Wednesday, May 13, 2009

Nizar balas dendam, apalah sangat jika...

Blogger rasa macam lucu la pulak bila mahkamah putuskan Nizar masih MB yang sah, malam tu jugak beliau buat mesyuarat exco. Dalam mesyuarat tersebut Nizar telah mengumumkan pengantungan kerja Dato Dr Abd Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid. Kedua-dua pegawai kanan kerajaan negeri Perak ini digantung serta merta mempunyai motif balas dendam kerana kedua-dua pegawai itu lebih condong kepada kerajaan BN, dan Datuk Abd Rahman pula pernah melukakan hati Nizar dalam insiden dalam pejabat MB dahulu.
Apa yang menarik perhatian lagi, Nizar sepatutnya tahu bahawa kuasa menggantung penjawat awam adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman. Jadi, jangan lah menunjukkan diri kita ini bukan dikalangan orang beriman dan munafik, semua orang Islam tahu dendam mendendam ini bukan perkara baik. Sebaliknya beliau sepatutnya lebih berhemeh dalam menangani isu dua pegawai kanan awam itu, baru la nampak lebih hebat.
Semalam KSN Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pengantungan kerja seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. Mengikut Peraturan 45(1) PU (A395/1993) pula, Mohd Sidek berkata seseorang pegawai awam boleh digantung kerja jika seseorang pegawai itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau satu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah, perintah tahanan buang negeri pengawasan, kediaman terhad dan sebagainya telah dibuat terhadap pegawai itu.
Jika nak lihat unsur balas dendam, apa hal pulak dengan penjawat awam lain yang berkhidmat dengan kerajaan BN yang kini semakin ramai yang cenderung menyokong pembangkang. Ini termasuklah guru-guru di sekolah kerajaan BN dan juga penjawat awam lain, yang dengan terang-terang meletakkan akhbar harakah pada ruangan membaca pejabat awam.
Apa hal pulak dengan seorang pegawai HEP Kolej Matrikulasi, yang secara terang-terang turun berkempen untuk Nizar di Bukit Gantang tempohari (video akan diuploadkan nanti), sepatutnya berada di pejabat tetapi berkempen di pondok panas, tanpa memohon cuti tetapi ponteng kerja. Apabila gambar beliau dirakam terus menutup muka ketakutan. Itu tidak termasuk lagi guru-guru JQAF yang ramai menyokong pembangkang, sedangkan kerajaan BN sekarang lah yang menyelamatkan mereka dari menjadi penganggur kehormat. Tapi adakah orang yang pandai ilmu agama ini tahu bersyukur?
Maka, jika nak dikira balas dendam rasanya ramai dah, penjawat awam yang digantung kerja, atau dipecat kerana tidak menyokong kerajaan BN. Tapi oleh kerana baiknya kerajaan BN ni, dibiarkan penyokong-penyokong pembangkang membiak dalam agensi kerajaan BN kerana kasihan nanti mereka naka makan apa, anak-anak tak boleh rasa kemewahan gaji dari kerajaan BN dan yang akhirnya menjadi duri dalam daging dalam kerajaan. Tidak melaksanakan amanah dan dasar kerajaan dengan sempurna dan mereka tahu akibatnya kerajaan BN yang akan dituduh bukan penjawat awam. Saya mencabar kepada penjawat awam kerajaan BN kalau anda menentang dasar BN seharusnya anda meletak jawatan dan beri peluang pada orang lain yang tahu bersyukur dan berterima kasih.
Blogger: mohon maaf kerana emosi sedikit, bukan apa geram saja dengan orang yang tak tau bersyukur dan berterima kasih ni.

No comments:

Post a Comment