Friday, July 17, 2009

Mursyidul Am PAS bersalah di Manek Urai.

Dengan kemenangan hanya lebih 65undi di Manek Urai, pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran rakyat dan yang paling memeningkan kepala ialah penyokong PAS, bagaimana mereka boleh menang dalam kekalahan, sedangkan kebelakangan ini rakyat dilihat seperti lebih simpati kepada mereka. Dalam blog-blog yang pro PAS dan PR pelbagai ulasan yang diberikan dan tak kurang seperti biasa mereka menyalahkan media yang pro UMNO.

Bagi WR, yang paling bersalah adalah Mursyidul Am PAS kerana menimbulkan pelbagai polemik dan dilihat beliau maksum serta membelakangi kepimpinan PAS. Mursyidul Am PAS ini bertindak seperti dia mengatasi perlembagaan dan semangat perjuangan PAS.

Penyokong PAS tidak seharusnya menyalahkan orang lain ataupun UMNO, tetapi kena salahkan kepimpinan mereka sendiri, yang sebenarnya mencerminkan bahawa PAS bukanlah penyelamat Islam tetapi lebih kepada menggunakan Islam untuk kepentingan politik dan kuasa mereka. Itulah yang dinamakan politiking, siapa sahaja akan tergoda dek kerana kuasa.WR

1 comment: