Tuesday, May 12, 2009

Nizar perlu kotakan janji.

Mahkamah Tinggi semalam yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah mampu menyelesaikan kemelut politik yang melanda Perak sejak Februari lalu. Mahkamah mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak selepas mendapati beliau tidak mengosongkan jawatan itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Mohammad Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang membawa kepada kemelut politik di negeri itu sejak tiga bulan lalu akhirnya terjawab. Namun adakah dengan keputusan mahkamah itu mampu menyelesaikan kemelut politik di Perak.
Saya percaya, semua parti politik bercakap soal rakyat didahului, rakyat diutamakan, kuasa terletak di tangan rakyat dan Nizar dan Pakatan Rakyat juga mewar-warkan semasa peralihan kuasa di Perak dahulu, bahawa mereka mahu DUN dibubarkan dan Pilihanraya negeri di adakan. Jadi apabila Nizar berkuasa semula, hendaklah dia mengotakan janjinya.
Ada berberapa langkah yang boleh diambil untuk menstabilkan politik di Perak.
Pertama, Sultan boleh menitahkan untuk mengadakan sidang DUN khas supaya para ADUN dapat membuat undi tidak percaya bagi menunjukkan Nizar kehilangan majoriti
Kedua, baginda boleh memberi perkenan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri Perak.
Selain itu, Sultan Perak juga mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat jika berlaku sebarang insiden yang melibatkan tindakan fizikal seperti pergaduhan. Dalam hal ini, Sultan boleh melantik seorang Pengarah Gerakan negeri yang akan bertindak menguruskan pentadbiran negeri sehinggalah pilihan raya seterusnya diadakan.
Dr. Zambry juga telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru, perlu membuktikan bahawa beliau amat layak untuk menjadi pemimpin kepada rakyat di Perak. Beliau juga harus berusaha bersungguh-sungguh untuk bahawa UMNO telah berubah dan makin diterima oleh rakyat. Gunakanlah kebijaksanaan saudara untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat.
Blogger: Maka tunaikanlah janji yang pernah dilafazkan, kerana yang tidak menunaikan janji adalah bukti kemunafikan seseorang.

No comments:

Post a Comment