Tuesday, July 28, 2009

DAP yang misteri....

WR minggu ini menelusuri berberapa laman web dan blog yang pro kepada pakatan pembangkang khususnya DAP. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah DAP dalam keadaan yang agak kalut selepas kematian orang kuat mereka secara misteri. Pendedahan demi pendedahan dibongkarkan mengenai wajah sebenar DAP dan yang agak menarik ialah penglibatan kongsi gelap sebagai penggerak kepada DAP.
WR tidak merasa hairan dengan penglibatan kongsi gelap dalam DAP kerana kegiatan kongsi gelap bukanlah baharu dalam arena politik baik di negara ini mahupun di mana-mana ada masyarakat keturunan Cina di serata dunia. Jika kita melihat filem-filem terbitan negara China, kongsi gelap memainkan peranan penting dalam politik terutamanya zaman penjajahan British di Tanah Besar China.
Kegiatan ini berterusan di Malaya, dan sejarah telah mencatatkan berberapa peristiwa penting berlaku berkaitan dengan kongsi gelap terutamanya di Perak - antara Hai San dan Gee Hin. Begitu juga penglibatan Yap Ah Loy dalam politik di Kuala Lumpur, tidak dilupakan impak politik kepada British di Pulau Pinang apabila berlakunya Perang Nyonya di Kulim.
Boleh dikatakan ramai orang terutamanya golongan intelek dan ternama kaum Cina tidak mahu dikaitkan dengan kegiatan kongsi gelap, kerana kebiasaannya kegiatan kongsi gelap ini banyak yang mengarah kepada kegiatan jenayah dan haram. Oleh yang demikian apabila terpalit nama DAP dengan kongsi gelap, maka DAP agak panik sedikit dan perlu memikirkan bagaimana mahu membersihkan nama parti itu, atau sekurang-kurangnya mengalih tumpuan rakyat dari isu DAP-KG.
Maka, untuk memastikan isu DAP-KG ini reda, maka mereka perlu mengalihkan tumpuan rakyat dengan cerita-cerita lain yang lebih sensasi. WR tidak pula mahu menuduh kematian TBH itu angkara DAP-KG, tetapi isu ini menjadi modal besar kepada DAP untuk memburukkan imej kerajaan dan memang itu agenda utama mereka sekarang, iaitu mahu menjatuhkan kerajaan Melayu Malaysia, dan menghapuskan apa yang dikaitkan dengan Melayu.
Terbaru, Malaysiakini, akhbar internet milik DAP, membuat pendedahan berkaitan dengan penyalahgunaan wang oleh JKKK semasa pemerintahan BN di Selangor dahulu. WR terkejut kenapa isu ini baru kini nak dibongkarkan, kenapa semasa mula-mula memerintah Selangor isu ini tidak ditimbulkan? Semakin aneh tindakan DAP kini, macam ada yang tidak beres.
Begitu juga dengan pakatan pembangkang yang lain, asyik mencari salah orang lain terutamanya kerajaan BN dan diletakkan lebal apa yang dibuat oleh BN tidak betul. Nak lagi teruk Murshidul Am PAS mengatakan semuanya dosa. Saya sebagai rakyat yang hidup di negeri -negeri yang diperintah oleh DAP dan PAS ingin merasai nikmat pemerintahan mereka, terutamanya DAP yang mempunyai pelbagai slogan, tapi hanya tinggal slogan sahaja. Saya masih tertunggu-tunggu bilakah Tol Sungai Nyok Seberang Perai nak dihapuskan. Apa jadi dengan manifesto DAP sebelum PRU 12 dahulu.
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tidak nampak dinegeri dikuasai DAP, yang nampak masyarakat Cina yang mendapat untung, itupun jika masa PRU 12 dahulu menyokong mereka. Sepatutnya DAP meninggalkan kerja dedah mendedah ni, tetapi memikirkan bagaimana hendak membuatkan rakyat hidup dengan lebih selesa dan aman damai, bukan tertanya-tanya, terpinga-pinga dengan polemik yang ditimbulakan setiap hari.
Saya merayu pada DAP dan Lim Guan Eng tolong lah buat kerja kepada rakyat, jangan asyik berpolemik sahaja. Rakyat setiap hari menjadi gelisah dengan polemik dan juga tindakan-tindakan kerajaan pimpinan anda yang menyusahkan rakyat seperti cukai pintu yang kini digunakan cara agresif oleh majlis perbandaran untuk mendapatkannya.
Tapi mampukah DAP menjadi penyelamat kepada rakyat? Tertamanya orang-orang Melayu?
WR

No comments:

Post a Comment