"Janji dibuat pada kempen pilihan raya umum yang kononnya mahu mengembalikan hak dengan memberikan tanah ini kepada kami tapi tidak ditunaikan. Saya rasa lebih baik dia letak jawatan," katanya kepada pemberita disini hari ini.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, pakatan pembangkang DAPPKRPAS telah menggunakan isu Kampung Buah Pala sebagai modal mereka berkempen dengan menjanjikan penduduk bahawa mereka akan mengembalikan hak mereka sekiranya memerintah negeri ini."
Itu antara luahan penduduk High Chappral ataupun Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang tidak berpuashati kerana mereka terpaksa keluar dari kampung sendiri yang didakwa telah diduduki hampir 100 tahun itu. Kebanyakkan penduduk di situ adalah berketurunan India dan mereka adalah antara yang lantang menentang BN semasa PRU 12 2008 lalu, kerana mereka merasakan BN tidak begitu mengambil tahu isu kampung mereka. Mereka merasakan bahawa DAP & PKR adalah badan yang boleh membela nasib mereka, tapi telahan mereka sama sekali silap apabila mereka dihalau dari kampung sendiri.
Apa yang menarik, DSAI yang pernah berucap di High Chappral itu pernah menjanjikan jika Pakatan Rakyat memerintah negeri Pulau Pinang, isu tanah mereka akan selesai, DSAI mahu penduduk High Chappral menanggap masalah mereka telah selesai jika mereka mengundi Pakatan Rakyat.
Isu ini bertambah menarik bila hari ini penduduk High Chappral mendesak KM Lim Guan Eng meletak jawatan sebagai KM, kerana gagal menyelesaikan isu tersebut. Tambah memanaskan hati mereka bila Lim tidak mahu bertemu dengan mereka bila mereka berhimpun di KOMTAR, Lim hanya menghantar Setiausaha Politiknya sahaja bagi mewakili KM. Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata: "Mengapa dia tidak mahu berjumpa kami, semasa berkempen pilihan raya dulu selalu datang jumpa hingga ke pasar dan berkata kepada kami supaya mengundinya," katanya.
Di Kedah lain pula ceritanya, DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star. Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.
Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya. DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut. Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusn dan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.