Wednesday, June 10, 2009

Orang Berbudi Kita Berbahasa.

Dalam perasmian Mutamar PAS, blogger agak terkejut apabila melihat kehadiran Sasterawan Negara A.Samad Said dan yang menariknya beliau turut memakai kopiah putih. Blogger lebih suka melihat ke arah yang positif tanpa mahu memikirkan bahawa A.Samad Said telah mendaftar sebagai ahli PAS seumur hidup seperti Shahnon Ahmad.
Blogger faham mengapa A.Samad Said hadir dalam muktamar PAS, ini adalah kerana beliau kini bangkit dari kesenyapan setelah isu PPSMI dilihat gagal ditangani dengan baik oleh Dato Seri Hishamudin Tun Hussin sewaktu menjawat jawatan Menteri Pelajaran. A.Samad Said menyatakan beliau sanggup kehilangan gelaran atau jawatan semata-mata mahu memartabatkan bahasa Melayu.
Isu PPSMI telah menjadi duri dalam daging apabila kepada kerajaan apabila tidak menangani isu ini dengan baik, apabila desakan demi desakan dilakukan oleh rakyat, dan menjadi bertambah rumit apabila tokoh-tokoh akademik yang dulunya belajar dan mengajar dalam bahasa Inggeris turut turun padang menyertai demonstrasi jalanan yang sudah pasti dalangnya adalah parti-parti pembangkang.
Isu ini mendapat simpati rakyat apabila emosi mereka dimainkan bahawa bahasa Melayu sedang mengalami proses peminggiran dan penghapusan oleh kerajaan BN. Oleh kerana isu ini dicanangkan oleh parti pembangkang yang mempunyai pengikut fanatik terus menerus mendapat simpati rakyat. Rakyat mula merasa bimbang akan pembunuhan bahasa Melayu walaupun mereka sendiri tidak pernah mahu atau terfikir untuk memperkasakan bahasa ibunda mereka sendiri.
Blogger merasa hairan mengapa isu PPSMI ini menjadi isu yang berat dan menjadi bahan salakkan oleh mereka yang sudah tidak ada anak di sekolah, blogger yang mempunyai anak di sekolah melihat betapa keperluan bahasa Inggeris ini kepada masa depan pelajar itu sendiri. Kita lihat sendiri bagaimana graduan UiTM yang menjadi graduan yang laris di pasaran, ini kerana pembelajaran dalam UiTM adalah dalam bahasa Inggeris dan graduan UiTM berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik. Ini adalah keperluan dalam bidang pekerjaan terutamanya dalam sektor swasta.
Selaku jawatankuasa PIBG disekolah pinggiran bandar, penguasaan bahasa Inggeris oleh palajar sangat membanggakan tambahan pula mendapat sokongan ibubapa di rumah. Anak yang bemula terlibat dalam PPSMI mulai darjah 1 hingga darjah 6, tiada masalah kepada mereka untuk menjawab soalan UPSR Malahan guru bahasa Inggeris juga melihat betapa mudahnya pelajar berkenaan menguasainya semasa di sekolah menengah. Cuma yang menjadi masalahnya ialah guru PPSMI itu sendiri.
Guru PPSMI dahulu semasa temuduga nak jadi guru, apa sahaja yang ditanya oleh penemuduga itu semuanya setuju dan boleh. Tapi bila dah mendapat jawatan guru, semuanya dah jadi tak boleh. Satu kehairanan yang amat sangat, apabila guru bermatlamat melahirkan manusia yang celik ilmu dan celik bahasa sendiri tidak pernah mahu berusaha untuk meningkatkan prestasi kebolehan bahasa Inggeris mereka. Mereka berusaha amat bersungguh-sungguh untuk lulus PTK demi untuk gaji dan pangkat. Tidakkah boleh mereka membelanjakan wang gaji untuk meningkatkan penguasaan bahasa atau kemahiran lain.
Guru lebih mengharapkan kerajaan dan kementerian untuk menganjurkan kursus peningkatan kemahiran guru dan akhirnya guru itu menjadi mahir dan mendapat gelaran guru pakar. Tetapi malangnya kemahiran dan kepakaran itu bukanlah dicurahkan kepada pelajar di sekolah sangat pun, sebaliknya mereka menjual kepakaran yang mereka perolehi dari ikhsan kerajaan dan kementerian pelajan ke pusat-pusat tution.
Sudah ramai guru yang menjadi kaya dan mewah hasil dari kutipan wang tution dan tumpuan lebih diberikan kepada PNP di pusat tution. Ada guru yang boleh mengatakan kalau mahu kepakaran saya sila ke pusat tution saya, di situ anda akan menjadi lebih pandai dan bijak dan saya akan mendedahkan pelbagai kemahiran dalam subjek ini. Ini lah situasi yang sedang berlaku, blogger tidak merasa hairan jika kemahiran dan kepakaran yang ada pada mereka itu diperolehi hasil pelaburan dan usaha mereka sendiri, tetapi itu semua adalah kerana kerajaan dan kementerian pelajaran.
Blogger menyokong sepenuhnya apa jua usaha untuk mempastikan pelajar di sekolah Malaysia dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, termasuklah keperluan lulus bahasa Inggeris untuk memperolehi sijil dalam peperiksaan. Kerajaan juga wajib setiap pemohon untuk ke jawatan dalam perkhidamatan awam juga wajib lulus bahasa Inggeris dan untuk jawatan perguruan pemohon wajib lulus kredit dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta mempunyai kemahiran komunikasi dalam dua bahasa ini dengan baik. Blogger sudah bosan melihat guru-guru di Malaysia yang sombong menunjukkan kekayaan material sebaliknya miskin ilmu yang menjadi kewajipan mereka menguasainya.WR

No comments:

Post a Comment