Thursday, April 16, 2009

Pilihanraya Kecil Lagi.............




ADUN PENANTI LETAK JAWATAN

Berikut keyataan Mohammad Fairus Khairuddin:
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

menyinsing lengan..........



PM tekan 4 perkara dalam mesyuarat pertama jemaah menteri yang baru di lantik. Katanya:
"Saya menggariskan empat perkara iaitu integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan. Kabinet perlu merupakan sebuah Kabinet yang berteraskan Kabinet Rakyat atau yang dekat di hati rakyat, mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,"
komen blogger kalau wakilrakyat boleh melakukan perkara yang ditekankan oleh PM, rasanya rakyat rasa seronok lah, ini nak jumpa wakilrakyat pun susah. Bila dah jadi "YB" ayat yang selalu di dengar........"YB sibuk, mesyuarat"

Wednesday, April 15, 2009

PERDANA MENTERI

Pada 3 April - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Fail Meja Perdana Menteri simbolik penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri keenam kepada penggantinya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra Putrajaya.