Monday, May 25, 2009

Tahniah Yang Berhormat Mansor Othman

Blogger pagi ini bersama berberapa orang pengundi DUN Penanti di kedai nasi berlauk yang terkenal dalam pekan Penanti, kebetulan abang ipar orang sana. Bila bersarapan bersama abang ipar, berbualah blogger dengan rakan-rakan beliau. Ditanya tentang PRK Penanti, siapa yang akan menang? Ohh dengan penuh yakin mereka mengatakan Mansor Othman iaitu calon PKR yang akan menang. Di tanya kenapa? Ya lah, Lim Guan Eng telah menjanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri kepada calon PR yang memenangi kerusi DUN Penanti. Maka rakyat sudah tentu akan merasa beruntung wakilrakyat mereka berjawatan nombor 2 dalam kerajaan negeri. Kalau nak undi calon bebas, apa yang boleh depa bantu? Tak pernah dengar nama pun sebelum ini, ada duit ka depa tu, nak bertanding pun kena dok pekin ( menabung )!! Tapi kalau calon BN yang masuk bertanding peluang 50-50 lah, sebab BN pun kuat jugak. Apa-apa pun PKR tetap menang lah!!
Begitulah yakinnya pengundi DUN Penanti dengan calon PKR, memang ada kebenarannya kenyataan tersebut sebab faktor yang paling kuat adalah kerusi DUN Penanti adalah kerusi bakal Timbalan Ketua Menteri bagi PR. Dengan ketiadaan calon BN, PR boleh bermaharaja lela, sebab tiada parti lawan yang akan menghentam mereka semula. Tapi semalam ceramah DSAI di Taman Guar Perahu tidak lah ramai sangat peminatnya. Lagi pun beliau lebih berminat untuk bercakap tentang kes-kes rasuah dan kronisme orang UMNO, daripada bercakap soal pembangunan sosioekonomi rakyat. Bagaimana hendak mengurangkan kadar jenayah dalam parlimen beliau sendiri, bagaimana nak mengurangkan jurang ekonomi orang Melayu. Isu ini tidak disentuh langsung, dan bagi blogger kesimpulannya DSAI tidak berminat untuk memikirkan kepentingan rakyat, tetapi lebih untuk kepentingan politik beliau sahaja. Yang paling menghairankan dan mengajaibkan kenapa rakyat tidak mahu memikirnya? DSAI ni ada pelihara jin kah? Atau kehebatan pemimpin Al Arqam Ashaari juga dimiliki beliau? Sebab penipuan kepada rakyat terang-terang berlaku, sebijik-sebijik ( kata orang Penanti ), itupun rakyat jadi buta untuk menilai.
Kepada Kak Min, walau berapa banyak pun pendedahan kepincangan PKR yang didedahkan tidak akan menjejaskan calon PKR, sebab kalau rakyat mengundi Kak Min, mereka hanya mendapat seorang wakilrakyat yang kuat bekerja tetapi tidak mempunyai kuasa, sudah tentu Lim Guan Eng akan meminggirkan DUN Penanti, sama seperti Dato Jalil buat dulu semasa dia jadi ADUN Penanti. ADUN Penanti yang berjaya setakat ini hanyalah Dato Md Saad sahaja. Kalau BN bertanding di DUN Penanti, calon yang dikehendaki oleh rakyat adalah Dato Md Saad. Tapi Dato Md Saad bukanlah calon yang dikehendaki oleh UMNO. Begitulah bijaknya pemimpin UMNO di Permatang Pauh yang mempunyai 5-6 puak tu. Mereka lebih memikirkan puak mereka dari memikirkan kepentingan rakyat, apabila rakyat membuat keputusan untuk menolak mereka, mereka akan menuduh rakyat tidak mengenang budi. Rakyat sebenarnya mengenang budi kerajaan persekutuan tetapi rakyat meluat dan menyampah dengan pemimpin UMNO di Permatang Pauh.


Kepada Kak Min, didoakan semoga sihat dan diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan membongkar penipuan dan pembohongan yang paling bohong oleh DSAI dan PKR, walaupun rakyat Penanti tidak mempercayainya sebab JIN DSAI telah membodohkan mereka.

Begitu juga kepada Kamarul Ramizu dan Nai Khan Ari, sekiranya takdir Allah menentukan anda menjadi wakilrakyat kepada rakyat Penanti, berkhidmatlah dengan penuh amanah, seperti kata-kata Nai Khan Ari ADUN Penanti sebelum ini tidak pernah berkhidmat dengan baik untuk membela nasib rakyat walaupun sebenarnya mereka "MAMPU". WR.

No comments:

Post a Comment