Saturday, August 15, 2009

Utamakan parti bukan diri sendiri....

Salam,
Pengumuman calon untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir telah pun diumumkan oleh UMNO dan PAS, maka sahlah dua pasti Melayu terbesar itu akan menyertai PRK ini.Tetapi terdengar juga bahawa calon bebas ingin mencuba nasib, Khairul Ramizu juga telah menyatakan kesediaan dan begitu juga dengan calon dari AKIM juga sedang meninjau kesesuaian.

Dengan pengumuman itu, maka usaha lobi melobi oleh pemimpin kanan kedua-dua parti itu, sudah pun akhir. Yang terpilih akan merasa gembira dan terpikul beban yang menanti sepanjang hari berkempen serta yang lagi besar adalah amanah rakyat. Kepada yang nama disebut-sebut untuk menjadi calon tetapi tidak terpilih, semoga dapat menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Kepentingan parti yang perlu diutamakan, pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan tetap serupa dan wajib diterusakan seperti UMNO yang bermaksud Untuk Membela Nasib Orang.
Namun begitu bukan mudah untuk menerima kenyataan, kerana sudah menjadi cita-cita dan matamat kebanyakkan orang politik untuk terpilih menjadi wakil rakyat. Bagi UMNO nama yang disebut-sebut seperti Cikgu Zaidi ramai pemuda yang kecewa sehingga kedengaran ada bilik gerakan pemuda yang hendak ditutup dan yang paling tragis ramai pengundi cina yang berpusu-pusu ke tempat pengumuman calon menangis dan kecewa bila cikgu zaidi tidak terpilih. Begitu juga dengan penyokong Haji Rahim yang kebanyakkan terdiri dari orang lama dan "orang dalam" rasa kecewa dan tidak mahu meneruskan tugas berkempen.
Bagi PAS, antara calon yang disebut-sebut ialah Mohamad Sabu, kelebihan abg Mat ni anak tempatan dan pandai berkata-kata serta ramai peminat lelaki dan perempuan. Abg Mat yang sudah kebelakangan ini berjinak-jinak di Pulau Pinang dan mendekati Lim Guan Eng merasakan peluang beliau begitu cerah, tambahan pula beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang yang pernah menimbulkan kontraversi. Begitu juga nama yang disebut-sebut Mujahid Yusof Rawa ahli Parlimen Parit Buntar, penyokongnya yang terdiri dari golongan ulama, agak kecewa.

Paling menarik semalam, di gerai nasi kandar pokok ketapang, bersebelahan bangunan Telekom Butterworth dua bakal calon UMNO dan PAS bertembung. Walaupun berlainan ideology politik tetapi mempunyai citarasa makan yang sama, kedua-duanya meminati nasi kandar pokok ketapang. Tambah menarik keduanya meluahkan kekecewaan bila tidak terpilih walaupun tidak ketara. Namun bagi cikgu Zaidi walaupun agak kecewa, tetapi kepentingan parti diutamakan. Semalam cikgu Zaidi telah menghantar SMS kepada semua ketua cawangan dengan menyatakan beliau akan terus menyokong keputusan pucuk pimpinan dan akan bekerja untuk memastikan kerusi DUN Permatang Pasir menjadi milik UMNO.

Bagi abg Mat "dah orang tak suka pak lawak macam aku, apa nak buat? lagipun Anwar pun tak suka aku jadi ADUN dalam parlimen dia" kata Mat Sabu.

Friday, August 14, 2009

Takziah

Saya ucapkan innalillah hiwa inna ilaihiroji'un dan takziah atas pemergian mengejut penyanyi nasyid terkenal Sdr. Mohd. Asri Bin Ibrahim (40) dari kumpulan Rabbani jam 11.00 pagi tadi semasa berada di Kompleks Angkasapuri, RTM. Semoga dengan pemergian Mohd Asri, kumpulan Rabbani tidak berkubur juga, teruskan perjuangan anda.

Tuesday, August 11, 2009

Saturday, August 8, 2009

Islam the fucking religion


Pendakwah Islam terkenal Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyatakan bahawa beliau tidak setuju anak yang dikandung oleh teman wanita Teoh Beng Hock itu apabila lahir diiktiraf sebagai anak halal seperti yang dituntut oleh DAP. Alasannya anak itu adalah hasil persetubuhan di luar nikah, walau apa agama sekalipun, ia tetap tidak bermoral.


Oleh yang demikian Ketua Pemuda DAP YB Loke dalam blognya http://sjsandteam.wordpress.com/ (telah ditutup-kerana takut kena ISA kot) mengecam kenyataan Dr. Ridhuan Tee. Petikan kata-kata beliau dalam blog tersebut berbunyi: "who is this bastard Mohd Ridhuan?, what sort fucking Dr.Ridhuan? has everything been reduced to your FUCKING RELIGION (ISLAM)".


Kenyataan YB Loke ini, benar-benar biadap dan boleh memanaskan hati orang Islam, siapakah dia hendak mempertikaikan Islam. Tahukah dia apa itu Islam, mungkin dia cuma tahu Islam itu hanya PAS sahaja, iaitu sebuah parti politik yang menggunakan Islam untuk mendapat kuasa memerintah.


Sedarlah wahai umat Islam, masih mahukah lagi kita berbalah, bercakaran sesama sendiri? Tidakkah kita belajar dari sejarah Kerajaan Islam Di Sepanyol ( Kerajaan Andalusia), dibina dengan begitu hebat selama 800 tahun akhirnya, kerana perpecahan orang Islam dan berpakat pulak dengan orang Kristian, mereka dihina dan dihalau keluar dari Sepanyol. Perkara yang sama juga sedang berlaku di negara kita.


Kepada umat Melayu dalam PAS dan PKR yang sedang bersubahat dengan DAP parti kafir ini, anda bertanggungjawab dengan kenyataan Ketua Pemuda DAP ini. Siapakah yang membuatkan dia begitu berani? Kenapa PAS tidak pernah membantah bila pemimpin DAP membaca al-Quran dalam ceramah-ceramah? Betapa menikusnya PAS bila isu arak di Selangor ditempelak oleh DAP. Janganlah nanti cucu cicit kita nanti memaki hamun kita bila negara yang mereka warisi bukan lagi milik mereka, tetapi diperintah oleh kaum pendatang.
Untuk lebih lanjut sila baca blog YB Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu.http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html . WR

UMNO Permatang Pauh Bermuhasabah Diri

Untuk lebih lanjut sila klik di sini...

Friday, July 31, 2009

Al Fatihah Kepada Allahyarham YB Hamdan

YB Hamdan, ADUN PAS KADUN Permatang Pasir, Permatang Pauh telah kembali ke rahmatullah pagi ini di IJN. Urusan jenazah sedang diuruskan untuk dibawa pulang ke Pulau Pinang. Berita ini disahkan oleh sumber pejabat SUK Pulau Pinang.

PRK akan diadakan lagi dalam Parlimen Permatang Pauh untuk kali ke 3 selepas PRU 12, satu rekod yang menakjubkan. Allah jua yang tahu apa yang berlaku. Apa-apa pun WR mendoakan semoa roh YB Hamdan berada besama orang yang beriman dan dirahmati Allah.
update jam 8.45am 31/7/2009
klik http://www.n11permatangpasir.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.

Wednesday, July 29, 2009

"Pergi jahanamlah UMNO"

''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.' 'Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau.
WR: Dalam sistem demokrasi berparlimen, Raja berperlembagaan yang diamalkan oleh Malaysia bermakna rakyat yang memerintah melalui sistem wakil kuasa dalam Dewan Rakyat. Mana-mana parti yang menguasai Dewan Rakyat secara majoriti mudah ( 112 kerusi ) boleh membentuk kerajaan.

Secara realitinya kini, selepas PRU12, BN menguasai 140 kerusi di Dewan Rakyat hasilnya Barisan Nasional yang merupakan parti politik telah membentuk kerajaan persekutuan.

Barisan Nasional adalah gabungan 13 buah parti politik yang berdaftar iaitu UMNO yang menjadi tunjangnya dan MIC serta MCA selain PPP, PGRM dan lain-lain parti komponen lain di Sabah dan Serawak. Ini bermakna BN=UMNO dan Kerajaan Persekutuan Malaysia adalah BN dan BN adalah UMNO.

Agak musykil saya jika Mursyidul Am PAS kata pergi jahanam UMNO dan menyatakan kerjasama antara kerajaan PAS Kelantan hanya dengan kerajaan persukutuan bukan dengan UMNO.

Mungkin macam pergi ke restoran, order makanan, makan sekenyang-kenyangnya kemudian tidak mahu bayar dengan alasan tauke restoran tu musuh kita. Pelik jugak kan? WR