan ini tidak boleh jadi kukuh seperti BN sedangkan mereka mempunyai agenda dan matlamat yang sama iaitu menguasai pemerintah Malaysia dalam PRU 13 nanti. Lantas beliau membuat keputusan dengan menuduh DS Najib dan konco-konconya yang bertanggungjawab menkucar-kacirkan pakatan ini setelah DS Najib berjaya merampas kerajaan PR di Perak.

Hujah dan cerita sahabat ini memang menarik dan agak sadis jugak lah, jika kita berada di tempatnya yang merupakan pendokong kepada agenda PR. Tetapi WR memberi pandangan bahawa ini lah politik di Malaysia yang kita telah amalkan telah sekian lama. Sahabat ini cuma melihat politik Malaysia dari sudut Islam beliau yang sempit sahaja. Politik di Malaysia menggunakan keadah matlamat menghalalkan cara, iaitu apa sahaja peluang yang ada akan dilakukan untuk mencapai matlamat politik iaitu kuasa. Walaupun tidak seratus peratus kaedah ini digunakan tetapi menjadi amalan ramai pengamal politik. Nama bagi sesebuah parti itu hanya lah label di luarnya sahaja tetapi di dalam berbeza.

WR, memberi pandangan lagi bahawa PR tidak boleh menjadi seperti BN jika tidak mempunyai matlamat yang jelas dan tidak ikhlas untuk membela rakyat, kerana di Malaysia rakyat adalah segala-galanya dan mereka menjadi keutamaan. Jika parti-parti dalam PR mempunyai fahaman mereka sendiri dan tidak selari di tambah pula mereka tidak mempunyai seorang ketua yang boleh memimpin dengan baik serta di hormati, gerakan PR tidak akan sampai ke mana. DSAI yang di letakkan sebagai kepala umum dilihat gagal mengawal parti dalam PR sebab beliau sendiri pun tidak menyertai mana-mana parti. Walaupun beliau seperti lebih kepada PKR tetapi tidak menjadi ahli tambahan pula PKR bukanlah sebuah parti yang kukuh dan kuat.

Ketiga-tiga parti dalam PR, mempunyai kekuatan yang hampir sama dengan kelebihan kepada PAS yang menguasai sokongan orang Melayu dan DAP yang menguasai sokongan kaum Cina. PKR sekarang ini lebih dilihat disokong oleh orang India, tetapi dengan isu Kampung Pala nampaknya kaum India mungkin akan hilang kepercayaan pada PKR. Dengan ketiadaan kuasa dominan dalam PR menyebabkan semua parti mereka adalah leader walaupun pada asasnya DSAI adalah ketua umum. Tetapi DSAI juga sebenarnya hanya pandai dalam pidato tetapi pengurusan organisasi beliau lemah.

Walaupun begitu, dalam politik ini seperti yang WR nyatakan pada sahabat tadi, matlamat menghalalkan cara, jadi pelbagai strategi digunakan termasuklah strategi tersembunyi. PAS, DAP dan PKR kelihatan bertelegah sesama mereka, tapi benarkah? Atau mereka nampak berkocak di luar tetapi di dalam mereka berpeluk-pelukan sambil bergelak ketawa bila musuh sudah memakan umpan?

Isu tanah Kampung Buah Pala agak menarik, dengan akhirnya kerajaan persekutuan mahu dijadikan kambing hitam dengan menyelamatkan pihak-pihak yang bertelagah ( pengundi DAP dengan parti DAP ), yang kena selesaikan masalah ini kerajaan BN yang kena bayar pampasan kerajaan BN tapi yang mendapat nikmat DAP dan penyokong-penyokongnya. Apakah dengan bantuan kerajaan persekutuan BN penduduk Kampung Buah Pala akan menubuhkan sebuah bilik gerakan BN di kampung itu dan mengibarkan bendera BN di seluruh kampung itu serta mengecat semua rumah mereka dengan warna biru seterusnya dengan tidak sabar-sabar mahu mengundi BN dalam pilihanraya nanti?
Kepada penduduk kampung Buah Pala anda harus jadi seperti orang Melayu yang redza dengan apa jua yang terjadi kepada mereka. Apa yang anda hendak pertahankan? Apakah tingginya nilai kampung anda? Kalau anda mengatakan kampung anda sudah berusia seratus tahun, mengapa anda tidak melihat kampung Melayu di Tanjong Tokong yang berusia lebih dari seratus tahun, dan penduduk di situ memiliki tanah sendiri bukan mereka menjadi penduduk haram seperti anda. Tapi akhirnya penduduk kampung di Tanjong Tokong akhirnya berpindah juga dari tanah milik mereka sendiri atas nama pembangunan.
WR percaya ada agenda lain yang lebih besar lagi disebalik cerita di kampung Buah Pala, tambahan pula pemaju projek ini dikatakan orang Melayu dan tanah itu juga adalah milik koperasi pegawai kerajaan Pulau Pinang yang juga kebanyakkan ahlinya adalah Melayu. Kerajaan Persekutuan BN tidak seharusnya campur tangan dalam isu ini, walaupun penduduk kampung Buah Pala itu mengatakan bahawa PM harus ada semangat Satu Malaysia. Satu Malaysia pada mereka adalah membantu mereka mendapatkan hak pada bukan hak mereka yang sebenarnya ada agenda disebaliknya.
Begitu juga dengan cerita yang berlaku di Kedah, melihatkan bahawa DAP telah berpatah arang dengan kerajaan negeri pimpinan PAS. Dari sehari ke sehari pelbagai isu memburuk-burukkan Kerajaan PAS Kedah didedahkan. WR tidak rasa sekadar isu merobohkan tempat sembelihan babi akan menjadi isu besar sehingga boleh bercerai berai. Sebenarnya mereka mempunyai agenda yang lebih besar dari itu. WR

No comments:

Post a Comment