Sunday, May 10, 2009

UMNO 63 tahun, relevenkah lagi?


Tarikh 11 Mei ini maka genaplah usia UMNO 63 tahun sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan Negara.

Umum mengetahui bahawa UMNO menerima tekanan yang amat berat akibat dari prestasi yang buruk BN dalam PRU 12. UMNO terus dipersalahkan, apabila golongan muda tidak lagi berminat untuk menuruti perjuangannya. Pelbagai pandangan dan saranan telah dikeluarkan bagi mengatasi kemelut itu, namun tanda-tanda pemulihan kurang jelas. Dari sehari ke sehari UMNO terus dibelasah dan dilabelkan sebagai parti pengamal dasar apatied.

UMNO merupakan sebuah parti politik yang diwujudkan atas dasar kesedaran rakyat pada tahun 1948, untuk mempertahankan ketuanan Melayu yang cuba dirampas oleh penjajah British menerusi gagasan Malayan Union. Bukan sedikit susah payah, kegagalan dan kejayaan yang terpaksa ditempuh oleh pejuang UMNO. Insiden pertama yang melanda UMNO adalah apabila YDP pertama dan juga pengasas UMNO iaitu Dato Onn Jaafar mengambil keputusan meletak jawatan. Insiden ini berlaku sebenarnya berlaku akibat konspirasi dan perancangan sulit oleh pihak British yang memikirkan bahawa Dato Onn adalah penghalang kepada perancangan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta penerimaan orang Melayu dengan pemberian kewarganeraan kepada orang Cina, India dan lain-lain kaum yang diangkut oleh British ke Tanah Melayu untuk kepentingan ekonomi mereka.

Untuk membawa pulang semula semua kaum pendatang ini adalah sesuatu yang mustahil, maka jalan perlu dicari untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam masa yang sama Dato Onn dan UMNO dilihat penghalang kepada matlamat British tersebut. Dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh liberal Melayu yang boleh digunakan untuk menjayakan rancangan British tersebut. Akhirnya British dengan konspirasinya berjaya menyingkirkan Dato Onn.


Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa yang berlaku dalam UMNO, yang kini telah berusia 63 tahun yang telah dilihat sebagai sebuah parti yang tidak lagi releven kepada masyarakat moden Malaysia kini. Maka konspirasi seperti di zaman Dato Onn kini berulang kembali. Ada pihak yang telah berjaya melebalkan UMNO sebagai parti yang penuh dengan kegiatan-kegiatan negatif dan KORUP, ini berlaku kerana "pihak tertentu" melihat UMNO sebagai penghalang kepada matlamat mereka. Matlamat mereka sama seperti pada zaman Dato Onn, iaitu orang bukan Melayu mahu dijadikan bumiputera di Malaysia, dan mempunyai keistimewaan sama seperti orang Melayu.


Konspirasi dan rancangan mereka ini sudah mula berjaya apabila orang Melayu sendiri melihat UMNO bukan lagi pembela nasib bangsa tetapi pengkianat kepada bangsa sendiri. Perkara ini makin menjadi benar dan dipercayai apabila ahli UMNO dan pemimpin UMNO yang sendiri cuba merosakkan dan mencemarkan nama parti dengan melakukan perbuatan onar, dosa dan haram. Tambahan pula orang Melayu memang sudah menjadi kebiasaan tidak boleh menerima kenyataan jika bangsa mereka sendiri menjadi kaya raya, maka timbul irihati dan fintnah-memfitnah.


Blooger berhenti di sini dulu, sebab badan rasa tak sedap sangat sebab kena hujan petang tadi, nanati lah siri kedua akan muncul, kupasan politik UMNO.

No comments:

Post a Comment