Monday, May 11, 2009

Nizar MB Perak semula.....

Celaru dan haru biru, bila Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar adalah MB Perak yang sah. Dalam hujah penghakimannya, Hakim DatukAbdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan. Tetapi ditolak hakim.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang. Nizar berkata dia akan mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan keputusan mahkamah itu.
Blogger: Kita tunggu dan lihat apa nak jadi. Yang pasti ada orang yang akan buat kenduri sembelih babi la malam ni.

1 comment:

  1. Dato Seri Dr. Zambry hari ini memfailkan rayuan kepada keputusan hakim mahkamah persekutuan. Kita tengok la, apa pula keputusan mahkamah rayuan.

    ReplyDelete