16 Mei 2010- Selamat Hari Guru cikgu, diucapkan kepada semua warga pendidik yang bertanggungjawab membina negara bangsa.
Bangsa Melayu, berdiri atas asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan dipelihara". Ungkapan yang cukup indah untuk dihayati dan bersifat nostalgia.
Pembinaan negara bangsa berasaskan sistem politik demokrasi sedikit sebanyak mencalarkan ungkapan falsafah tersebut. Sifat perlu bertanding dalam merebut kuasa, menyebabkan adat-adat yang bersendikan syarak dari Kitabullah tidak lagi menjadi panduan, sebaliknya falsafah "matlamat menghalalkan cara" lebih disendikan. Bukan sejarah bangsa Melayu tidak mencatatkan perbalahan ataupun pergaduhan sesama bangsa, tetapi ianya lebih bersifat kepentingan peribadi dan hasutan dari orang lain.
Bendahara Tun Mutahir dibunuh seluruh keluarga oleh Sultan Mahmud di zaman Kesultanan Melayu Melaka lebih 500 tahun dahulu juga adalah disebabkan sifat hasutan dari Raja Mendaliar yang berketurunan India Keling. Melaka juga dijajah Portugis adalah hasil tokok tambah cerita palsu dari Nina Citu yang juga berketurunan India Keling kepada Alfonso, begitu juga ungkapan "bahawa orang Melayu tamak dan tidak boleh dipercayai" oleh pedangang China menyebabkan dendam Wizurai Alfonso bertambah membara.
Kerajaan Melayu terdahulu runtuh dan hancur adalah kerana sikap tidak jujur kaum pendatang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan di Tanah Melayu. Di tambah pula dengan sifat orang Melayu sendiri yang mudah dengki dan irihati walaupun Islam secara jelas melarang keras sifat itu. Al-Quran juga dari awal lagi mengingatkan orang Islam supaya berhati-hati dengan kaum yang sengaja mahu memusnahkan Islam. Tetapi peringatan itu sangat sedikit dihayati oleh orang Islam.