Tuesday, May 12, 2009

Harga Minyak Naik Lagi?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melancarkan minyak pelincir ron 95 hari ini dengan harga RM1.75 seliter bagi menggantikan petrol ron 92 yang digunakan sekarang.
Ia akan dilancarkan oleh Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol ron 95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.
Pada masa ini, harga minyak petrol ron 92 adalah lebih rendah iaitu RM1.70 berbanding ron 97 iaitu RM1.80.
Sementara itu, harga bagi minyak petrol ron 97 akan dinaikkan kepada RM2.00 apabila penjualan minyak petrol ron 95 akan mula dikuatkuasakan September ini.

Blogger: petrol 97 adalah petrol yang kini kebanyakkan kereta di Malaysia. Mulai September 2009 harga petrol itu akan dinaikkan kepada RM 2.00 seliter. Apa yang membimbangkan adakah minyak petrol Ron 95 sama pretasi dengan Ron 97? Apakah kesannya kepada enjin kereta kita dan adakah ianya bersesuaian. KPDN & HEP dan Petronas perlu memberi penjelasan yang meyakinkan kepada rakyat. Kalau petrol Ron 95 juga baik digunakan, maka rakyat akan menikmati harga minyak yang lebih murah iaitu RM 1.75 selitar.

2 comments:

  1. hmm

    saya yakin ramai rakyat tersentak sedikit ttg berita ini!

    Tapi, betulkah mereka peduli?
    apakah pula selepas ini kesan ekonomi ke atas negara?

    Kenapa tidak dibiarkan sahaja penggunaan Ron 92 atau jangan ganggu langsung dgn harga ROn 97 walhal sekarang rakyat mulai tenang dan dalam meng'adjust' belanjawan mereka dgn harga barangan, dan petrol lalu yang tingg!?

    hmmm

    ReplyDelete
  2. hmm