Saturday, September 19, 2009

Isteri muda disayang, isteri tua melayang- Samy Vellu

Semalam Tun Dr. Mahathir meneruskan projek harakiri nya terhadap Presiden MIC S. Samy Vellu dengan menyatakan bahawa beliau adalah liabelity kepada Barisan Nasional. Komen itu adalah kenyataan kedua selepas komen Tun Mahathir bahawa Presiden MIC paling lama itu patut berundur dari jawatang tersebut. Berikutan kenyataan tersebut, seorang perwakilan MIC telah mencadangkan supaya digantung selipar pada gambar Tun Mahathir. Perbuatan menghina itu mengundang kemarahan ramai rakyat Malaysia sehingga mendesak MIC mengambil tindakan tegas kepada perwakilan itu.

Dr Mahathir, dalam satu temubual dengan Bernama semalam, berkata Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal dan beliau perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggunjawab terhadap kegagalan parti itu pada pilihan raya umum lepas.

Samy Vellu menganggap komen Dr Mahathir ibarat "memberitahu seorang isteri yang masih muda bahawa dia cantik dan satu aset, tetapi apabila tua, dia dilabel sebagai liabiliti" Samy Vellu juga menyatakan bahawa beliau telah berbincang mengenai pelan persaraannya dengan Pengerusi BN DS Najib Tun Razak.

Dengan komen harakiri Tun Mahathir itu, Samy patut lebih sedar diri bahawa rakyat kini sedang membuat penilaian kepada beliau. Ramai masyarakat India yang menyalahkan Samy Vellu yang dilihat tidak peka kepada permasalahan kaum itu. Blogger juga berpengalaman berjumpa dan besembang dengan ramai golongan muda India yang tetap mahu bersama dengan Barisan Nasional tetapi menjadi tawar bila mengenangkan Samy Vellu. Mereka marah sangat bila disebut nama Samy Vellu.

Demi masa depan politik Barisan Nasional dan pembelaan kaum India Samy Vellu patut mengumumkan pelan persaraan beliau dengan segera, bukan menjadi rahsia lagi dan bersifat eksklusif. Pengumuman persaraan Samy perlu dilakukan sebelum pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang jika beliau mahu BN menang.

MIC sebenarnya dalam PRU 12 dan lapan PRK lepas langsung tidak membantu untuk memenangi hati pengundi kaum India kerana mereka sudah bosan dengan peranan MIC untuk membela nasib kaum minoriti itu. Lihat sahaja kes Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan juga isu kuil Hindu di Shah Alam dan di lain kawasan. Benar kata Tun Mahathir, dulu tidak wujud HINDRAF tetapi kini sudah wujud NGO yang begitu ekstrim membela kaum India sehingga diambil kesempatan oleh parti-parti pembangkang.

Menang dalam pemilihan parti adalah perkara yang umun mengetahui boleh diatur, tambah jika diumpan dengan wang atau ugutan, tetapi pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang menang dalam pilihanraya kerana diterima oleh rakyat. Rakyat adalah hakim yang paling adil dalam rencana kepimpinan. WR

No comments:

Post a Comment