Monday, June 15, 2009

Apakah nikmat ini akan berterusan???

Seramai 40 beliawanis usia 20 dan 21 tahun dari selatan Thailand gembira menerima sijil selepas menamatkan pengajian dalam Program Latihan Pembantu Jururawat di Kampus Pusat Perubatan Diraja, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Perak. Program latihan selama setahun itu hasil kerjasama Task Force 2010 (Malaysia) dan Task Force 960 (Thailand). Program itu bertujuan membuka peluang pekerjaan di samping bolehkan mereka berkhidmat di selatan Thailand.
Ini bukan kali pertama kerajaan Malaysia rasa bertanggungjawab kepada rakyat negara jiran berkaitan dengan pembangunan modal insan. Kalau dahulu juga hampir 30 orang belia warganegara selatan Thailand mengikuti program khas pembangunan modal insan yang dijalankan oleh Pusat Giat Mara. Inilah nikmat yang dapat dirasai oleh kerana kemakmuran yang Allah anugerahkan kepada negara kita ini.
Namun adakah nikmat kemakmuran yang tak habis-habis dianugerahkan dan dirahmat oleh Allah akan berterusan? Tidakkah tiada manusia di negara-negara lain tidak akan merasa cemburu, juteru hari-hari memikirkan untuk memusnahkan kemakmuran ini? Tidakkah mereka tiada usaha menggunakan rakyat negara ini sendiri untuk menjahanam atau menjajah negara ini kembali?
Kepada mereka yang hanya mengetahui sejarah negara ini di sekolah tanpa mahu mengkaji sejarah itu dengan lebih mendalam akan merasa sayang kepada negara?

No comments:

Post a Comment