Blogger masih ingat lagi semasa hari penamaan calon PRU 12 di Permatang Pauh, ada berberapa penyokong PAS dan PKR, mengejek penyokong BN mengatakan "UMNO Rasuah, UMNO Rasuah", sambil menghulurkan wang RM1o, kain batik dan kain pelekat. Jom tengok gambar di bawah ni:
Orang tua-tua ada mengatakan, kita jangan suka mengata orang, sebab akhirnya tuduhan tersebut akan kena pada bantang hidung kita semula. Saya berkata begitu bila ada dikalangan pemimpin PAS dan PKR sendiri yang terlibat dengan gejala rasuah. Kes ADUN Penanti misalnya, begitu panas diperkatakan sehingga beliau meletak semua jawatan dalam politik dan kerajaan negeri.
Selalunya cerita-cerita macam ini, akan menjadi bahan tohmahan PAS & PKR kepada UMNO, setiap kali musim pemilihan. Tapi kini dah terbalik, perbuatan yang selama ini dituduh kepada UMNO, telah menjadi amalan dalam pemilihan PAS. Mengapa penyakit ini boleh berjangkit kepada orang PAS.
Blogger namakan penyakit ini sebagai "Penyakit Kuasa". Mengapa penyakit ini dahulunya tidak pernah kita dengar dalam PAS, dalam PKR rasanya memang dah wujud pun, sebab Leader de fecto mereka merupakan founder kepada amalan ini dalam UMNO dulu. Dulu kalau jadi pemimpin kanan dalam PAS, apa yang dapat? habis tinggi boleh jadi calon pilihanraya, itu pun kena keluar duit sendiri, menang belum tentu, selalunya kalah lah. Tapi kini setelah parti itu di terima rakyat terutamanya orang Cina yang sebenarnya menyokong kerana protes kepada BN sahaja, PAS merasakan mereka semakin kuat dan harapan untuk menguasai kerajaan Persekutuan semakin hampir.
Oleh yang demikian, apabila bayang-bayang kuasa dan harta di depan mata, maka hilang lah pertimbangan kepada perjuangan. UMNO dahulu juga begitu, parti yang berjuang untuk rakyat. Tapi apabila sudah selesa, perjuangan agama, bangsa dan negara dilupakan. Yang penting perjuangan untuk terus hidup dalam kemewahan. Orang PAS kini semakin selesa, sudah mempunyai dua kerajaan negeri dan ramai pemimpin-pemimpin kanan mereka sudah ada kelas.
Manusia hanya akan ingat perjuangan semasa susah, semasa senang manusia, tamak dan haloba akan menguasai mereka. Kerana syaitan tidak pernah lupa tugasnya. Mereka yang berpuasa tidak mudah digoda syaitan, kerana nafsu telah dipenjarakan, tetapi mereka yang sentiasa kenyang mata mereka digoda oleh syaitan untuk lupa kepada Allah. Manusia rosak kerana 3 TA:
1. TAKHTA 2. HARTA 3. WANITA. Adakah orang PAS tidak akan terkena penyakit ini?
No comments:
Post a Comment