Saturday, January 23, 2010

Al-Fatihah dan Takziah: Kenali Sistem Beraja.


Al-Fatihah disedekahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar Al Sultan dan Pemerintah tanah Jajahan takluk Johor Darul Takzim. Sesungguhnya kemangkatan baginda adalah kehilangan kepada seluruh rakyat negara ini.
Ucapan takziah juga dilafazkan kepada seluruh kerabat baginda almarhum dan kepada rakyat Johor. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh rakyat johor yang merasa kehilangan Sultan yang mereka sayangi, walaupun ada sesetengah blogger yang mengutuk baginda.
Dengan kemangkatan tersebut akan terlantik pula pengganti Sultan yang baharu yakni anakanda baginda yang paling sulong, Tuanku Ibrahim Ismail. Perlantikan tersebut adalah kesinambungan sistem beraja yang diamalkan ratusan tahun dahulu dan masih dipertahankan dalam perlembagaan negara dan negeri di Malaysai. Begitulah uniknya sistem berkerajaan di negara kita dan masih diamalkan diberberapa buah negara lagi. Inilah makna Raja Berperlembagaan dalam Sistem Demokrasi Berparlimen.

Friday, January 22, 2010

PAS: Terkotor...eeee..!!!

PORT DICKSON: Dua lelaki masing-masing berusia 35 dan 23 tahun yang dipercayai penyokong parti pembangkang ditangkap polis selepas cuba mengedarkan wang palsu dengan menggunakan sampul surat Barisan Nasional (BN), kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Wang palsu yang disimpan dalam 69 sampul surat itu mengandungi nota "Undilah BN, Undilah Isa" dengan setiap sampul diselitkan tiga keping wang tunai RM100, kata beliau."Mereka ditahan semasa menunggang motosikal pada pukul 5 petang tadi di kawasan pilihan raya, wang palsu itu disimpan dalam beg sandang," katanya kepada pemberita di bilik taklimat Markas Taktikal Polis di sini pada Sabtu.

Katanya duit palsu itu mempunyai siri nombor yang sama dan dicetak dengan mesin penyalin, tetapi polis masih menyiasat mengenai tempat ia dicetak.Kedua-dua lelaki itu dipercayai cuba memburuk-burukkan imej parti lawan dengan mengedarkan wang palsu, katanya sambil menambah salah seorang yang terlibat merupakan penuntut Malaysia di Mesir yang sedang balik bercuti.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan kerana cuba mengedarkan wang palsu, katanya.
Komen: Menarik bila baca isu ini, tapi tidaklah terkejut sangat pun sebab PAS memang pandai buat kerja keji, kotor ni dengan berselindung dengan nama ugama. Kalau setakat bagi duit palsu tu tidak lah teruk sangat..tapi bagaimana dengan merobohkan rumahtangga orang semata-mata mahu menang dalam pilihanraya?, dan lagi keji bila sanggup menjadi pecacai kepada DAP, betapa senangnya DAP mainkan PAS bila melantik YB Mansor dari PKR sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat? Mana PAS?