Friday, June 5, 2009

Kisah orang PKR yang sombong dan lupa diri.

Minggu ini merupakan antara minggu yang menarik berlaku di Pulau Pinang, antaranya ramai jabatan kerajaan dan swasta berebut-rebut nak buat program atau mesyuarat di kawasan Balik Pulau kerana musim buah durian yang sudah tiba. Blogger juga tidak ketinggalan untuk menikmati kelazatan berbagai variasi durian Balik Pulau yang memang terkenal. Tapi yang sedihnya ahli Parlimennya saja yang jarang nak balik ke Balik Pulau, walau dalam musim apa pun.
Tapi antara episod yang menarik ialah, kerajaan negeri Pulau Pinang menerima seorang Timbalan Ketua Menteri 1 yang baru iaitu Dr. Mansor Othman ADUN Penanti. Dr Mansor juga diamanahkan dengan berberapa portfolio yang berbeza dari Fairus dahulu, antara tugas beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat.


Namun ada lagi episod yang lebih menarik yang berlaku di Pulau Pinang, iaitu tindakan berberapa ahli PKR yang dilantik menjadi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai telah memboikot majlis amgkat sumpah YDP yang baru iaitu Mokhtar Jait. Untuk rekod Mokhtar adalah bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, antara pegawai daerah yang terbaik di Malaysia. Blogger mengenali Mokhtar Jait dengan dekat dan Mokhtar pernah menyatakan tentang pendirian politik beliau: "saya penjawat awam yang berkhidmat kepada kerajaan semasa, jika kerajaan semasa adalah BN saya akan setia kepada mereka tapi jika kerajaan semasa PR saya juga akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada mereka demi kepentingan rakyat". Kata-kata Mohktar itu memang ada benarnya dan seharusnya setiap penjawat awam mementingkan rakyat dan taat kepada kerajaan semasa.

Perbuatan ahli majlis MPSP dari PKR yang memboikot majlis angkat sumpah YDP jelas menunjukkan mereka lebih mementingkan kepentingan diri bukan rakyat. Tindakan tersebut diketuai oleh ketua whip ahli majlis PKR iaitu Johari Kasim. Pesoalan yang menarik untuk kita sama-sama ketahui mengapa Johari begitu bersungguh-sungguh memprotes perlantikkan Mokhtar sebagai YDP, kerana tempat tersebut adalah milik Johari sebagaimana yang telah dipersetujui antara pemimpin atasan DAP dan PKR, tetapi sebaliknya berlaku. Mengapa Johari beriya-iya mahukan jawatan tersebut? Tidak lain hanyalah untuk mempastikan mereka boleh "BUAT DUIT" dari MPSP walaupun majlis dalam keadaan yang tenat dalam soal kewangan. Jadi kalau begini sikap dan niat tersembunyi orang PKR, jadi jangan lah bermulut celupar untuk menuduh orang UMNO perasuah.

Episod ini telah menimbulkan krisis kecil antara PKR dan DAP di Pulau Pinang. Krisis yang melanda Pakatan Rakyat Pulau Pinang semakin merebak apabila DAP terus mendesak lapan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR - yang membantah pelantikan presiden baru MPSP semalam - supaya meletak jawatan. Pada masa yang sama, pemimpin PKR terbabit pula meminta pemimpin DAP tempatan supaya "jangan menjaga tepi kain orang lain".

Ng, yang merupakan setiausaha politik kepada ketua menteri, menuduh lapan ahl MPSP dari PKR bertindak seperti "ahli Umno". "Mereka fikir mereka dari Umno, tetapi kita, DAP, bukan dari Gerakan."Pendirian DAP ialah mereka mesti letak jawatan serta merta," kata Ng kepada Malaysiakini hari ini.Sementara itu, dalam reaksinya, ketua wip PKR di MPSP, Johari Kassim menasihatkan Ooi - yang juga ketua kakitangan di pejabat ketua menteri - dan Ng supaya tidak bertindak melewati bidang mereka.

Memang Pulau Pinang mempunyai pelbagai cerita yang menarik dalam minggu ini, dari buah durian hingga lah kepada kesan golekkan durian. Kepada orang PKR, adalah diharap jangan jadi sombong dan lupa diri dengan kuasa sementara yang dipinjamkan oleh Allah kepada anda. Jika kamu kufur dan tidak mensyukuri nikmat yang diberi DIA akan menarik balik apa yang dianugerahkan.
Menjadi penonton pertandingan bola sepak memang mudah untuk komen dan menuduh itu dan ini, itu tak betul, ini tak kena, tak pandai. Tapi bila kamu sendiri dah berada di padang, bolasudah dikaki, pintu gol sudah dihadapan, cubalah lakukan apa yang pernah kamu katakan, komen semasa berada di luar padang, jangan jadi penipu dan hipokrit.

No comments:

Post a Comment