Saturday, May 16, 2009

Ingatan buat guru.

Guru, tiada sanjungan kau kejari,
Cuma kejayaan membawa erti,
Membimbing dan mendidik,
Rohani dan jasmani,
membina insan berwawasan negara.
SELAMAT HARI GURU,
buat semua kawan guru yang pernah satu institut perguruan darulaman dahulu,
kalian adalah pahlawan negara
walaupun arah perjuangan kita kini berbeza.

Pondok yang panas atau orang yang panas??

SPR tetap melarang diwujudkan pondok panas semasa hari pembuangan undi, walaupun didesak oleh Parti Pembangkang. Tetapi SPR bersetuju sekadar diadakan pondok parti untuk tujuan semakan pendaftaran. Larangan tersebut berdasarkan pengalaman SPR yang pernah membenarkan didirikan "barong", yang akhirnya menjadi tempat berkempen parti-parti yang bertanding.

Jika dilihat negara telah mengalami pilihanraya sebanyak 12 kali sepanjang 52 tahun, dan rakyat memang sudah tahu bahawa negara ini mengamalkan sistem demokrasi, yang memerlukan rakyat turun mengundi setiap 5 tahun sekali. Walaupun SPR telah memperkenalkan atau memajukan pelbagai sistem baru dalam proses PRU ini, tetapi kelihatan masih ketinggalan zaman dan tidak seiring dengan pemikiran rakyat yang sudah berpendidikan tinggi.

Sepatutnya proses pilihanraya sudah berubah, saya berasa hairan mengapa diperlukan parti-parti yang bertanding mongotorkan alam sekitar dengan tempelan-tempelan poster dan gantungan-gantungan bendera? Adakah bertujuan untuk memberi tahu rakyat bahawa inilah lambang parti kami,ingat lambang parti kami. Saya rasa ramai pengundi sudah mengenali lambang parti yang bertanding ini, terutamanya oleh generasi muda yang rata-rata berpendidikan, kerana mempunyai kerajaan yang bertanggungjawab. Amalan itu hanya sekadar untuk kemeriahan sahaja dan sebenarnya tidak memberi kesan pun kepada pengundi.

SPR telah menetapkan kempen hanya boleh dijalankan sehingga jam 12 malam sebelum hari pembuangan undi, kalau berkempen lagi itu satu kesalahan. Aturan itu sudah baik, tetapi kenapa pada hari pembuangan undi masih lagi terdapat kempen di tempat pembuangan undi? Seharusnya petugas parti tidak dibenarkan berada di kawasan tersebut dan kempen juga tidak boleh dibenarkan. Kalau pengundi mahu menyemak pendaftaran, SPR boleh menyediakan kemudahan tersebut. Biarlah hari pembuangan undi ini bebas dari kempen dan petugas parti, biar SPR sahaja yang buat kerja.
Kita lihat bagaimana dengan PRK Permatang Pauh, ada berberapa Pusat mengundi (PU) yang sesak dengan penyokong parti, jalan raya juga sesak dengan kenderaan parti, berlaku ejek mengejek, provokasi dan sebagainya yang menyebabkan pengundi malas dan takut untuk keluar mengundi. Perkara begini sepatutnya di zaman moden ini sudah tidak wujud lagi. Saya berharap perkara ini perlu diambil serius oleh SPR, jangan terlalu melayan parti pembangkang yang sengaja mencari peluang untuk meraih keuntungan. WR

3 TA, PAS pun sama..

Blogger masih ingat lagi semasa hari penamaan calon PRU 12 di Permatang Pauh, ada berberapa penyokong PAS dan PKR, mengejek penyokong BN mengatakan "UMNO Rasuah, UMNO Rasuah", sambil menghulurkan wang RM1o, kain batik dan kain pelekat. Jom tengok gambar di bawah ni:
Bersungguh benar penyokong PKR dan PAS ini membuat tuduhan terhadap penyokong BN, sehingga ke tahap menakut-nakutkan terutamanya kepada Puteri UMNO.
Orang tua-tua ada mengatakan, kita jangan suka mengata orang, sebab akhirnya tuduhan tersebut akan kena pada bantang hidung kita semula. Saya berkata begitu bila ada dikalangan pemimpin PAS dan PKR sendiri yang terlibat dengan gejala rasuah. Kes ADUN Penanti misalnya, begitu panas diperkatakan sehingga beliau meletak semua jawatan dalam politik dan kerajaan negeri.
Dan terbaharu, kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung wujudnya rasuah politik dalam parti itu.Selasa lalu Mohamed mendedahkan bahawa perebutan kuasa dalam PAS semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan parti itu Jun depan. Mohamed memberitahu, terdapat sesetengah calon yang telah membuat jamuan dan memberi baju kepada perwakilan untuk melobi supaya memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Selalunya cerita-cerita macam ini, akan menjadi bahan tohmahan PAS & PKR kepada UMNO, setiap kali musim pemilihan. Tapi kini dah terbalik, perbuatan yang selama ini dituduh kepada UMNO, telah menjadi amalan dalam pemilihan PAS. Mengapa penyakit ini boleh berjangkit kepada orang PAS.
Blogger namakan penyakit ini sebagai "Penyakit Kuasa". Mengapa penyakit ini dahulunya tidak pernah kita dengar dalam PAS, dalam PKR rasanya memang dah wujud pun, sebab Leader de fecto mereka merupakan founder kepada amalan ini dalam UMNO dulu. Dulu kalau jadi pemimpin kanan dalam PAS, apa yang dapat? habis tinggi boleh jadi calon pilihanraya, itu pun kena keluar duit sendiri, menang belum tentu, selalunya kalah lah. Tapi kini setelah parti itu di terima rakyat terutamanya orang Cina yang sebenarnya menyokong kerana protes kepada BN sahaja, PAS merasakan mereka semakin kuat dan harapan untuk menguasai kerajaan Persekutuan semakin hampir.
Oleh yang demikian, apabila bayang-bayang kuasa dan harta di depan mata, maka hilang lah pertimbangan kepada perjuangan. UMNO dahulu juga begitu, parti yang berjuang untuk rakyat. Tapi apabila sudah selesa, perjuangan agama, bangsa dan negara dilupakan. Yang penting perjuangan untuk terus hidup dalam kemewahan. Orang PAS kini semakin selesa, sudah mempunyai dua kerajaan negeri dan ramai pemimpin-pemimpin kanan mereka sudah ada kelas.
Manusia hanya akan ingat perjuangan semasa susah, semasa senang manusia, tamak dan haloba akan menguasai mereka. Kerana syaitan tidak pernah lupa tugasnya. Mereka yang berpuasa tidak mudah digoda syaitan, kerana nafsu telah dipenjarakan, tetapi mereka yang sentiasa kenyang mata mereka digoda oleh syaitan untuk lupa kepada Allah. Manusia rosak kerana 3 TA:
1. TAKHTA 2. HARTA 3. WANITA. Adakah orang PAS tidak akan terkena penyakit ini?

Friday, May 15, 2009

Misi jangan cucuk!!!

( gambar hiasan )

Terima kasih jururawat, MO, MA dan semua kakitangan klinik kesihatan Kepala Batas SPU atas komitmen anda kepada rakyat. Walaupun agak lambat menunggu giliran ( tak sampai 30 minit pun ) tetapi layanan anda semua menyebabkan demam blogger telah sembuh.
Dengan hanya bayaran RM 1, blogger memperolehi rawatan yang sepatutnya RM 200 kalau di hospital swasta. Syukur blogger menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat. Tahniah.
"SELAMAT HARI JURURAWAT!"

Thursday, May 14, 2009

Penjawat awam, jangan jadi pegkhianat..!

Hari ini Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, membuktikan kemampuan beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat, dan bertepatan dengan slogan beliau "Rakyat di dahulukan". Ucapan berikut menunjukkan kesungguhan kerajaan beliau untuk membuktikan slogan beliau: "Kerajaan mesti meletakkan rakyat dihadapan, rakyat seperti denyut nadi dalam badan, saya mahu dikenali sebagai Perdana Menteri rakyat." Kata Najib sewaktu menyambut hari pekerja sektor awam.
Dalam ucapannya itu juga Perdana Menteri mengumumkan mengumumkan pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi berkuatkuasa 1 Julai ini.
Ini bermakna ramai dikalangan penjawat awam yang gred rendah, yang sudah tentunya berpandapatan rendah akan menerima kenaikan gred gaji, maka pendapatan mereka akan bertambah. Pengumuman ini sedikit sebanyak akan melegakan kewangan golongan ini. Jadi kepada penjawat awam, kalau kerajaan sangat menghargai anda, maka anda juga harus membuktikan anda tahu berterima kasih kepada kerajaan. Jangan lah hanya kerana, anda keliru dengan isu politik yang didendangkan oleh pakatan pembangkang anda sudah mengatakan kerajaan sekarang zalim dan tidak menjaga kebajikan anda.
Penjawat awam jangan lah anda dianggap parasit yang memakan akar pokok yang anda sendiri diberi peluang berteduh.

Orang Melayu jugak yang kena........

Gambar ni diambil dari MySinchew, sebuah akhbar Cina yang berbahasa Inggeris secara online. Kalau sekali pandang nampak macam biasa saja, menceritakan tentang kemelut politik di Perak yang dah hampir 4 bulan berlarutan. Tapi kalau kita hayati gambar ni, siapakah lelaki yang sedang mengait benang itu? Dari segi pakaiannya nampak macam orang Melayu, so boleh kita tafsirkan bahawa kemelut politik di Perak sebenarnya adalah disebabkan mainan politik orang Melayu. Dan lelaki yang dalam gulungan benang itu, kalau dari segi wajah dan rambutnya nampak macam lelaki cina. Apakah karikatur dari akhbar Sinchew ini nak menggambarkan bahawa kemelut politik di Perak adalah permainan atau konspirasi orang Melayu untuk nak menyusahkan kaum Cina?
Tapi blogger fikir adalah sebaliknya, kemelut politik di Perak sebenarnya dimulakan oleh DAP yang bersifat perkauman yang selama ini menjadi dasar perjuangannya. Kita imbas kembali apa yang mereka lakukan semenjak sebelum pilihanraya ke 12 lagi. Apa yang DAP api-apikan kepada kaum Cina di serata Malaysia?
Blogger mohon maaf kepada kaum Cina, bukan tulisan ini mahu menghina kaum anda, cuma sekadar tafsiran dan mahukan kebenaran, semoga peritiwa 13 Mei 1969 tidak berulang.

Whats Teng Nan Hok deception?

Penang Gerakan has urged Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir to immediately request for dissolution of the State Assembly and pave the way for a fresh state election.Its chairman Datuk Dr Teng Hock Nan said the move would allow the people of Perak to decide on who should lead them.
Sounds like really tasty and interesting, but whether it is only way to the settlement of political crisis in the Perak. Why as adults and should not be a high way for the more subtle? A fresh state election, look really easy but the result will be what the leaders are only soft chair will bear. I think the better Dr. Teng came to Perak and meet with DAP peopleand talking a professionally, to prove that you are eligible to sit the Chairman of the Minister of Pulau Pinang one day.

Wednesday, May 13, 2009

Pusat Khidmat Tun Abdullah dirompak.

Pusat Khidmat bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas dipecah masuk sekumpulan lelaki semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub berkata kejadian yang dipercayai berlaku antara tengah malam hingga awal pagi semalam itu disedari oleh seorang pekerja di situ pada kira-kira pukul 7 pagi semalam."
Pegawai Khas Ahli Parlimen yang hendak memulakan tugas di Pusat Khidmat Barisan Nasional Kepala Batas itu menyedari pejabat berkenaan dipecah masuk selepas melihat pintu terbuka dan keadaan berselerak di dalamnya," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata hasil siasatan, polis menahan lima lelaki berusia antara 15 dan 27 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan."Kesemua mereka ditahan di rumah mereka di sekitar Permatang Bertam, Kepala Batas di sini pada kira-kira pukul 11.30 malam tadi," katanya.
Ayub berkata polis turut menemui semula beberapa barangan yang dilapor hilang daripada pusat khidmat berkenan termasuk set televisyen, sejumlah wang dan beberapa peralatan pejabat.Beliau berkata dengan penahanan dan penemuan semua barangan yang dilapor hilang itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh 24 jam.

Nizar balas dendam, apalah sangat jika...

Blogger rasa macam lucu la pulak bila mahkamah putuskan Nizar masih MB yang sah, malam tu jugak beliau buat mesyuarat exco. Dalam mesyuarat tersebut Nizar telah mengumumkan pengantungan kerja Dato Dr Abd Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid. Kedua-dua pegawai kanan kerajaan negeri Perak ini digantung serta merta mempunyai motif balas dendam kerana kedua-dua pegawai itu lebih condong kepada kerajaan BN, dan Datuk Abd Rahman pula pernah melukakan hati Nizar dalam insiden dalam pejabat MB dahulu.
Apa yang menarik perhatian lagi, Nizar sepatutnya tahu bahawa kuasa menggantung penjawat awam adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman. Jadi, jangan lah menunjukkan diri kita ini bukan dikalangan orang beriman dan munafik, semua orang Islam tahu dendam mendendam ini bukan perkara baik. Sebaliknya beliau sepatutnya lebih berhemeh dalam menangani isu dua pegawai kanan awam itu, baru la nampak lebih hebat.
Semalam KSN Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pengantungan kerja seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. Mengikut Peraturan 45(1) PU (A395/1993) pula, Mohd Sidek berkata seseorang pegawai awam boleh digantung kerja jika seseorang pegawai itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau satu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah, perintah tahanan buang negeri pengawasan, kediaman terhad dan sebagainya telah dibuat terhadap pegawai itu.
Jika nak lihat unsur balas dendam, apa hal pulak dengan penjawat awam lain yang berkhidmat dengan kerajaan BN yang kini semakin ramai yang cenderung menyokong pembangkang. Ini termasuklah guru-guru di sekolah kerajaan BN dan juga penjawat awam lain, yang dengan terang-terang meletakkan akhbar harakah pada ruangan membaca pejabat awam.
Apa hal pulak dengan seorang pegawai HEP Kolej Matrikulasi, yang secara terang-terang turun berkempen untuk Nizar di Bukit Gantang tempohari (video akan diuploadkan nanti), sepatutnya berada di pejabat tetapi berkempen di pondok panas, tanpa memohon cuti tetapi ponteng kerja. Apabila gambar beliau dirakam terus menutup muka ketakutan. Itu tidak termasuk lagi guru-guru JQAF yang ramai menyokong pembangkang, sedangkan kerajaan BN sekarang lah yang menyelamatkan mereka dari menjadi penganggur kehormat. Tapi adakah orang yang pandai ilmu agama ini tahu bersyukur?
Maka, jika nak dikira balas dendam rasanya ramai dah, penjawat awam yang digantung kerja, atau dipecat kerana tidak menyokong kerajaan BN. Tapi oleh kerana baiknya kerajaan BN ni, dibiarkan penyokong-penyokong pembangkang membiak dalam agensi kerajaan BN kerana kasihan nanti mereka naka makan apa, anak-anak tak boleh rasa kemewahan gaji dari kerajaan BN dan yang akhirnya menjadi duri dalam daging dalam kerajaan. Tidak melaksanakan amanah dan dasar kerajaan dengan sempurna dan mereka tahu akibatnya kerajaan BN yang akan dituduh bukan penjawat awam. Saya mencabar kepada penjawat awam kerajaan BN kalau anda menentang dasar BN seharusnya anda meletak jawatan dan beri peluang pada orang lain yang tahu bersyukur dan berterima kasih.
Blogger: mohon maaf kerana emosi sedikit, bukan apa geram saja dengan orang yang tak tau bersyukur dan berterima kasih ni.

Kerajaan Kedah Perlu Bantu ni....

Gambar ni adalah gambar rumah yang dimiliki oleh Pak Cha, dari Kampung Permatang Tiong dalam DUN Bandar Baharu. Ini adalah sebahagian dari kedaifan masyarakat Melayu di luar bandar yang harus di bela. Amat menarik bila membaca blog ADUN Bandar Baharu yang menyatakan " Kebajikan Rakyat Adalah Tangungjawab Kerajaan" . Oleh yang demikian harapan kepada ADUN berkenaan dan kerajaan Negeri Kedah untuk membantu rakyat yang daif begini. Hidup Negara Berkebajikan.......!!!!
Oh ya hampir terlupa, Kerajaan Negeri Kedah sekarang dah dapat Setiausaha Kerajaan Negeri & Pegawai Kewangan yang baru, tahniah Dato-Dato sekelian semoga Kedah akan bertambah maju dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Tuesday, May 12, 2009

Harga Minyak Naik Lagi?


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melancarkan minyak pelincir ron 95 hari ini dengan harga RM1.75 seliter bagi menggantikan petrol ron 92 yang digunakan sekarang.
Ia akan dilancarkan oleh Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol ron 95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.
Pada masa ini, harga minyak petrol ron 92 adalah lebih rendah iaitu RM1.70 berbanding ron 97 iaitu RM1.80.
Sementara itu, harga bagi minyak petrol ron 97 akan dinaikkan kepada RM2.00 apabila penjualan minyak petrol ron 95 akan mula dikuatkuasakan September ini.


Blogger: petrol 97 adalah petrol yang kini kebanyakkan kereta di Malaysia. Mulai September 2009 harga petrol itu akan dinaikkan kepada RM 2.00 seliter. Apa yang membimbangkan adakah minyak petrol Ron 95 sama pretasi dengan Ron 97? Apakah kesannya kepada enjin kereta kita dan adakah ianya bersesuaian. KPDN & HEP dan Petronas perlu memberi penjelasan yang meyakinkan kepada rakyat. Kalau petrol Ron 95 juga baik digunakan, maka rakyat akan menikmati harga minyak yang lebih murah iaitu RM 1.75 selitar.

Nizar perlu kotakan janji.

Mahkamah Tinggi semalam yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah mampu menyelesaikan kemelut politik yang melanda Perak sejak Februari lalu. Mahkamah mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak selepas mendapati beliau tidak mengosongkan jawatan itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Mohammad Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang membawa kepada kemelut politik di negeri itu sejak tiga bulan lalu akhirnya terjawab. Namun adakah dengan keputusan mahkamah itu mampu menyelesaikan kemelut politik di Perak.
Saya percaya, semua parti politik bercakap soal rakyat didahului, rakyat diutamakan, kuasa terletak di tangan rakyat dan Nizar dan Pakatan Rakyat juga mewar-warkan semasa peralihan kuasa di Perak dahulu, bahawa mereka mahu DUN dibubarkan dan Pilihanraya negeri di adakan. Jadi apabila Nizar berkuasa semula, hendaklah dia mengotakan janjinya.
Ada berberapa langkah yang boleh diambil untuk menstabilkan politik di Perak.
Pertama, Sultan boleh menitahkan untuk mengadakan sidang DUN khas supaya para ADUN dapat membuat undi tidak percaya bagi menunjukkan Nizar kehilangan majoriti
Kedua, baginda boleh memberi perkenan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri Perak.
Selain itu, Sultan Perak juga mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat jika berlaku sebarang insiden yang melibatkan tindakan fizikal seperti pergaduhan. Dalam hal ini, Sultan boleh melantik seorang Pengarah Gerakan negeri yang akan bertindak menguruskan pentadbiran negeri sehinggalah pilihan raya seterusnya diadakan.
Dr. Zambry juga telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru, perlu membuktikan bahawa beliau amat layak untuk menjadi pemimpin kepada rakyat di Perak. Beliau juga harus berusaha bersungguh-sungguh untuk bahawa UMNO telah berubah dan makin diterima oleh rakyat. Gunakanlah kebijaksanaan saudara untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat.
Blogger: Maka tunaikanlah janji yang pernah dilafazkan, kerana yang tidak menunaikan janji adalah bukti kemunafikan seseorang.

Wakil Rakyat untuk semua.

Menjadi wakilrakyat atau YB, adalah satu amanah yang besar dan berat. Amanah adalah kepada rakyat yang diwakili dalam kawasan tersebut. Justeru itu prihatin dan mengambil berat masalah rayat adalah tanggungjawab yang harus dipikul tanpa mengira apa fahaman politik rakyat. Jangan pula kerana perbezaan politik wujud diskriminasi kepada rakyat, kerana YB adalah wakilrakyat kepada semua masyarakat dalam kawasan YB. Dan rakyat pula dalam kawasan ADUN atau Parlimen perlu menerima wakilrakyat mereka seadanya, jangan wujud unsur sabotaj kepada YB.
Inilah prinsip yang dipegang oleh ADUN N 28 Sungai Rambai Melaka, juteru itu menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk mempastikan bahawa kerjaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang prihatin kepada kebajikan rakyat.
YB Hassan Rahman semalam turun bersama rakyat untuk menyampaikan kerusi roda kepada 2 orang pesakit di dalam kawasannya, seorang wanita Cina yang sudah tua dan seorang lelaki Melayu yang terlantar dirumah dan sangat memerlukan bantuan kerusi roda.
Keprihatinan begini sangat diperlukn bagi membuktikan bahawa kerajaan memang mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang kita rasai ini. Tidak seperti di negara-negara lain, seperti negara jiran kita yang asyik berpolitiking setiap hari,dan yang menjadi mangsa adalah rakyat. Ingatlah apa yang berlaku di negara jiran tidak mustahil akan berlaku di negara ini, jika kita lalai dan berpecah sesama kita, hancurkan perpaduan yang kita bina begitu lama.
Laman Web ADUN Sg. Rambai http://n28sungairambai.blogspot.com/

Monday, May 11, 2009

Nizar MB Perak semula.....

Celaru dan haru biru, bila Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar adalah MB Perak yang sah. Dalam hujah penghakimannya, Hakim DatukAbdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan. Tetapi ditolak hakim.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang. Nizar berkata dia akan mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan keputusan mahkamah itu.
Blogger: Kita tunggu dan lihat apa nak jadi. Yang pasti ada orang yang akan buat kenduri sembelih babi la malam ni.

Sunday, May 10, 2009

Gelap Atau Terang, YB Turun Padang.

Kerajaan mempunyai agensi yang kukuh di peringkat masyarakat, dan berdasarkan dasar yang dirancang, rakyat sudah tentu terbela. Namun benarkah pegawai atau kakitangan awam yang diberi tanggungjawab tersebut akan memberi laporan yang benar kepada wakil rakyat sesuatu tempat. Kebanyakan kakitangan awam, tidak akan merasa bersalah jika rakyat tidak terbela, ini kerana mereka tidak mempunyai kepentingan politik, tidak seperti wakilrakyat. Jika pegawai yang diberi tanggungjawab tidak melaksanakan dasar kerajaan, mereka tidak perlu bimbang kerana rakyat akan mempersalahkan rakyat, tambahan pula jika penjawat awam tersebut adalah penyokong gagasan pembangkang yang bercita-cita menumbangkan kerajaan sedia ada.

Maka MP 164 Pontian , YB Ahmad Maslan sendiri yang turun padang dan bermalam dirumah peneroka, bertujuan mencari "pencerah" ataupun untuk mengetahui masalah sebenar rakyat, terus dari mulut rakyat, bukan sekadar membaca laporan atau mendengar taklimat dari pegawai-pegawai sahaja. Tahniah YB kerana berusaha menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab.

UMNO 63 tahun, relevenkah lagi?


Tarikh 11 Mei ini maka genaplah usia UMNO 63 tahun sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan Negara.

Umum mengetahui bahawa UMNO menerima tekanan yang amat berat akibat dari prestasi yang buruk BN dalam PRU 12. UMNO terus dipersalahkan, apabila golongan muda tidak lagi berminat untuk menuruti perjuangannya. Pelbagai pandangan dan saranan telah dikeluarkan bagi mengatasi kemelut itu, namun tanda-tanda pemulihan kurang jelas. Dari sehari ke sehari UMNO terus dibelasah dan dilabelkan sebagai parti pengamal dasar apatied.

UMNO merupakan sebuah parti politik yang diwujudkan atas dasar kesedaran rakyat pada tahun 1948, untuk mempertahankan ketuanan Melayu yang cuba dirampas oleh penjajah British menerusi gagasan Malayan Union. Bukan sedikit susah payah, kegagalan dan kejayaan yang terpaksa ditempuh oleh pejuang UMNO. Insiden pertama yang melanda UMNO adalah apabila YDP pertama dan juga pengasas UMNO iaitu Dato Onn Jaafar mengambil keputusan meletak jawatan. Insiden ini berlaku sebenarnya berlaku akibat konspirasi dan perancangan sulit oleh pihak British yang memikirkan bahawa Dato Onn adalah penghalang kepada perancangan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta penerimaan orang Melayu dengan pemberian kewarganeraan kepada orang Cina, India dan lain-lain kaum yang diangkut oleh British ke Tanah Melayu untuk kepentingan ekonomi mereka.

Untuk membawa pulang semula semua kaum pendatang ini adalah sesuatu yang mustahil, maka jalan perlu dicari untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam masa yang sama Dato Onn dan UMNO dilihat penghalang kepada matlamat British tersebut. Dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh liberal Melayu yang boleh digunakan untuk menjayakan rancangan British tersebut. Akhirnya British dengan konspirasinya berjaya menyingkirkan Dato Onn.


Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa yang berlaku dalam UMNO, yang kini telah berusia 63 tahun yang telah dilihat sebagai sebuah parti yang tidak lagi releven kepada masyarakat moden Malaysia kini. Maka konspirasi seperti di zaman Dato Onn kini berulang kembali. Ada pihak yang telah berjaya melebalkan UMNO sebagai parti yang penuh dengan kegiatan-kegiatan negatif dan KORUP, ini berlaku kerana "pihak tertentu" melihat UMNO sebagai penghalang kepada matlamat mereka. Matlamat mereka sama seperti pada zaman Dato Onn, iaitu orang bukan Melayu mahu dijadikan bumiputera di Malaysia, dan mempunyai keistimewaan sama seperti orang Melayu.


Konspirasi dan rancangan mereka ini sudah mula berjaya apabila orang Melayu sendiri melihat UMNO bukan lagi pembela nasib bangsa tetapi pengkianat kepada bangsa sendiri. Perkara ini makin menjadi benar dan dipercayai apabila ahli UMNO dan pemimpin UMNO yang sendiri cuba merosakkan dan mencemarkan nama parti dengan melakukan perbuatan onar, dosa dan haram. Tambahan pula orang Melayu memang sudah menjadi kebiasaan tidak boleh menerima kenyataan jika bangsa mereka sendiri menjadi kaya raya, maka timbul irihati dan fintnah-memfitnah.


Blooger berhenti di sini dulu, sebab badan rasa tak sedap sangat sebab kena hujan petang tadi, nanati lah siri kedua akan muncul, kupasan politik UMNO.

Untuk Rakyat - Terima Kasih.

Kira-kira 42,700 projek bernilai RM5.6 bilion sudah diberi dan dilaksanakan di bawah dua pakej rangsangan, kata Ketua Pegawai Operasi Unit Pengurusan Projek (PMU), Datuk Ir Mohamad Othman Zainal Azim, hari ini.
Beliau berkata sebanyak 39,316 projek bernilai RM3.4 bilion adalah di bawah pakej pertama dan 2,745 projek bernilai RM2.2 bilion ialah yang dikenal pasti di bawah pakej rangsangan kedua dan menurutnya menjelang akhir bulan ini, semua projek di bawah pakej rangsangan pertama akan dilaksanakan sepenuhnya.
Projek dikenal pasti di bawah dua pakej rangsangan itu termasuk yang memerlukan dinaik taraf, pemulihan dan penyelenggaraan, kesihatan dan projek untuk membangunkan dan meningkatan modal insan, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan daya saing.
Sumber:http://www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my
Allhamdulillah syukur dan terima kasih kepada kerajaan yang telah membelanjakan wang untuk merangsang ekonomi. Secara tidak langsung projek yang dilaksanakan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Walaupun begitu, rakyat terbanyak kurang mengetahui atau merasa kesan dari perlaksanaan projek-projek tersebut. Agensi-agensi perlaksanaan perlu mewar-warkan projek-projek tersebut, terutamanya dalam media arus perdana supaya rakyat mengetahui, dan merasakan bahawa kerajaan yang ada adalah sangat bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat. Perkara ini perlu kerana rakyat kini hanya mengetahui bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah KORUP, kerana momokan-momokan berterusan dari parti pembangkang yang melalak ke merata kawasan bandar-bandar yang sudah tentunya kurang merasai kesan pakej ransangan ekonomi tersebut.
Saranan juga supaya perlaksanaan projek tersebut perlulah dilaksanakan dengan secara telus, untuk mengelak dari berlaku pilih kasih atau KRONISME yang diwar-warkan oleh pembangkang.