Tuesday, June 9, 2009

Konflik Muslim Selatan Thailand Keutamaan Abhisit

Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejaijiva meletakkan perkara mencari penyelesaian terhadap konflik di wilayah selatan Thailand yang majoriti penduduk Muslim sebagai salah satu agenda utama semasa beliau memegang jawatan.
Menteri Luar Thailand Kasit Piromya berkata menangani konflik di wilayah yang bersempadan dengan Malaysia adalah langkah-langkah penting seperti agenda sosial, ekonomi dan membina keyakinan pelabur dalam pentadbiran Abhisit."Perdana Menteri itu bersungguh-sungguh untuk menangani situasi di selatan," katanya kepada delegasi media Malaysia yang melakukan lawatan penyesuaian ke beberapa wilayah selatan yang majoriti penduduk Muslim, Bangkok dan Chiang Mai di sini Isnin.

Lawatan seminggu ni dianjurkan Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur.Selama beberapa tahun, selatan Thailand yang majoriti penduduk Muslim dan bertutur dalam bahasa Melayu terutamanya di Pattani, Yala dan Narathiwat dilanda dengan keganasan seperti pemberontakan yang setakat ini telah mengorbankan lebih 3,000 orang.Kasit berkata Abhisit mahu pemerintah menangani konflik ini daripada menyerahkan kepada polis dan tentera untuk menanganinya seperti parti politik yang memerintah sebelum ini."Cawangan politik mestilah mengendalikan konflik ini dan bukan menyerahkan kepada bureaukrat seperti polis dan tentera untuk menanganinya," kata bekas duta itu.
Salah satu langkah pertama yang diambil oleh pentadbiran baru ini dalam mententeramkan wilayah selatan itu kata beliau ialah dengan menjadikan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebagai sebuah badan tetap.Draf SBPAC untuk dijadikan badan tetap telah dikemukakan kepada Parlimen dan jika diterima, ia akan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.SBPAC dibubarkan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada 2002.Pusat itu yang beribu pejabat di wilayah Yala merupakan sebuah badan penting bagi memastikan dasar kerajaan yang bertujuan meningkatkan status ekonomi, pendidikan dan sosial di wilayah selatan dilaksanakan dengan cepat dan jaya."Fasa ekonomi, sosial dan pendidikan merupakan salah satu tiang penting jika kita mahu menangani konflik di wilayah selatan itu," kata beliau.
Kasit berkata Perdana Menteri juga meminta tentera yang beroperasi di wilayah itu menghormati peraturan undang-undang dalam menjalankan tugas mereka.Tentera Thailand dituduh mengunakan taktik kekerasan dalam mengekang pemberontakan di wilayah itu termasuk seksaan seperti dakwaan Amnesty International baru-baru ini."Perdana Menteri mahu pasukan keselamatan berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka dan mengikut peraturan undang-undang," kata beliau.Mengenai peranan Malaysia untuk membantu Thailand menangani konflik ini, Kasit berkata negara itu telah mencadangkan beberapa inisiatif bagi membantu Bangkok."Apa yang kita mahu lakukan sekarang ialah menjadikan semua inisiatif menjadi langkah-langkah konkrit."Kita akan mengambil tawaran ini (kerajaan Malaysia) sangat serius," kata beliau.Antara inisiatif itu ialah pendidikan, ekonomi dan pertukaran usahawan antara kedua-dua negara termasuk pertukaran penuntut.

Thailand kata Kasit ingin supaya sektor pengangkutan antara Thailand dan Malaysia termasuk hubungan udara diperluaskan, terutamanya mereka yang tinggal di sempadan kedua-dua negara.Sektor swasta serta badan Muslim Malaysia dan Thailand kata Menteri Luar itu boleh meneroka peluang pelaburan bersama dalam bidang perladangan, tanaman kontan dan ternakan di negara lain dalam Pertumbuhan Tiga Segi.--
Sumber: BERNAMA

No comments:

Post a Comment