Saturday, January 30, 2010

Akhirnya Ariffahmi mengaku kalah.


Akhirnya Almenantunya Nik Aziz yang "didakwa" melingkupkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan menyerah kalah akibat tekanan bertubi-tubi oleh blogger dan rakyat, termasuk orang PAS sendiri.

Blogger Kickdefella antara yang paling banyak mendedahkan perbuatan buruk yang paling dipantangi oleh orang-orang PAS iaitu Kronisme, Nepotisme dan Rasuahisme, walaupun dah ramai pemimpin-pemimpin PAS sedang lakukan.

PAS kini bukan parti kampung, parti orang miskin, parti fanatik Islam, tetapi PAS sudah menjadi parti elit yang dipenuhi oleh golongan kaya dan profesional. Jangan sebutlah orang korporat yang berjaya dalam perniagaan kerana dasar Barisan Nasional atau golongan muda yang menjadi teknokrat, profesional hasil perjuangan DEB oleh UMNO, bahkan mereka yang kaya adalah YB-YB PAS di Kelantan juga, tidak ketinggalan hasil menawan 3 buah negeri lain tidak ketinggalan di Perak juga walaupun setahun, juga sempat kaya.

Sebenarnya isu Almenantunya Nik Aziz ini amat memedihkan hati ramai orang PAS, kerana mereka terasa pilu apabila dahulu sebelum ini Nik Aziz dan PAS menghentam kes menantu kepada Tun Abdullah sehingga calar imej mr clean Tun Abdullah. Orang PAS merasa seperti doa Nik Aziz yang memohon bala kepada pemimpin UMNO, akhirnya terkena Tok Guru sendiri, "ibarat meludah ke langit, tetapi kahak najis yang jatuh ke batang hidung".

Rasanya ramai orang PAS yang amat sayang pada Nik Aziz ni berasa lega, sebab Almenantunya terpaksa meletak jawatan lebih awal dari tarikh sebenarnya iaitu pada 31 Januari 2010 yang sepatutnya pada Mac.

Blogger nak ucapkan pada blogger Kickdefella ini kerana berjaya mendedahkan keketoran dalam kerajaan negeri Kelantan dan PAS. Tahniah juga pada Husam Musa sebab strateginya berjaya dengan meletakkan blogger ini di luar bagi memudahkan penyingkiran Almenantunya tanpa melukakan mentornya Nik Aziz. Paling tahniah ialah anak-anak Nik Aziz sendiri yang menambah parah apabila menjadi tikus yang membaiki labu.

Blogger: Rasuah adalah seperti makan daging babi.

Wednesday, January 27, 2010

Kelantan "ANAK EMAS" Barisan Nasional.


Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini. Hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan. Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlahkeseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008.
Kerajaan PAS Kelantan sememangnya kurang senang dengan wang ehsan ini, kerana mereka tidak menjadi pihak yang berkuasa menguruskan wang tersebut. Namun kerajaan Pusat sebenarnya mempelawa wakil dari kerajaan negeri Kelantan untuk terlibat dalam menguruskan wang tersebut, tetapi ditolak.
Sejarahnya Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 10 tahun itu tidak pernah dianaktirikan dari segi peruntukkan pembangunan kepada rakyatnya. Sebenarnya rakyat Kelantan memang beruntung kerana mereka adalah "ANAK EMAS" kerajaan Pusat. Rakyat Kelantan juga sebenarnya lebih suka diperintah oleh PAS kerana status ANAK EMAS itu memberi banyak kelebihan berbanding negeri yang diperintah oleh BN, pelbagai kemurahan hati ditawarkan kepada orang Kelantan dengan harapan mereka akan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri. Tetapi orang Kelantan lebih bijak berpolitik dan bijak mencipta alasan untuk menolak BN pada setiap kali pilihanraya yang akan membuatkan BN merasa bersalah.
Percayalah walau apa kekusutan dan kelemahan kerajaan PAS Kelantan dicanangkan, tetapi orang Kelantan lebih bijak memilih demi kesenangan mereka dan pemimpin mereka..WR

Tuesday, January 26, 2010

Jika Allah tidak meredhai........

Manusia merancang, Allah juga ada perancanganNya, sesungguhnya perancangan Allah jua lah yang benar...Pernah seorang sahabat bertanya pada seorang alim..."apa akan jadi jika orang yang dikatakan alim membuat kebatilan dicampur aduk dalam segala tindak tanduk kehidupan..?" jawab orang Alim lagi Murshid itu..."tunggulah saat-saat kehancuran mereka kerana Allah tidak redha..."