Wednesday, July 29, 2009

"Pergi jahanamlah UMNO"

''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.' 'Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau.
WR: Dalam sistem demokrasi berparlimen, Raja berperlembagaan yang diamalkan oleh Malaysia bermakna rakyat yang memerintah melalui sistem wakil kuasa dalam Dewan Rakyat. Mana-mana parti yang menguasai Dewan Rakyat secara majoriti mudah ( 112 kerusi ) boleh membentuk kerajaan.

Secara realitinya kini, selepas PRU12, BN menguasai 140 kerusi di Dewan Rakyat hasilnya Barisan Nasional yang merupakan parti politik telah membentuk kerajaan persekutuan.

Barisan Nasional adalah gabungan 13 buah parti politik yang berdaftar iaitu UMNO yang menjadi tunjangnya dan MIC serta MCA selain PPP, PGRM dan lain-lain parti komponen lain di Sabah dan Serawak. Ini bermakna BN=UMNO dan Kerajaan Persekutuan Malaysia adalah BN dan BN adalah UMNO.

Agak musykil saya jika Mursyidul Am PAS kata pergi jahanam UMNO dan menyatakan kerjasama antara kerajaan PAS Kelantan hanya dengan kerajaan persukutuan bukan dengan UMNO.

Mungkin macam pergi ke restoran, order makanan, makan sekenyang-kenyangnya kemudian tidak mahu bayar dengan alasan tauke restoran tu musuh kita. Pelik jugak kan? WR

No comments:

Post a Comment