Saturday, May 23, 2009

Konspirasi Penanti

Hari ini maka, berlaku satu lagi proses demokrasi dengan sempurnanya penamaan calon di DUN Penanti. PKR sekali lagi meletakkan calon untuk menggantikan penyandangnya yang kelihatan seperti dipecat oleh PKR. Dalam menuju kesempurnaan parti yang semakin kemaruk untuk menguasai kerajaan persekutuan, mana yang busuk dibuang diganti yang elok. (tapi kata orang yang ni pun busuk jugak, sebab dah dua kali kalah dalam PRU)
Nampaknya Penanti terjangkit dengan penyakit di DUN Bukit Selambau lalu apabila ramai yang menawarkan diri untuk jadi wakilrakyat. Tak tau lah apa sebenarnya tujuan mereka nak jadi wakilrakyat. Antara nak jadi popular, atau nak berkhidmat untuk rakyat. Kesian orang Penanti dijadikan barang mainan dan perjudian orang kemaruk kuasa.
BN mengambil langkah untuk tidak bertanding dalam PRK Penanti, alasan yang Pengerusi BN nampaknya kukuh jugak, dan yang paling klasik ialah tidak mahu terlibat dengan mainan politik PKR. Tapi boleh tak kita katakan BN memboikot PRK ini? Saya rasa lebih selesa menggunakan perkataan "BOIKOT". Perkataan ini adalah perkataan popular dikalangan pakatan pembangkang. Tapi adakah cukup sekadar memboikot dengan tidak meletakkan calon. BN seharusnya memberi pengajaran yang lebih dramatik kepada pakatan pembangkang ini, dengan memastikan penyokong BN, terutamanya ahli UMNO tidak turun mengundi pada hari pembuangan undi. Ini barulah dinamakan boikot dan protes kepada permainan politik murahan PKR.

DSAI kena cari penasihat yang lebih baik selepas ini, sebab strategi nak sogok calon bebas sudah dijadikan isu dan mungkin akan dibawa ke SPRM. Kalau dah duit banyak tak payahlah nak sogok calon bertanding, lebih baik sedekah pada orang susah, miskin papa kedana di Permatang Pauh lagi bagus.

Zambry dan Ahmad Maslan

Tahniah diucapkan kepada pasukan peguam Dr. Zambry kerana berjaya berhujah dengan penuh menyakinkan untuk memastikan hakim mahkamah rayuan memihak kepada BN. Kini Dr. Zambry boleh terus menjalankan tugas sebagai MB kepada rakyat Perak, samada yang menyokong, atau yang tidak menyokong, tapi bimbang penyokong yang hanya membawa rebah. Soalnya walaupun ketidak tentuan krisis politik di Perak masih dalam perkiraan matematik politik, seharusnya BN tidak boleh terus leka, agenda pembangunan kepada rakyat harus diteruskan dan harus menjadi kerajaan yang populis disamping kerajaan yang bertanggungjawab. Perubahan harus nampak dan boleh dirasai serta dinikmati oleh rakyat bukan sekadar retorik.
Bercakap soal retorik, saya ingin tujukan kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang bercakap soal jentera penerangan UMNO yang beku dan kaku di peringkat akar umbi. Walaupun dah seminggu berlalu, masih belum nampak vaksin yang disuntik. Ayat yang suka saya guna tidak dirasai kesannya pun. Isu semasa semakin kemaruk mengambil tempat, tapi UMNO masih lagi mengharapkan jentera kerajaan untuk buat kerja untuk mereka. Jangan lah macam tu, orang kerja dengan kerajaan akan bertambah meluat dengan UMNO jika mereka asyik digunakan.
Rakyat di kampung-kampung yang masih menyokong dan masih bersimpati dengan UMNO harapkan ada majlis penerangan berkenaan isu semasa politik dianjurkan. Tapi geng UMNO masih dok bersembang sesama mereka di kedai-kedai mamak, isu politik sikit dibincangkan, yang banyak macammana nak buat duit, dan sapa yang neka kena pancung.
Malas la nak ulas egois orang UMNO ni. Stop dulu lah.WR.

Friday, May 22, 2009

Kami Hidup Dalam Ketakutan.

JAFRI Tajul Aripin, 47, berdoa di sisi pusara isterinya, Allahyarham Wah Yah Matzi dan anaknya, Ermin Denish di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh, Perak, semalam

Kes semalam adalah antara banyak kes jenayah kejam yang berlaku dalam negara kini. Setiap hari akhbar melaporkan kes-kes jenayah, baik yang dilakukan oleh rakyat tempatan ataupun warga asing. Saban hari berlaku, itu yang dilaporkan. Jika kita di dalam rumah, sama seperti kita berada dalam penjara, kerana dikelilingi oleh jeriji besi yang bermangga kukuh. Itu pun masih lagi rumah kena pecah, bukan sekadar rumah rakyat biasa, rumah pemimpin pun kena pecah juga, hatta rumah pegawai kanan polis pun tidak terlepas dari menjadi mangsa.

Ini membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah hidup mewah, kerana perompak memikirkan mangsa mereka mesti mempunyai wang atau barang berharga untuk dicuri. Menjadi masalah dan atau kecenderungan penjenayah ini untuk mencedera mangsa malah sehingga sanggup membunuh.

Kita akan menyalahkan kerajaan dan polis. Namun polis juga menghadapi masalah yang sama, dengan kekurangan anggota ditambah pula dengan peralatan kepolisian yang agak ketinggalan zaman. Bayangkan untuk sebuah balai polis, hanya terdapat 2 baju kalis peluru, berberapa pucuk pistol yang sudah ketinggalan zaman hatta, set radio perhubungan pun ntah zaman bila punya. Pada zaman teknologi canggih ini, kerajaan sepatutnya memanafaatkan teknologi ini. Kadang-kadang penjenayah mempunyai kehebatan teknologi yang lebih jauh dari polis sendiri.

Rakyat juga harus berkerjasama dengan polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan polis pun jangan ambil ringan dengan aduan rakyat. Polis perlu jujur dalam membeteras jenayah, kikiskan imej buruk anggota yang menjadi pelindung kepada penjenayah.

Al-Fatihah untuk Pak Su Weil

Al-Fatihah, semoga rohnya bersama dengan orang yang beriman dan mendapat rahmat dari Allah. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi. Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout, kencing manis) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Menurut laporan beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Weil antara Adun yang paling lama di Kelantan.
Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.
Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai
Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%
1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
Blogger: Penggal Pilihanraya ke 12 ini, menyaksikan paling banyak PRK berlaku. Sebenarnya ini kuasa Tuhan untuk kita mengukur sejauh mana kematangan politik kita. Inilah peringatan dari Allah untuk kita berfikir, samada kita mahu terus berpecah atau bersatu hati. Untuk orang dalam DUN Manik Urai. Selamat Mengundi.
Klik di sini untuk Belasungkawa YB Pak Su Wel.

Wednesday, May 20, 2009

Malaysian Indian Power.

A new political party for Malaysia's ethnic Indian minority was launched Tuesday, with its leader saying it would fight discrimination against the disadvantaged community.
The Malaysian Makkal Sakti (People's Power) party is an offshoot of the banned rights group Hindraf, which had five of its leaders detained without trial after mounting unprecedented anti-discrimination protests in 2007.
The party's leader, R. Thanenthiran, took on a prominent role in Hindraf after the detentions, which ended in recent weeks when the five were released by newly appointed prime minister Najib Razak.
"Each and every citizen of this country should be treated equally," Thanenthiran told a press conference held to launch the party.
"This party will house Indians from all walks of life under one umbrella, besides acting as a bridge to unite the multiracial people of Malaysia."
Ethnic Indians, who make up less than eight percent of the 27 million population of the mainly Muslim-Malay country, say they fare badly in terms of education, wealth and employment opportunities.
Thanenthiran said 5,000 members had already signed up, and that he aimed to build membership to 300,000 within a year.
He said the party would remain independent, but would "work with any coalition or party which gives benefits to Indians."
Registering a new political party can be difficult in Malaysia -- a socialist party was only recently approved after a decade-long struggle -- but Thanenthiren showed the press conference a certificate of approval.
Despite the speedy registration, he denied that Makkal Sakti would lean towards the ruling Barisan Nasional coalition, which has been abandoned by Malaysia's minorities.
The coalition, led by the United Malays National Organisation (UMNO) which represents majority Muslim Malays, was battered in general elections a year ago when ethnic Chinese and Indians switched to the opposition.
Chinese and Indian-based parties within the coalition were wiped out, and the government has been searching for ways to reconnect with minorities.
Political analyst Khoo Kay Peng said that race-based parties were not the way forward for Malaysia, and that Makkal Sakti would struggle because it lacks the backing of other top Hindraf figures.
"Deciding to join the BN coalition would be a mistake as... the new party would be viewed as selling out," he said. AFP.

Apa? Zuhud, Hudud? Kah Kah Kah...

YB PAS KAYA BILA BERKUASA
Posted by MUTIARA MELAYU PULAU PINANG (klik)


Blogger: posting yang menarik untuk dibaca. MB Kedah kena jawab.

Khir Toyo digantung. PR pun sama macam BN

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga mendapati bekas Menteri Besar itu bersalah kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Mac lepas.
SELCAT ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada pertengahan Mac lalu.Selain Dr Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan.
Blogger: apa berlaku kepada Khir Toyo adalah mangsa balas dendam Pakatan Pembangkang setelah Dewan Rakyat menggantung anak Karpal Sigh yang juga MP Puchong, juga selama setahun dan ditarik semua pembayaran elaun sebagai MP.
Sebenarnya pemikiran dan tindakan mereka tidak lebih macam BN, so kalau mereka memerintah pun negara ini, mereka akan melakukan perkara yang sama macam BN buat, cuma mungkin lebih mempopularkan diri sahaja dengan memberi gula-gula kepada rakyat.
Sepatutnya mereka bertindak lain dari kebiasaan yang dilakukan oleh BN, baru lah mereka boleh

Monday, May 18, 2009

Nik Aziz sokong politik wang.

Baca kenyataan terbaru Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diterbitkan oleh HarakahDaily:
"Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS' hendaklah terus dipraktikkan.
"Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu," ujarnya ( Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat )

Blogger: walaupun Nik Aziz kecewa dengan gejala politik wang yang menular dalam PAS, tetapi kenyataan atau analogi yang digunakan oleh beliau menampakkan bahawa PAS membenarkan amalan rasuah ini. Adakah mengambil dan memakan rasuah tidak salah dan berdosa pada Nik Aziz, yang salah dan berdosa ialah jika memberi sokongan. Sekali lagi Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengeluarkan kenyataan yang amat mengelirukan rakyat. WR

Sunday, May 17, 2009

BN tidak sertai PRK Penanti

Nampak gayanya, DSAI tidak berpeluang untuk memalukan BN di Penanti pada 30 Mei ini, apabila angin bertiup kencang dari Permatang Pauh menyatakan BN tidak akan menyertai PRK di Penanti. Baguslah, sekurang-kurangnya dapatlah rakyat sebelah utara ni meneruskan kehidupan dengan tenang dan selesa tanpa disesakkan dengan bermacam-macam drama pilihanraya. Yang paling penting akan kurus lah syaitan apabila tidak dapat merasuk penyalak-penyalak dari terus menyebar fitnah dan mendengar fitnah.

Tapi ramai juga yang akan kecewa kerana tidak "masshyuk", ya lah masing-masing akan jadi penonton saja. Masuk angin keluar asap.

Feedback sought on proposed privatisation of PORR project

Penang Chief Minister, Lim Guan Eng wants feedback from the people on the proposed privatisation of the Penang outer ring road (PORR) project.
The proposal letter from the Economic Planning Unit (EPU) of the Prime Minister's Department on the matter was received by the state government on April 25.
"If the state government agrees with the proposal, we want the federal government to hold a dialogue so that the people of Penang will also be informed about the matter," he told reporters, here, today (15 May).
The 17km PORR, connecting the road from the Penang Bridge to Tanjong Bungah and costing RM1.02 billion, was initially expected to be completed by 2010 but the project implementation has been delayed until now due to the economic crisis.
Lim said EPU, meanwhile, also accepted the proposal from Daya Aliran Inovasi Sdn Bhd to take over the construction of PORR from Peninsular Metro-Works Sdn Bhd (PMWSB).
However, Lim declined to comment when asked about the amount of compensation for PMWSB.
In another development, Lim urged former chief minister (CM) Tan Seri Dr Koh Tsu Koon, former deputy CM Datuk Abdul Rashid Abdullah and Penang Gerakan chairman Datuk Dr Teng Hock Nan to cooperate in the probe into the compensation paid to Tang Hak Ju over a land deal.
"We have lost the case but if possible, we want the former CM and state exco members concerned to come and discuss the issue with us to see if the compensation payment imposed on the present state government can be further reduced," he said.
Yesterday, the state government deposited a sum of about RM14.7 million with the Penang High Court, being 50 per cent of the compensation to be paid to Tang Hak Ju over a land deal that went awry.
The private land owned by a Chinese temple in Seberang Perai Tengah was designated as a state-owned land and leased out to Tang for quarrying purpose.
However, Tang who paid a RM354,473 land premium, sued the then state government for compensation when the real private land owner stopped his quarry operation.
Tang later demanded a RM1.8 million compensation and a replacement land in Juru from the state government as out-of-court settlement, but the state government disagreed, causing him to take the case to court.
Subsequently, the court ordered the state government to pay R40 million which was reduced to RM29 million after appeal.

Talkin Buat UMNO?

Utusan Malaysia 15 Mei 2009 melaporkan lebih 60,000 jentera penerangan UMNO di semua cawangan di seluruh negara gagal berfungsi kerana tidak tahu tugas masing-masing. Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, kegagalan memahami tugas menyebabkan mereka tidak aktif memberi penerangan mengenai isu- isu semasa kepada rakyat kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan sebagai jentera penerangan parti. Beliau yakin jika semua jentera penerangan digerakkan, ia mampu memberikan kesan yang baik kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana dengan cara itu rakyat akan lebih faham isu-isu semasa yang berlaku di seluruh negara.
Blogger: Adakah jentera UMNO ini diperingkat akar umbi kuat? Jawapannya tidak, kerana UMNO bukanlah parti yang mesra kepada ahli. Kalau Ahmad Maslan berkata jentera penerangan UMNO di cawangan lemah, saya berani katakan sebenarnya cawangan UMNO itu sendiri pun lemah, longlai, ataupun hampir mati. Yang hidup hanya bahagian, kerana pemimpin di bahagian "lubang" mereka lebih cerah, itu pun tidak semua.
UMNO sebenarnya tidak bekerja, yang bekerja ialah jentera kerajaan, itu pun yang masih lagi mahu mendokong kehendak parti. Tapi ramai yang menyampah dan menyumpah. UMNO terlalu mengharap jentera kerajaan, menyebabkan mereka jadi lemak dan lemah. Pemimpin UMNO hanya bekerja bersungguh-sungguh bila ada pemilihan dan mengejar projek.
UMNO juga tidak mesra kepada orang yang bijak pandai, kerana bimbang mereka menderhaka suatu hari nanti. Macam cerita Hang Nadim dan Raja Singapura sewaktu negeri itu dilanggar todak. Cakap pandai, bagi idea, mesti ada juak-juak yang akan cucuk untuk pancung bijak pandai ini. Maka pada fikiran bijak pandai ini lebih baik aku menyumbang ke jalan perjuangan pembangkang.
Setiap kali ada pemilihan, mesti ada yang kalah dan yang menang. Selalunya yang menang akan meninggalkan yang kalah. Bukan sekadar tinggal tetapi sampai tahap benam terus ke dalam lubang, jangan sampai nampak tunas. Itu lah budaya UMNO yang menyebabkan rakyat menjauhkan diri.
Akhirnya tinggal lah lagi yang terpaksa atau dipaksa pegang jawatan. So pegang saja jawatan tanpa ada apa tindakan. Sekadar menjadi aksesori kepada perhiasan.UMNO perlu berubah seperti yang diwar-warkan. Tapi sampai hari ini, mana perubahannya? Mana perubahan pemikiran pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan? Tiada.