Saturday, May 9, 2009

Politiking.........

Assalamualaikum wrt.
Sebenarnya blogger malas nak buat komen politiking dan menyebelahi mana-mana parti politik, kerana fokus blog ini adalah wakil rakyat itu sendiri, nak lebih fokus kepada tugas dan tanggungjawab mereka sebagai wakil kepada rakyat, yang memilih atau tidak kepada mereka, tetapi mejoriti menyebelahi mereka. Maka tidak dapat tidak wakil rakyat tersebut perlu menjadi tempat bergantung harap kepada keseluruhan pengundi dalam kawasan tersebut, dan tidak memfokuskan kepada parti sahaja atau kaum tertentu sahaja. Namun apa yang berlaku sebaliknya.
Untuk cerita politik ni, blogger bukan nak komen atau mengatakan siapa benar, siapa salah tapi cuma sebagai rakyat biasa yang melihat situasi sekarang sekadar ingin memberi pandangan sahaja. Blogger ingin fokuskan kepada situasi politik di Perak, yang semakin hari semakin kecoh, dan pelbagai drama yang dramatik dilakonkan.
Contoh yang terbaik, adalah drama yang berlaku pada persidangan DUN 7 May lalu. Bagi rakyat yang tidak begitu fanatik kepada mana-mana parti politik, melihat drama tersebut, terfikir adakah inilah model anutan terbaru dalam politik demokrasi di Malaysia. Adakah demokrasi di Malaysia sudah tidak begitu baik, dan memerlukan sistem demokrasi yang lebih baik?
Adakah contoh demokrasi di Amerika yang terbaik? adakah demokrasi di Indonesia mahu dijadikan rujukan, bagaimana dengan demokrasi di Jepun dan Taiwan? Atau demokrasi terhebat di Thailand, dalam masa sebulan boleh mempunyai 2 PM?
Dalam rukun negara, pada prinsip yang ke 3, Keluhuran Perlembagaan melambangkan kita semua menganuti bahawa kita menghormati undang-undang negara. Namun drama yang berlaku dalam DUN Perak, tidak melambangkan keluhuran perlembagaan tersebut. Kita dapat lihat sekarang bagaimana mereka yang kita lantik menjadi wakilrakyat dan kita gelarkan mereka dengan gelaran YANG BERHORMAT, bermakna orang yang dihormati, semestinya orang yang dihormati adalah orang yang mempunyai akhlak yang mulia dan berakhlak. Tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya.
Hanya kerana kuasa, segala perbuatan menghalalkan cara. Apakah yang mereka lakukan adalah untuk kepentingan rakyat yang mereka wakili. Sepatutnya negara ini yang sudah menjadi contoh negara dunia ketiga terus menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Bertindaklah secara rasional bukan emosional.
Walau apa pun, taktik atau teknik yang dilakukan oleh BN untuk kembali berkuasa di Perak, seharusnya ADUN-ADUN menerima kenyataan, dan meghormati keputusan Sultan yang menjadi lambang dekomrasi negara, menjadi pengimbang kepada kuasa. Tidak perlu kita mengembar-gemburkan isu, megadu dombakan fitnah kerana yang akan menerima kesan adalah rakyat terbanyak yang tidak berdosa. Terfikirkan fanatika-fanatika politik, ramai rakyat yang neutral merasa rimas dan lemas dengan situasi politiking yang berlegar ini.
Sudahlah kehidupan dihimpit kegawatan ekonomi, masalah sosial negatif yang semakin menular, penjenayah yang semakin berani, kegiatan-kegiatan jenayah sintetik dan canggih sedang menyerang. Semua ini menakutkan rakyat terbanyak, tetapi fanatika politik tidak memikirkan itu semua, jika diambil kira pun lebih kepada manipulasi yang disensasikan juga untuk kepentingan politik.
Sepatutnya fanatika politik, memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat untuk keselesaan hidup yang lebih lestari, bukan melemaskan rakyat dalam lautan politiking yang tak berpantai.
Maaflah, tulisan buruk ini berlaku kerana lemas, rimas dan hampa.WR

Friday, May 8, 2009

What's Nazrin told to Nizar, Ngeh?

( maybe it's warning, I think...! )

After a chaotic morning and an equally confusing and tiring afternoon in the state assembly, Perak Regent Raja Dr Nazrin Shah was finally able to deliver his opening address -- five hours after its scheduled time.

The Raja Muda told the duo:

"I don't want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that?
If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?"
So go and tell that (to the Pakatan Rakyat state assemblymen who had stood together in front of the royal dais to take their seats)."
Nizar then told the PR state assemblymen to sit so that Raja Nazrin could deliver his opening address for the first meeting of the second session of the 12th state assembly.
In his speech, YM Raja Dr. Nazrin, want the goverment focus on the country economic development and thanks to the Federal Govement for the RM10.05 billion development allocation under the Ninth Malaysia Plan and RM297 million provided for Perak under the second economic stimulus package.

Dewan yang MULIA????

Anda boleh lihat dan kenali wakil rakyat anda, apakah kerana kerakusan untuk berkuasa sehingga sanggup bertindak seperti dalam gambar di atas ini? Setahu blogger la masa kat sekolah dulu, sapa yang kena berdiri atas kerusi dalam kelas adalah nakal, tapi kalau dah sampai kena berdiri atas meja, itu bukan nakal lagi tapi BUDAK JAHAT! DEMI KUASA MANUSIA SANGGUP MEMBUAT APA SAJA, SEHINGGA MENJADI BUDAK JAHAT.
( untuk maklumat wakilrakyat yang berdiri atas meja adalah Loke Chee Yan ADUN N29 Kepayang)

Thursday, May 7, 2009

Insiden DUN Perak.


Saksikan insiden sidang DUN Perak pada 7 May 09, menurut sumber Malaysiakini dan The Star.




Marilah kita semua buat penilaian kepada wakilrakyat kita.

Wednesday, May 6, 2009

Baiknya Barisan Nasional.

Krisis politik di Perak semakin menjadi-jadi dan makin membingunggkan rakyat. Semenjak trajedi pakatan parti pembangkang gagal mempertahankan kuasa berkerajaan dan beralih kepada BN, semenjak itu Perak menjadi tumpuan seluruh warga Malaysia dan rakyat Perak itu sendiri. Sejarah telah terakam berberapa insiden-insiden yang belum pernah kita lihat dalam politik negara kita, sehinggakan ke tahap menghina raja, menderhaka kepada raja. Ini semua terjadi akibat politiking yang berlebihan dan kerakusan untuk merebut kuasa. Yang rugi dan malang adalah rakyat. Ibarat pepatah "gajah sama gajah bergaduh, semut ditengah-tengah mati terpijak."

Namun begitu, setelah kembali menguasai negeri Perak, BN yang diterajui oleh YAB Dato Seri Dr. Zambry menunjukkan sikap yang lembut dan sangat bertolak ansur, antaranya:

1. Membenarkan YB Nizar terus mendiami rumah rasmi MB.

2. Membenarkan YB Nizar terus menggunakan kereta Toyota Camry yang dibeli semasa pakatan pembangkang memerintah, sampai hari ni masih digunakan.

3. Membiarkan YB Nizar dan konco-konconya melakukan demonstrasi, sehingga berlaku insiden memalukan di Istana Iskandariah dan juga insiden persidangan DUN di bawah pokok.

4. Terheret ke mahkamah.

5. Yang terbaru masih boleh bagi muka kepada V. Sivakumar (DAP) untuk terus menjadi Speaker Perak.

Berikut kenyataan YAB Dato Seri Dr. Zambry:

"Ia tidak salah tetapi (penyandang) mestilah seorang yang mesra dan adil," Malah kata beliau, pihaknya tidak kisah jika usaha BN esok untuk menggantikan Speaker V. Sivakumar dengan wakil BN tidak berhasil kerana yang penting ialah "perjalanan kerajaan negeri dengan lancar."
BN telah mengemukakan dua usul mengemukakan usul bagi memilih seorang Speaker yang baru dengan menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungkai Datuk R. Ganesan daripada MIC sebagai calon.

Blogger: Itu lah baiknya BN dan UMNO ni, kira macam dah terlebih baik la pulak. Macam tu yang dok jadi, akhirnya tanah kampung kita dulu tergadai sikit-sikit. Bila dah jadi "tuan" kita pulak dihalaunya. Memang bagus jadi orang yang baik, lemah lembut, tapi atas kelemahan ini lah orang ambil kesempatan kepada kita. Tengok sendirila apa yang jadi pada Tun Abdullah.

Esok DUN Perak akan bersidang, kita tengok lah apa yang jadi pulak, drama apa pulak yang akan dilakonkan. Hari ni pun macam-macam drama yang dok jadi, Sivakumar p dok merayu Sultan Azlan, Ngeh Koo Ham pulak buat kenyataan yang MB baru tak boleh p ke DUN. Yang Mat Sabu pulak kalut cari populariti untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dengan anjurkan perhimpunan haram, siap dengan nak buat kiyamulaill lagi di Ipoh. Macam-macam la jadi, di zaman hujung-hujung ni. Benda yang tak pernah jadi, dah pun jadi. So?????

Kurangkan protokol bantu rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya mengurangkan protokol, sebaliknya lebih komited dalam menyelesaikan segala masalah rakyat.Beliau berkata, pemimpin BN perlu bersikap mesra rakyat dan segera turun padang menyelami keluh kesah rakyat secara terus.
‘‘Tidak payah kita tunggu jemputan sebagai wakil rakyat. Tidak payah diundang, tidak payah ada bunga manggar, tidak payah dengan hamparan merah dan tidak payah tunggu televisyen.
‘‘Turun padang, tinjau masalah rakyat kerana dengan ini akan membuatkan BN terus dekat di hati rakyat. Ini gaya kepimpinan BN yang saya mahu lihat,”
Najib berkata, semua pemimpin BN perlu mengabdikan diri kepada rakyat kerana sebagai pemimpin, mereka menggalas amanah untuk membela nasib rakyat.
Katanya, selain turun padang, pemimpin BN perlu memastikan pencapaian diutamakan. Najib berkata demikian dalam perhimpunan bersama rakyat di Sabah.

Komen Blogger: Rasanya wakilrakyat BN boleh ka buat macam tu. Kalau mereka rajin, macam mana yag disarankan oleh PM, sudah tentu rakyat akan sayang kepada BN.
GAMBAR SUMBANGAN WEB YB ARIFSHAH.COM

PM baru bulan Ogos ini?

Ogos adalah bulan kemerdekaan, makna sejarah ialah negara Malaysia telah bebas secara perundangan dari cengkaman penjajah British. Tapi Dato Seri Najib semalam ada membuat kenyataan di Sabah bahawa parti pembangkang telah mempunyai tarikh baru untuk menubuhkan kerajaan Pusat iaitu pada bulan Ogos. Satu kenyataan yang menarik dan mengejutkan. Tetapi rasanya kenyataan pembangkang itu, mungkin akan menjadi satu senergi kepada penyokong mereka atau rakyat yang bersimpati. Namun begitu, kesan trauma semasa menunggu tarikh 16 September 08 hari tu mungkin masih lagi terasa.
Ramai rakyat dan juga penyokong pembangkang yang rasa kecewa kerana merasakan mereka ditipu. Tapi sampai ke saat ini, kita belum lagi mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin pakatan parti pembangkang. So kita tunggu lah.

Tuesday, May 5, 2009

Wakil Rakyat dok buat apa????

Dalam Buletin Utama TV3 malam ni (5 May 09 ), pada tajuk utama mengisahkan tentang masih terdapat satu keluarga iaitu Md Roni Md Nin di Teruntum Pahang yang miskin dan tercicir. Rumah tak mampu dibayar sewa, anak tak diterima bekerja dan yang lebih teruk ialah anak-anaknya yang 7 beradik itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak bersekolah. Mujurlah ada jiran yang prihatin dan telah melaporkan kepada Wakil Rakyat DUN Teruntum YB CHANG HONG SEONG, terus beliau turun melihat sendiri orang miskin tersebut.

Itu mungkin antara kes yang dilaporkan oleh media, bagaimana pula mereka yang tidak mendapat liputan media, seperti yang kita tahu memang ramai yang masih lagi papa kedana dan tidak mendapat pembelaan dari kerajaan. Apa masalahnya, di mana silap dan lompangnya? Pergi mana orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengesan, manbantu, membimbing golongan yang miskin ini? Apa sudah jadi dengan projek CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.
Yang amat menghairankan kenapa bila masa kempen pilihanraya baik umum tambah-tambah pilihanraya kecil, ramai saja orang miskin yang dibawa dan diberi sumbangan itu dan ini.

Blogger ada juga pengalaman berhadapan dengan WakilRakyat yang tidak prihatin masalah rakyat miskin, susah dan papa kedana ni. Pernah berlaku depan mata, masa blogger bertandang ke Pusat Khidmat wakil rakyat di area seberang perai. Masa tersebut datang seorang ibu tunggal mohon sumbangan atau dibantu oleh JKM. Apa yang YB tu kata, "Maaf la kakak saya ni wakil rakyat pembangkang ( BN pembangkang di P.Pinang) tak ada peruntukan. So balik macam tu saja ibu tunggal tersebut, kecewa kerana YB tak bantu apa-apa pun, walaupun diminta untuk mengisi semula borang JKM yang pernah diisi berbulan dulu, tapi masih belum mendapat bantuan. Sedih memang sedih, apa salahnya YB tu hulurlah sumbangan peribadinya paling tidak pun RM100, takkan tak ada, sedangkan boleh bawa handbag mahal, gelang dan rantai emas berketul-ketul.
Rakyat menjadi marah kepada BN bukan kerana parti itu tak baik, tapi menyampah dengan sikap wakilrakyat yang sombong dan tiada sifat penyayang kepada rakyat. Blogger harap sangat pada wakilrakyat, sila lah beramanah dengan jawatan tersebut, kalau balasan di dunia BN kalah dalam pilihanraya, tapi hukuman menanti anda di akhirat kelak.