Thursday, May 28, 2009

DUN Manek Urai: PRK 14 Julai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.
Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.
Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi untuk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.
Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja, namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.
“Mereka (pengundi) di Manek Urai bekerja sebagai petani, nelayan, penoreh getah dan hanya 10 peratus bekerja di luar Kelantan. Ia (tarikh pegundian dan penamaan calon) tidak akan memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi,” kata beliau pagi tadi.


MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL DUN MANEK URAI
Tarikh keluar writ: 1 Jun 2009 (Isnin)
Tarikh keluar notis: 7 Jun 2009 (Ahad)
Tarikh penamaan calon: 6 Julai 2009 (Isnin)
Tarikh pengundian: 14 Julai 2009 (Selasa) *jika ada pertandingan
Pegawai pengurus: Adnan Husin (Ketua Jajahan Kuala Krai)
Jumlah pemilih berdaftar: 12,293 pemilih berdaftar terdiri daripada 12,268 pemilih biasa dan 25 pemilih pos
Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Pecahan undi mengikut bangsa: Melayu - 99.22 peratus; Cina - 0.46 peratus dan India - 0.23 peratus

Wednesday, May 27, 2009

UMNO Kena Belasah!!

Blogger semalam sempat meninjau berberapa kawasan ceramah yang diadakan oleh PKR ataupun PAS. Walaupun UMNO-BN tidak bertanding, tetapi pekerja-pekerja PKR & PAS bertungkus lumus menyediakan keperluan ceramah. Sekali tengok memang mereka bersemangat, seperti sudah telan sejenis pil yang membolehkan mereka lupa kehidupan harian tetapi khayal dengan kerja-kerja pilihanraya. Dan yang amat menyedihkan kebanyakkan mereka adalah orang-orang Melayu. Blogger sempat juga bertemu dengan pakcik yang berniaga putu piring di Penanti. Patutlah dia tak berniaga, rupanya dok kalot dengan kerja-kerja parti. Bersungguh benar orang Melayu dalam kerja politik, alangkah bagusnya kalau kesungguhan tersebut di terjemahkan dalam kegiatan ekonomi. Tentu kuasa ekonomi orang Melayu akan menjadi kuat.

Berbalik kepada kandungan ceramah, kebanyakkan penceramah yang berceramah di Penanti, bukanlah berminat untuk menerangkan wawasan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat, sebaliknya lebih berminat untuk menghentam UMNO, yang tidak bertanding pun. Dr. Hatta Ramli menyatakan "ha tengok, bila UMNO tak ada rasa aman tenteram Malaysia ni". Mat Sabu tak habis-habis dengan lawak jenaka bodohnya, yang memperbodoh-bodohkan orang kampung.


Isu rasuah, mahkamah berat sebelah, hakim dibayar, salah guna kuasa, dan macam-macam yang kotor semua dilemparkan kepada UMNO.


Blogger berasa hairan 2 perkara:

1. Tidakkah mereka ni tidak takut dengan dosa mengata, menghina dan memfitnah orang. Ataupun mereka memang maksum dan tidak berdosa?


2. Adakah apa yang mereka tuduh itu tidak berlaku kepada mereka sendiri. Terbukti apabila Saifuddin Nasution mengaku bahawa memang angota PKR ada merasuah calon bebas, Kak Min.


Memang betulah Allah berfirman dalam Al-Quran, bila hati mereka ditutup, mereka akan menjadi buta kepada kebenaran. Kepada Mu Ya Allah, ku panjatkan doa, engkau tunjukkan lah jalan kebenaran kepada ku dan kepada mereka yang sesat ya Allah!

Gambar suasana suram di Penanti.

Kemeriahan PRK Penanti, tanpa BN hilang seri pilihanraya.

Peduli, Telus, Berwawasan - Sila buktikan, jangan jadi PENIPU.


Tidak lah semeriah mana, tanpa BN hidup tiada makna!!


UMNO tumpang sekaki, nak tambah seri!!

Mana petugas? relex lah buat apa kalot? Kita dah menang!

Monday, May 25, 2009

Tahniah Yang Berhormat Mansor Othman

Blogger pagi ini bersama berberapa orang pengundi DUN Penanti di kedai nasi berlauk yang terkenal dalam pekan Penanti, kebetulan abang ipar orang sana. Bila bersarapan bersama abang ipar, berbualah blogger dengan rakan-rakan beliau. Ditanya tentang PRK Penanti, siapa yang akan menang? Ohh dengan penuh yakin mereka mengatakan Mansor Othman iaitu calon PKR yang akan menang. Di tanya kenapa? Ya lah, Lim Guan Eng telah menjanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri kepada calon PR yang memenangi kerusi DUN Penanti. Maka rakyat sudah tentu akan merasa beruntung wakilrakyat mereka berjawatan nombor 2 dalam kerajaan negeri. Kalau nak undi calon bebas, apa yang boleh depa bantu? Tak pernah dengar nama pun sebelum ini, ada duit ka depa tu, nak bertanding pun kena dok pekin ( menabung )!! Tapi kalau calon BN yang masuk bertanding peluang 50-50 lah, sebab BN pun kuat jugak. Apa-apa pun PKR tetap menang lah!!
Begitulah yakinnya pengundi DUN Penanti dengan calon PKR, memang ada kebenarannya kenyataan tersebut sebab faktor yang paling kuat adalah kerusi DUN Penanti adalah kerusi bakal Timbalan Ketua Menteri bagi PR. Dengan ketiadaan calon BN, PR boleh bermaharaja lela, sebab tiada parti lawan yang akan menghentam mereka semula. Tapi semalam ceramah DSAI di Taman Guar Perahu tidak lah ramai sangat peminatnya. Lagi pun beliau lebih berminat untuk bercakap tentang kes-kes rasuah dan kronisme orang UMNO, daripada bercakap soal pembangunan sosioekonomi rakyat. Bagaimana hendak mengurangkan kadar jenayah dalam parlimen beliau sendiri, bagaimana nak mengurangkan jurang ekonomi orang Melayu. Isu ini tidak disentuh langsung, dan bagi blogger kesimpulannya DSAI tidak berminat untuk memikirkan kepentingan rakyat, tetapi lebih untuk kepentingan politik beliau sahaja. Yang paling menghairankan dan mengajaibkan kenapa rakyat tidak mahu memikirnya? DSAI ni ada pelihara jin kah? Atau kehebatan pemimpin Al Arqam Ashaari juga dimiliki beliau? Sebab penipuan kepada rakyat terang-terang berlaku, sebijik-sebijik ( kata orang Penanti ), itupun rakyat jadi buta untuk menilai.
Kepada Kak Min, walau berapa banyak pun pendedahan kepincangan PKR yang didedahkan tidak akan menjejaskan calon PKR, sebab kalau rakyat mengundi Kak Min, mereka hanya mendapat seorang wakilrakyat yang kuat bekerja tetapi tidak mempunyai kuasa, sudah tentu Lim Guan Eng akan meminggirkan DUN Penanti, sama seperti Dato Jalil buat dulu semasa dia jadi ADUN Penanti. ADUN Penanti yang berjaya setakat ini hanyalah Dato Md Saad sahaja. Kalau BN bertanding di DUN Penanti, calon yang dikehendaki oleh rakyat adalah Dato Md Saad. Tapi Dato Md Saad bukanlah calon yang dikehendaki oleh UMNO. Begitulah bijaknya pemimpin UMNO di Permatang Pauh yang mempunyai 5-6 puak tu. Mereka lebih memikirkan puak mereka dari memikirkan kepentingan rakyat, apabila rakyat membuat keputusan untuk menolak mereka, mereka akan menuduh rakyat tidak mengenang budi. Rakyat sebenarnya mengenang budi kerajaan persekutuan tetapi rakyat meluat dan menyampah dengan pemimpin UMNO di Permatang Pauh.


Kepada Kak Min, didoakan semoga sihat dan diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan membongkar penipuan dan pembohongan yang paling bohong oleh DSAI dan PKR, walaupun rakyat Penanti tidak mempercayainya sebab JIN DSAI telah membodohkan mereka.

Begitu juga kepada Kamarul Ramizu dan Nai Khan Ari, sekiranya takdir Allah menentukan anda menjadi wakilrakyat kepada rakyat Penanti, berkhidmatlah dengan penuh amanah, seperti kata-kata Nai Khan Ari ADUN Penanti sebelum ini tidak pernah berkhidmat dengan baik untuk membela nasib rakyat walaupun sebenarnya mereka "MAMPU". WR.