Sunday, June 28, 2009

Tuan Aziz Tuan Mat calon BN Manik Urai

Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Manik Urai, umum Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.
Tuan Aziz adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra di bandar ini.
Selepas menamatkan pengajian di UTM, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.

No comments:

Post a Comment