Saturday, September 19, 2009

Isteri muda disayang, isteri tua melayang- Samy Vellu

Semalam Tun Dr. Mahathir meneruskan projek harakiri nya terhadap Presiden MIC S. Samy Vellu dengan menyatakan bahawa beliau adalah liabelity kepada Barisan Nasional. Komen itu adalah kenyataan kedua selepas komen Tun Mahathir bahawa Presiden MIC paling lama itu patut berundur dari jawatang tersebut. Berikutan kenyataan tersebut, seorang perwakilan MIC telah mencadangkan supaya digantung selipar pada gambar Tun Mahathir. Perbuatan menghina itu mengundang kemarahan ramai rakyat Malaysia sehingga mendesak MIC mengambil tindakan tegas kepada perwakilan itu.

Dr Mahathir, dalam satu temubual dengan Bernama semalam, berkata Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal dan beliau perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggunjawab terhadap kegagalan parti itu pada pilihan raya umum lepas.

Samy Vellu menganggap komen Dr Mahathir ibarat "memberitahu seorang isteri yang masih muda bahawa dia cantik dan satu aset, tetapi apabila tua, dia dilabel sebagai liabiliti" Samy Vellu juga menyatakan bahawa beliau telah berbincang mengenai pelan persaraannya dengan Pengerusi BN DS Najib Tun Razak.

Dengan komen harakiri Tun Mahathir itu, Samy patut lebih sedar diri bahawa rakyat kini sedang membuat penilaian kepada beliau. Ramai masyarakat India yang menyalahkan Samy Vellu yang dilihat tidak peka kepada permasalahan kaum itu. Blogger juga berpengalaman berjumpa dan besembang dengan ramai golongan muda India yang tetap mahu bersama dengan Barisan Nasional tetapi menjadi tawar bila mengenangkan Samy Vellu. Mereka marah sangat bila disebut nama Samy Vellu.

Demi masa depan politik Barisan Nasional dan pembelaan kaum India Samy Vellu patut mengumumkan pelan persaraan beliau dengan segera, bukan menjadi rahsia lagi dan bersifat eksklusif. Pengumuman persaraan Samy perlu dilakukan sebelum pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang jika beliau mahu BN menang.

MIC sebenarnya dalam PRU 12 dan lapan PRK lepas langsung tidak membantu untuk memenangi hati pengundi kaum India kerana mereka sudah bosan dengan peranan MIC untuk membela nasib kaum minoriti itu. Lihat sahaja kes Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan juga isu kuil Hindu di Shah Alam dan di lain kawasan. Benar kata Tun Mahathir, dulu tidak wujud HINDRAF tetapi kini sudah wujud NGO yang begitu ekstrim membela kaum India sehingga diambil kesempatan oleh parti-parti pembangkang.

Menang dalam pemilihan parti adalah perkara yang umun mengetahui boleh diatur, tambah jika diumpan dengan wang atau ugutan, tetapi pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang menang dalam pilihanraya kerana diterima oleh rakyat. Rakyat adalah hakim yang paling adil dalam rencana kepimpinan. WR

Friday, September 18, 2009

Golongan Muda Menentang BN - Daim

80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.Dalam temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya."Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat."Rakyat mahu melihat perubahan, sama ada di dalam BN atau Pakatan Rakyat (PR), siapa yang lebih dahulu berjaya melaksanakan reformasi akan memenangi sokongan mereka," katanya.

Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".Pada masa lalu, katanya, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.

Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.Rakyat, katanya, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang."Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.Itulah kekecewaan terbesar rakyat, katanya

Wednesday, September 16, 2009

PAS P.Pinang kena main lagi.

Salleh Man akan menjadi mangsa DAP Pulau Pinang seterusnya apabila namanya tidak dinamakan sebagai pengganti YB Ustaz Shahbudin Bin Yahya sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Sebaliknya nama orang lain yang diperkenankan oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong, nama yang perlu dirahsaikan terlebih dahulu untuk keselamatan.
Peringkat sekarang ini, pemimpin-pemimpin PAS tertentu sedang berusaha untuk bertemu dengan YDP Agong supaya melantik Salleh Man sebagai YDP MAIPP. Walaubagaimanapun usaha mereka setakat ini belum membuahkan hasil atau nampak tanda-tanda positif.
Secara positifnya DAP, khususnya Lim Guan Eng berjaya untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian orang Melayu kepada institusi Raja-Raja Melayu yang akan dimomokkan sebagai penghalang demokrasi dan menjadi alat kepada UMNO, kerana itulah matlamat utama DAP, untuk meruntuhkan institusi Raja-Raja Melayu. Selepas itu mudahlah mereka untuk menubuhkan sebuah negara republik seperti Singapura.

Friday, September 11, 2009

Samy oh Samy, bila nak STOP!


Samy Vellu perlu berundur diri, di bawah ni pandangan orang India yang telah berjaya dalam zaman Samy Vellu.

"Protes terhadap Samy Vellu telah menyebabkan masyarakat India berpecah teruk dengan menyertai 10 buah parti dan kumpulan"
*PROF. MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM

"Samy Vellu sudah mencapai tahap tepu yang tidak mempercayai orang sendiri untuk menerajui parti"
*DR. SARJIT SINGH GILL
Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM

"Samy Vellu perlu berundur kerana jika tidak BN dibimbangi akan kehilangan undi pengundi India.Sebenarnya masyarakat India bukan tidak suka MIC atau BN tetapi kerana menolak Samy Vellu"
*DATUK VYRAN T. RAJ
Wakil NGO

"Samy Vellu yang terlalu lama menerajui MIC tidak sepatutnya terus mengekalkan pendekatan autokrasi dalam parti itu"
*PROF. DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK
Pensyarah Pengajian Antarabangsa UUM

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu perlu berundur secara terhormat daripada terus kekal menerajui parti itu dan dengan penuh bertanggungjawab membiarkan ahli peringkat akar umbi memilih pemimpin terbaik secara demokrasi.

Ini kerana, tindakan berterusan beliau mahu mengekalkan penguasaan bukan sahaja boleh menjadi liabiliti kepada MIC tetapi turut menjejaskan kredibiliti Barisan Nasional (BN).
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berpendapat bahawa punca utama masyarakat India menolak MIC dan BN adalah kerana menolak kepimpinan Samy Vellu.

Katanya, Samy Vellu tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa untuk mengekalkan pengaruh tanpa mengambil kira pengajaran yang ditunjukkan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Keadaan itu, katanya, telah menyebabkan masyarakat India seperti dalam keadaan tiada hala tuju kerana pemimpin mereka masih tidak berubah dan kekal berada pada takuk lama.

Sivamurugan berkata, protes terhadap Samy Vellu telah menyebabkan masyarakat India berpecah teruk dengan menyertai lebih 10 buah parti dan kumpulan seperti Gerakan, Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Progresif India (IPF), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Makkal Sakti Malaysia dan kelab penyokong Pas serta pertubuhan haram Hindraf.

‘‘Samy Vellu perlu memberi peluang kepada generasi pelapis mengambil alih parti dan jangan tunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kerana ia sudah terlambat bagi MIC dan BN,” tegas beliau.

Pemilihan MIC yang diadakan pada Sabtu ini akan menyaksikan perebutan kerusi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC).
Seramai tiga calon iaitu penyandangnya, Datuk G. Palanivel, Subramaniam dan Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan akan bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden, tujuh calon bagi tiga kerusi naib presiden dan 65 calon merebut 23 kerusi CWC.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sarjit Singh Gill berkata, kewujudan budaya peras ugut, kekecohan dalam proses pemilihan dan amaran supaya parti komponen lain tidak mencampuri urusan MIC adalah bukti jelas parti itu menolak semangat setiakawan.

Katanya, suara akar umbi paling penting dalam sebuah parti yang membawa suara masyarakat dan pendekatan menjadikan parti tersebut seperti milik individu perlu ditolak sekeras-kerasnya.
‘‘Samy Vellu sudah mencapai tahap tepu yang tidak mempercayai orang sendiri untuk menerajui parti. Mungkin kerana keupayaan bakal pengganti belum lagi teruji tetapi bagaimana hendak dibuktikan jika peluang langsung tidak diberikan?

Dalam pada itu, wakil masyarakat India dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Datuk Vyran T. Raj berkata, walaupun negara telah mencapai kemerdekaan 52 tahun lalu tetapi masyarakat India masih tidak bebas dalam erti kata sebenar kerana dibelenggu oleh telunjuk Samy Vellu.

Justeru, katanya, Samy Vellu perlu berundur kerana jika tidak BN dibimbangi akan kehilangan undi daripada kira-kira 20 peratus pengundi India pada Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang nanti.
‘‘Sebenarnya masyarakat India bukan tidak suka MIC atau BN tetapi kerana tolak Samy Vellu.
‘‘Kami amat berharap Najib campur tangan menyelamatkan MIC dan masyarakat India. Gantung parti atau buatlah apa sahaja demi untuk kebaikan semua pihak, kena tegas biar Samy Vellu uruskan dengan betul ‘rumahnya’ sebelum diterima memasuki kembali BN,’’ katanya.

Penganalisis politik yang juga pensyarah pengajian antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Samy Vellu yang terlalu lama menerajui MIC tidak sepatutnya terus mengekalkan pendekatan autokrasi dalam menentukan hala tuju parti itu.

Sepatutnya, jelas beliau, presiden parti politik paling lama di Malaysia itu mengambil iktibar daripada tsunami politik pada Mac tahun lalu dengan membuat perubahan drastik dan memberi tempat kepada kalangan pemimpin muda.
Menurutnya, tempoh setahun lebih itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh MIC untuk menarik kembali sokongan masyarakat India dan bukannya membiarkan kumpulan itu terus berpecah-belah.

‘‘Samy Vellu perlu membenarkan proses demokrasi mengambil tempat. Dia tidak boleh tentukan segalanya secara ‘one man show’ kerana tidak semestinya ia sesuai dengan kehendak akar umbi. Pendekatan ini bukan caranya menguruskan sebuah parti.

‘‘Apa yang presiden suka, belum tentu disukai oleh ahli. MIC tidak boleh diurus dengan selera beliau tetapi kena ikut selera ahli, jangan sesekali paksa selera anda kepada orang lain.
‘‘Sepanjang MIC dipimpin oleh Samy Vellu, proses demokrasi telah berkubur. Beliau kena bersikap jujur kepada masyarakat India kerana parti itu milik semua dan bukannya hak mutlak individu,” katanya kepada ketika dihubungi di sini hari ini.

Tuesday, September 8, 2009

Lina Joy Boleh Murtad - Anwar Ibrahim

Sila klik pada url ini untuk menyaksikan video kenyataan Anwar Ibrahim:

http://www.youtube.com/watch?v=TJKtq-2hrMw

Buatlah pertimbangan dan fikirlah..........

Saturday, September 5, 2009

Pilihanraya Lagi

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YB Azman Mohd Noor ADUN Bagan Pinang yang telah kembali ke rahmatullah jam 2.30 petang ini, walaupun blogger menerima SMS mengenai kematian ADUN itu jam 9.30 pagi.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan komplikasi sakit jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Pakar Seremban. Azman berusia 55 tahun. Allahyarham, yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Pakar Ampang Putri pada Mei lalu kerap kali mengadu tidak sihat sejak beberapa hari lalu, menurut isterinya Normah Zainal Abidin. Normah, 49, berkata, keadaan suaminya bertambah teruk sejak dua hari lalu.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.
Pada pilihan raya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Dengan kematian itu maka satu pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa 60 hari, ini merupakan PRK yang ke 9 dalam penggal selepas PRU 12. Pekerja parti-parti utama dalam negara baru lepas penat PRK di N11 Permatang Pasir, baru seminggu lepas, akan bekerja semula untuk memastikan calon mereka memenangi pilihanraya tersebut.

Apa pun, sekadar renungan telah berjuta ringgit dibelanjakan untuk mnguruskan pilihanraya kecil, maka adalah diharapkan supaya rakyat memahami bahawa pilihanraya bukanlah medan untuk memecah belahkan masyarakat dan merosakkan perpaduan.

Thursday, September 3, 2009

Konspirasi terbaharu Lim Guan Eng.

Terdengarla alkisah, selepas kemenangan YB Salleh Man, Lim Guan Eng (LGE) pun peninglah kepala nak tunaikan janji kepada orang PAS. Nak bagi kerusi Exco, dah penuh lagipun nak jaga porfolio apa. Mau tak mau LGE pun berjanji kepada perkara yang dia sendiri tahu agak mustahil dan penuh muslihat iaitu mahu memberikan kerusi YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
LGE tahu bahawa yang boleh memutuskan kepada siapa kerusi YDP MAIPP itu hanyalah Yang Dipertuan Agong sahaja, hatta TYT pun tak ada kuasa. Maka LGE akan guna strategi "1 bullet for 2 bird", iaitu tembak PAS dan melagakan PAS dengan YDP Agong serta akan menambahkan lagi kemarahan pengikut taasub (ahli syurga PAS) kepada institusi Raja Melayu yang dikatakan dibayangi oleh UMNO. Maka perancangan DAP untuk melenyapkan Raja-Raja Melayu selamanya akan tercapai, tanpa mereka bersusah payah dihentam oleh orang Melayu kerana orang Melayu sendiri yang nak robohkan institusi Raja Melayu.
Juga terdengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai, dalam mesyuarat Exco kerajaan DAP Pulau Pinang, LGE telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri- Farizan untuk mengkaji penggunaan wang zakat bagi projek pembangunan. Alasan klasik LGE yang merujuk kepada zaman Umar Abdul Aziz yang ,menggunakan wang zakat untuk projek pembangunan.
Itulah sebabnya mengapa LGE nak gunakan YB Salleh Man yang memang terkenal dengan kerja songlap-menyonglap duit ni ke kerusi YDP MAIPP. Kutipan Pusat Urus Zakat bawah MAIPP tahun 2008 lebih kurang RM 40 juta, jumlah ini akan bertambah lagi pada tahun ini mungkin akan bertambah menjadi RM 50juta lebih. Jumlah ini tentu meliurkan LGE dan DAP.
Tetapi LGE lupa, zakat yang banyak diterima oleh PUZ adalah dari syarikat korporat Melayu seperti TNB, Bank Rakyat, Bank Pertanian, Telekom dan banyak lagi. Sudah terdengar cerita bahawa kalau LGE akan gunakan wang zakat untuk politik DAP, mereka akan memberi zakat itu ke tempat lain mungkin ke Wilayah Persekutuan.
Sebagai orang Islam di Pulau Pinang, kita semua adalah bertanggungjawab untuk membantah perlantikan Salleh Man ke kerusi YDP MAIPP kerana ini adalah konspirasi DAP. Yang layak menerajui MAIPP ialah UMNO kerana mempunyai 11 kerusi DUN sedangkan PAS hanyalah satu.