Saturday, May 9, 2009

Politiking.........

Assalamualaikum wrt.
Sebenarnya blogger malas nak buat komen politiking dan menyebelahi mana-mana parti politik, kerana fokus blog ini adalah wakil rakyat itu sendiri, nak lebih fokus kepada tugas dan tanggungjawab mereka sebagai wakil kepada rakyat, yang memilih atau tidak kepada mereka, tetapi mejoriti menyebelahi mereka. Maka tidak dapat tidak wakil rakyat tersebut perlu menjadi tempat bergantung harap kepada keseluruhan pengundi dalam kawasan tersebut, dan tidak memfokuskan kepada parti sahaja atau kaum tertentu sahaja. Namun apa yang berlaku sebaliknya.
Untuk cerita politik ni, blogger bukan nak komen atau mengatakan siapa benar, siapa salah tapi cuma sebagai rakyat biasa yang melihat situasi sekarang sekadar ingin memberi pandangan sahaja. Blogger ingin fokuskan kepada situasi politik di Perak, yang semakin hari semakin kecoh, dan pelbagai drama yang dramatik dilakonkan.
Contoh yang terbaik, adalah drama yang berlaku pada persidangan DUN 7 May lalu. Bagi rakyat yang tidak begitu fanatik kepada mana-mana parti politik, melihat drama tersebut, terfikir adakah inilah model anutan terbaru dalam politik demokrasi di Malaysia. Adakah demokrasi di Malaysia sudah tidak begitu baik, dan memerlukan sistem demokrasi yang lebih baik?
Adakah contoh demokrasi di Amerika yang terbaik? adakah demokrasi di Indonesia mahu dijadikan rujukan, bagaimana dengan demokrasi di Jepun dan Taiwan? Atau demokrasi terhebat di Thailand, dalam masa sebulan boleh mempunyai 2 PM?
Dalam rukun negara, pada prinsip yang ke 3, Keluhuran Perlembagaan melambangkan kita semua menganuti bahawa kita menghormati undang-undang negara. Namun drama yang berlaku dalam DUN Perak, tidak melambangkan keluhuran perlembagaan tersebut. Kita dapat lihat sekarang bagaimana mereka yang kita lantik menjadi wakilrakyat dan kita gelarkan mereka dengan gelaran YANG BERHORMAT, bermakna orang yang dihormati, semestinya orang yang dihormati adalah orang yang mempunyai akhlak yang mulia dan berakhlak. Tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya.
Hanya kerana kuasa, segala perbuatan menghalalkan cara. Apakah yang mereka lakukan adalah untuk kepentingan rakyat yang mereka wakili. Sepatutnya negara ini yang sudah menjadi contoh negara dunia ketiga terus menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Bertindaklah secara rasional bukan emosional.
Walau apa pun, taktik atau teknik yang dilakukan oleh BN untuk kembali berkuasa di Perak, seharusnya ADUN-ADUN menerima kenyataan, dan meghormati keputusan Sultan yang menjadi lambang dekomrasi negara, menjadi pengimbang kepada kuasa. Tidak perlu kita mengembar-gemburkan isu, megadu dombakan fitnah kerana yang akan menerima kesan adalah rakyat terbanyak yang tidak berdosa. Terfikirkan fanatika-fanatika politik, ramai rakyat yang neutral merasa rimas dan lemas dengan situasi politiking yang berlegar ini.
Sudahlah kehidupan dihimpit kegawatan ekonomi, masalah sosial negatif yang semakin menular, penjenayah yang semakin berani, kegiatan-kegiatan jenayah sintetik dan canggih sedang menyerang. Semua ini menakutkan rakyat terbanyak, tetapi fanatika politik tidak memikirkan itu semua, jika diambil kira pun lebih kepada manipulasi yang disensasikan juga untuk kepentingan politik.
Sepatutnya fanatika politik, memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat untuk keselesaan hidup yang lebih lestari, bukan melemaskan rakyat dalam lautan politiking yang tak berpantai.
Maaflah, tulisan buruk ini berlaku kerana lemas, rimas dan hampa.WR

No comments:

Post a Comment