Nampaknya Penanti terjangkit dengan penyakit di DUN Bukit Selambau lalu apabila ramai yang menawarkan diri untuk jadi wakilrakyat. Tak tau lah apa sebenarnya tujuan mereka nak jadi wakilrakyat. Antara nak jadi popular, atau nak berkhidmat untuk rakyat. Kesian orang Penanti dijadikan barang mainan dan perjudian orang kemaruk kuasa.
BN mengambil langkah untuk tidak bertanding dalam PRK Penanti, alasan yang Pengerusi BN nampaknya kukuh jugak, dan yang paling klasik ialah tidak mahu terlibat dengan mainan politik PKR. Tapi boleh tak kita katakan BN memboikot PRK ini? Saya rasa lebih selesa menggunakan perkataan "BOIKOT". Perkataan ini adalah perkataan popular dikalangan pakatan pembangkang. Tapi adakah cukup sekadar memboikot dengan tidak meletakkan calon. BN seharusnya memberi pengajaran yang lebih dramatik kepada pakatan pembangkang ini, dengan memastikan penyokong BN, terutamanya ahli UMNO tidak turun mengundi pada hari pembuangan undi. Ini barulah dinamakan boikot dan protes kepada permainan politik murahan PKR.
DSAI kena cari penasihat yang lebih baik selepas ini, sebab strategi nak sogok calon bebas sudah dijadikan isu dan mungkin akan dibawa ke SPRM. Kalau dah duit banyak tak payahlah nak sogok calon bertanding, lebih baik sedekah pada orang susah, miskin papa kedana di Permatang Pauh lagi bagus.
No comments:
Post a Comment