Saturday, September 19, 2009

Isteri muda disayang, isteri tua melayang- Samy Vellu

Semalam Tun Dr. Mahathir meneruskan projek harakiri nya terhadap Presiden MIC S. Samy Vellu dengan menyatakan bahawa beliau adalah liabelity kepada Barisan Nasional. Komen itu adalah kenyataan kedua selepas komen Tun Mahathir bahawa Presiden MIC paling lama itu patut berundur dari jawatang tersebut. Berikutan kenyataan tersebut, seorang perwakilan MIC telah mencadangkan supaya digantung selipar pada gambar Tun Mahathir. Perbuatan menghina itu mengundang kemarahan ramai rakyat Malaysia sehingga mendesak MIC mengambil tindakan tegas kepada perwakilan itu.

Dr Mahathir, dalam satu temubual dengan Bernama semalam, berkata Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal dan beliau perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggunjawab terhadap kegagalan parti itu pada pilihan raya umum lepas.

Samy Vellu menganggap komen Dr Mahathir ibarat "memberitahu seorang isteri yang masih muda bahawa dia cantik dan satu aset, tetapi apabila tua, dia dilabel sebagai liabiliti" Samy Vellu juga menyatakan bahawa beliau telah berbincang mengenai pelan persaraannya dengan Pengerusi BN DS Najib Tun Razak.

Dengan komen harakiri Tun Mahathir itu, Samy patut lebih sedar diri bahawa rakyat kini sedang membuat penilaian kepada beliau. Ramai masyarakat India yang menyalahkan Samy Vellu yang dilihat tidak peka kepada permasalahan kaum itu. Blogger juga berpengalaman berjumpa dan besembang dengan ramai golongan muda India yang tetap mahu bersama dengan Barisan Nasional tetapi menjadi tawar bila mengenangkan Samy Vellu. Mereka marah sangat bila disebut nama Samy Vellu.

Demi masa depan politik Barisan Nasional dan pembelaan kaum India Samy Vellu patut mengumumkan pelan persaraan beliau dengan segera, bukan menjadi rahsia lagi dan bersifat eksklusif. Pengumuman persaraan Samy perlu dilakukan sebelum pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang jika beliau mahu BN menang.

MIC sebenarnya dalam PRU 12 dan lapan PRK lepas langsung tidak membantu untuk memenangi hati pengundi kaum India kerana mereka sudah bosan dengan peranan MIC untuk membela nasib kaum minoriti itu. Lihat sahaja kes Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan juga isu kuil Hindu di Shah Alam dan di lain kawasan. Benar kata Tun Mahathir, dulu tidak wujud HINDRAF tetapi kini sudah wujud NGO yang begitu ekstrim membela kaum India sehingga diambil kesempatan oleh parti-parti pembangkang.

Menang dalam pemilihan parti adalah perkara yang umun mengetahui boleh diatur, tambah jika diumpan dengan wang atau ugutan, tetapi pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang menang dalam pilihanraya kerana diterima oleh rakyat. Rakyat adalah hakim yang paling adil dalam rencana kepimpinan. WR

Friday, September 18, 2009

Golongan Muda Menentang BN - Daim

80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.Dalam temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya."Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat."Rakyat mahu melihat perubahan, sama ada di dalam BN atau Pakatan Rakyat (PR), siapa yang lebih dahulu berjaya melaksanakan reformasi akan memenangi sokongan mereka," katanya.

Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".Pada masa lalu, katanya, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.

Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.Rakyat, katanya, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang."Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.Itulah kekecewaan terbesar rakyat, katanya

Wednesday, September 16, 2009

PAS P.Pinang kena main lagi.

Salleh Man akan menjadi mangsa DAP Pulau Pinang seterusnya apabila namanya tidak dinamakan sebagai pengganti YB Ustaz Shahbudin Bin Yahya sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Sebaliknya nama orang lain yang diperkenankan oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong, nama yang perlu dirahsaikan terlebih dahulu untuk keselamatan.
Peringkat sekarang ini, pemimpin-pemimpin PAS tertentu sedang berusaha untuk bertemu dengan YDP Agong supaya melantik Salleh Man sebagai YDP MAIPP. Walaubagaimanapun usaha mereka setakat ini belum membuahkan hasil atau nampak tanda-tanda positif.
Secara positifnya DAP, khususnya Lim Guan Eng berjaya untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian orang Melayu kepada institusi Raja-Raja Melayu yang akan dimomokkan sebagai penghalang demokrasi dan menjadi alat kepada UMNO, kerana itulah matlamat utama DAP, untuk meruntuhkan institusi Raja-Raja Melayu. Selepas itu mudahlah mereka untuk menubuhkan sebuah negara republik seperti Singapura.