Saturday, June 13, 2009

Orang UMNO Kaki Rasuah.

Itu tajuk utama akhbar Utusan Malaysia edisi sabtu 13 Jun 2009, nampak gaya kesungguhan Tun Abdullah untuk membenteras rasuah amat dikagumi sehingga tertubuhnya satu suruhanjaya yang menguruskan gejala rasuah iaitu SPRM. Dengan kuasa yang ada SPRM kini dilihat semakin berani dan telus dalam menyiasat dan mendakwa kes-kes yang dianggap "jerung".
Bila membaca laporan akhbar ini dan meneliti kenyataan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu SPRM mengambil tindakan kepada dua Datuk ini bagi membersihkan imej UMNO.‘‘Kita tak nak ahli yang memburukkan imej parti. Kalau mereka kena dakwa, kita ikut prosedur biasanya kita akan gantung jawatan yang mereka pegang, itu kita akan lakukan. Kata Tengku Adnan.
Persoalannya sekarang, mengapa kes ini perlu dikaitkan dengan UMNO? Hanya kerana mereka ahli UMNO? Atau mereka berjawatan utama dalam UMNO? Atau projek MRR2 yang menyusahkan rakyat dan kerajaan itu adalah projek UMNO?
Saya merasa kecewa apabila Tengku Adnan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Mengapa harus dikaitkan dengan parti kalau hanya kerana ia dilakukan oleh ahli parti? Kecualilah parti terlibat secara khusus dalam projek tersebut, maka bukan sekadar 2 Datuk itu yang harus didakwa tetapi UMNO itu sendiri harus diseret ke mahkamah. Tengku Adnan telah menjatuhkan maruah UMNO ke dalam lubang najis dan menghina UMNO.
Tengku Adnan hanya boleh mengeluarkan kenyataan itu jika ianya melibatkan disiplin dalam parti, seperti politik wang. Kes rasuah dalam projek pembinaan adalah kes jenayah sivil, dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Kalau "Perempit Jalanan" melakukan kesalahan trafik dan dibawa ke mahkamah dan dalam masa yang sama dia adalah ahli UMNO, mengapa Tengku Adnan tidak mengeluarkan kenyataan bahawa perempit tersebut telah mencemarkan nama UMNO.
Dalam keadaan UMNO yang semakin dibenci rakyat hasil hasutan pembangkang yang mahu menjatuhkan Kerajaan Melayu Malaysia, sepatutnya pemimpin UMNO berfikir dengan bijak sebelum mengeluarkan kenyataan. Bagi saya kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Adnan adalah kenyataan orang yang paling bodoh dalam dunia. Inilah yang selalu saya dengar ahli UMNO diakar umbi sebut: " orang di atas ( pemimpin UMNO) cakap ikut sedap mulut saja, yang nak kena jawab di kedai kopi ni orang kecik ni lah". Saya berharap pemimpin UMNO harus jadi pemimpin yang sayangkan parti dan jadilah lebih bertanggungjawab. Kalau rasa diri sudah tidak layak, sendiri mau ingat, LETAK JAWATAN!!!.WR

No comments:

Post a Comment