Saturday, November 28, 2009

Takut pada BTN lebih dari takut Tuhan.

Memang menarik bila mendengar berita mengenai Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan BTN dan mengarahkan semua kakitangan kerajaan dan IPT serta agensi di bawah kerajaan negeri itu tidak dibenarkan menyertai apa jua aktiviti atau kursus anjuran BTN.
Jika dilihat melalui kaca mata PKR, DAP dan PAS, tindakan itu boleh dikatakan sangat tidak demokratik walaupun prinsip-prinsip tulen demokrasi dikatakan menjadi anutan mereka. Jika bercakap soal demokrasi ia akan berkait rapat dengan soal hak asasi manusia. Menjadi hak asasi kepada setiap manusia untuk memilih bentuk pemikiran dan buah fikiran mereka sendiri tanpa diarah-arah oleh orang lain. Jadi kenapa kerajaan negeri Selangor harus takut pada BTN sedangkan Barisan Nasional tidak pernah takut pada Harakah, Roket atau Suara Keadilan? Biarlah rakyat membuat penilian mereka sendiri kerana rakyat telah menjadi bijak dan pandai kerana dasar pendidikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Jika Exco Selangor, Halimah Ali menyatakan bahawa mana-mana kakitangan awam kerajaan negeri Selangor yang menegikuti atau terlibat dengan BTN akan dikenakan tindakan kerana mereka berkuasa kepada kakitangan awam negeri. Agak lucu kenyataan exco Selangor itu, kerana beliau tentu tahu ramai pengikut PAS, PKR dan DAP adalah dari kakitangan awam persekutuan yang menjadi guru, pensyarah, pegawai kanan, pegawai biasa, kerani, tukang kebun dan ramai lagi lah, semua mereka ini amat bersimpati dengan perjuangan pembangkang ini.
Tidakkah seorang pensyarah Institusi Perguruan Kampus Tuanku Bainun yang terang-terang berjawatan dalam PAS, menyatakan bahawa kerajaan UMNO itu dengan sengaja menganiaya kerajaan PAS Kelantan kepada guru pelatih ketika mengajar dalam kelas adalah indoktrinisasi membenci kerajaan Malaysia? Bagaimana pula dengan seorang pensyarah UUM dan USM yang sengaja mengagalkan pelajarnya semata-mata kerana pelajarnya itu menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional banyak membantunya dalam pelajaran sehingga masuk ke universiti? Macamana pula dengan bekas pegawai SPR Pulau Pinang yang dengan senjaga memindahkan ramai pengundi PAS dari Kedah dan Perak ke Permatang Pasir sehingga dalam satu alamat ada pengundi sampai 25 orang dengan bin atau binti yang berbeza dan juga bernama Cina?
Jadi siapa yang lebih demokrasi sekarang, PAS, PKR, DAP atau Barisan Nasional? Mengapa harus takut kepada sebuah agensi kecil kerajaan bernama BTN? Apa yang pasti, macam cili burong walaupun kecil tetapi pedasnya hampir boleh melebamkan lidah dan mendesingkan telinga dengan pedas dan panasnya, berbanding dengan cili lain yang lebih besar dan hampir boleh dibuat ulam pun. Jadi teringat kita kepada perpatah Melayu yang menyatakan "siapa makan cili , dia lah yang terasa pedasnya"......WR.

1 comment: