Saturday, June 13, 2009

Orang UMNO Kaki Rasuah.

Itu tajuk utama akhbar Utusan Malaysia edisi sabtu 13 Jun 2009, nampak gaya kesungguhan Tun Abdullah untuk membenteras rasuah amat dikagumi sehingga tertubuhnya satu suruhanjaya yang menguruskan gejala rasuah iaitu SPRM. Dengan kuasa yang ada SPRM kini dilihat semakin berani dan telus dalam menyiasat dan mendakwa kes-kes yang dianggap "jerung".
Bila membaca laporan akhbar ini dan meneliti kenyataan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu SPRM mengambil tindakan kepada dua Datuk ini bagi membersihkan imej UMNO.‘‘Kita tak nak ahli yang memburukkan imej parti. Kalau mereka kena dakwa, kita ikut prosedur biasanya kita akan gantung jawatan yang mereka pegang, itu kita akan lakukan. Kata Tengku Adnan.
Persoalannya sekarang, mengapa kes ini perlu dikaitkan dengan UMNO? Hanya kerana mereka ahli UMNO? Atau mereka berjawatan utama dalam UMNO? Atau projek MRR2 yang menyusahkan rakyat dan kerajaan itu adalah projek UMNO?
Saya merasa kecewa apabila Tengku Adnan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Mengapa harus dikaitkan dengan parti kalau hanya kerana ia dilakukan oleh ahli parti? Kecualilah parti terlibat secara khusus dalam projek tersebut, maka bukan sekadar 2 Datuk itu yang harus didakwa tetapi UMNO itu sendiri harus diseret ke mahkamah. Tengku Adnan telah menjatuhkan maruah UMNO ke dalam lubang najis dan menghina UMNO.
Tengku Adnan hanya boleh mengeluarkan kenyataan itu jika ianya melibatkan disiplin dalam parti, seperti politik wang. Kes rasuah dalam projek pembinaan adalah kes jenayah sivil, dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Kalau "Perempit Jalanan" melakukan kesalahan trafik dan dibawa ke mahkamah dan dalam masa yang sama dia adalah ahli UMNO, mengapa Tengku Adnan tidak mengeluarkan kenyataan bahawa perempit tersebut telah mencemarkan nama UMNO.
Dalam keadaan UMNO yang semakin dibenci rakyat hasil hasutan pembangkang yang mahu menjatuhkan Kerajaan Melayu Malaysia, sepatutnya pemimpin UMNO berfikir dengan bijak sebelum mengeluarkan kenyataan. Bagi saya kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Adnan adalah kenyataan orang yang paling bodoh dalam dunia. Inilah yang selalu saya dengar ahli UMNO diakar umbi sebut: " orang di atas ( pemimpin UMNO) cakap ikut sedap mulut saja, yang nak kena jawab di kedai kopi ni orang kecik ni lah". Saya berharap pemimpin UMNO harus jadi pemimpin yang sayangkan parti dan jadilah lebih bertanggungjawab. Kalau rasa diri sudah tidak layak, sendiri mau ingat, LETAK JAWATAN!!!.WR

Friday, June 12, 2009

Gambar Penderaan Manohara







Gambar-gambar ini diambil dari portal berita di Indonesia yang menunjukkan calar balar luka pada tubuh badan Cik Puan Temenggong Kelantan yang mendakwa beliau didera.
Gambar ini dikatakan diambil oleh Manohara sendiri dengan menggunakan “Blackberry”.

Sekiranya benar, bolehkan Kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap yang terlibat. Apakah rahsia di sebalik penyeksaan ini? Mungkinkah Manohara mencederakan dirinya Sendiri?
Baca apa komen warga Indonesia tentang kes ini, klik tajuk di bawah ini.

ADUN Jawi letak jawatan...Konspirasi DAP.



Ha ha ha, seronok juga bila tengok orang politik berdrama, tambah pula bila plotnya kita dah tahu, so macam tak thirll la, biasa ja.
Blogger antara orang yang fikirkan memang ada gelombang untuk menjatuhkan BN dengan cara yang amat terancang. Cara yang paling mudah adalah cuba menghilangkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada BN. Taktik ini memang telah menjadi tradisi PAS, tetapi PAS hanya berani atas pentas ceramah sahaja, macam selalu orang cakap "cakap boleh la, cakap pandai saja, kalau berani buatlah". Dan PAS dah memang orang Melayu yang penuh dengan kesantunan dan malu-malu mana berani bertindak nekad dari itu.
Tetapi tidak untuk DAP, mereka memang bertindak nekad, dan macam selalu ayat yang blogger gunakan "sampai hati" untuk lakukan apa jua cara bagi mencapai matlamat, dan taktik ini sama yang pernah dilakuan oleh Ching Peng dan PKM.
Perletakkan jawatan ADUN Jawi Tan Beng Huat, kalau tanya orang tak sekolah politik pun tau itu semua kerja "ada udang disebalik batu". DAP punya lah nak pertahankan CAT sampai begitu telus dan tulus sekali sanggup menyerahkan surat perletakkan jawatan sekiranya beliau benar-benar terlibat dengan kes rasuah seperti yang dilaporkan oleh kawan baiknya sendiri. Ini contoh wakilrakyat yang cukup baik dan mulia.Tapi macam selalu kata lah "kalau nak bohong orang pun biar lah orang percaya". Ini terang-terang menipu.
Sebenarnya inilah gelombang menjatuhkan kerajaan Melayu yang dirancang oleh puak-puak penjajah sama seperti berlaku dalam sejarah Melayu Melaka, dan lain-lain kerajaan Islam di Eropah dan Turki. DAP kini memerangkap BN khususnya MCA untuk mengikut rentak mereka. MCA pastinya mahu bertanding di Jawi memandangkan dalam PRU 12 calon mereka iaitu TAN CHENG LIANG tewas dengn majoriti yang tipis sahaja iaitu 3,790. Jika MCA-BN bertanding di DUN Jawi, Pakatan Pembangkang akan mencanangkan bahawa UMNO adalah parti penakut apabila tidak melatkkan calon di Penanti.
DAP tahu kekuatan kerajaan Melayu Malaysia bertunjangkan UMNO, maka untuk menaklukki Malaysia DAP harus melemah dan menjatuhkan UMNO terlebih dahulu. Segala rancangan jahat ini pula yang menariknya mendapat simpati orang Melayu dalam PAS dan PKR, setelah diomong dan mulus-mulus dengan perbuatan yang konon Islamik dan nampak menyokong mereka. Seperti laungan Lim Guan Eng "kerajaan Khalifah Umar Abdul Aziz, yang terbaru peruntukkan untuk masjid sempena bulan Ramadhan depan". Itu tidak termasuk perbuatan kafir-kafir ini membaca ayat al-Quran dikhalayak ramai yang disambut dengan laungan "TAKBIRRR!!". Lepas tu bila ADUN mereka diaibkan dengan gambar bogel, cepat-cepat pergi berjumpa dengan Murshidul Am PAS, kononnya pergi menghapus dosa lah, siap berbaju jurung dan bertudung lagi. Itulah pembohong, penipu yang paling nyata sekali.
Blogger berdoa, semoga Kerajaan Melayu Malaysia akan terus kekal selamanya dan tidak dilenyapkan seperti Kerajaan Islam Andalusia dan Kerajaan Melayu Melaka akibat dari rakyat menjadi alpa dan berpecah sesama sendiri hasil konspirasi KAFIR. WR.

Wednesday, June 10, 2009

Dr Asri tidak setuju SIS diharamkan.

Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, beliau tidak bersetuju sekiranya Sisters in Islam (SIS) diharamkan di negara ini namun secara jujurnya mengakui tidak sependapat dengan beberapa pandangan yang pernah diutarakan pertubuhan itu.

"Ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju seperti isu poligami dan harta pusaka iaitu sistem faraid. Tapi isu ini sebenarnya adalah berkaitan dengan masalah perlaksanaan," kata Dr Asri ketika diwawancara baru-baru ini.

"Walaupun demikian, saya juga mengakui peranan SIS yang telah berjaya membela wanita dengan baik.
"Kelompok feminis ini banyak menyelesaikan masalah kaum wanita yang berhadapan dengan pengurusan cuai Mahkamah Syariah hinggakan ada kes yang tertangguh bertahun-tahun lamanya.
"Apabila SIS mengambil langkah drastik membela kaum wanita yang tertindas, kita tertanya-tanya adakah kita telah tunaikan hak wanita?
"SIS menarik perhatian kita tentang kecuaian sistem perundangan Islam dalam mengadili kes-kes yang bersangkutan dengan wanita seperti kezaliman suami, hak nafkah, kes cerai dan sebagainya," katanya.
Ketika ditanya dengan lebih lanjut berhubung hasrat PAS untuk mengharamkan pergerakan SIS seandainya mereka tersasar dari garis landasan Islam yang sebenar, Dr Asri mempunyai pandangannya tersendiri.
"Gerakan Islam perlu berfikir secara meluas, tidak boleh jumud. Besok, mungkin kumpulan lain pula terkena. Ianya perlukan satu pengadilan yang adil. Saya tidak bersetuju dengan desakan haram mengharam ini.

"Satu jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk menilai SIS. Dan mereka (SIS) pula hendaklah dipanggil kerana mereka ada hak membela diri.
"Jika mereka gagal untuk mengutarakan secara fakta segala tindak tanduk mereka selama ini, barulah itu satu permasalahan dan kemudian baru boleh diambil tindakan," kata Dr Asri yang pulang bercuti beberapa hari di negara ini sebelum berlepas ke United Kingdom minggu depan.
"Haramkan ikut kaedah, itu baru betul. Kita kena ikut cara kaedah Islam dalam hal ini contoh tentang arak dan judi, ada dosa dan manafaat.
"Setiap sesuatu ada buruk dan baiknya, bukan semuanya secara total baik atau buruk. Begitu juga amat bahaya 'mengharamkan' sesuatu sesuka hati.

"Bagaimanakah hendak mengharamkan sesuatu yang bukan hak dia? Jika saya menegah anak saya berbuat sesuatu, itu boleh kerana saya ada hak ke atas dirinya. Sama seperti harta saya.
"Bagaimana PAS hendak mengharamkan SIS sedangkan dia tidak mempunyai hak ke atasnya? PAS juga menentang ISA, tangkap tanpa bicara," kata Dr Asri.
Sumber: StarOnline.
Komen blogger: Nampak gayanya PAS akan bermusuhan dengan Dr. Asri pulak lepas ni.

Orang Berbudi Kita Berbahasa.

Dalam perasmian Mutamar PAS, blogger agak terkejut apabila melihat kehadiran Sasterawan Negara A.Samad Said dan yang menariknya beliau turut memakai kopiah putih. Blogger lebih suka melihat ke arah yang positif tanpa mahu memikirkan bahawa A.Samad Said telah mendaftar sebagai ahli PAS seumur hidup seperti Shahnon Ahmad.
Blogger faham mengapa A.Samad Said hadir dalam muktamar PAS, ini adalah kerana beliau kini bangkit dari kesenyapan setelah isu PPSMI dilihat gagal ditangani dengan baik oleh Dato Seri Hishamudin Tun Hussin sewaktu menjawat jawatan Menteri Pelajaran. A.Samad Said menyatakan beliau sanggup kehilangan gelaran atau jawatan semata-mata mahu memartabatkan bahasa Melayu.
Isu PPSMI telah menjadi duri dalam daging apabila kepada kerajaan apabila tidak menangani isu ini dengan baik, apabila desakan demi desakan dilakukan oleh rakyat, dan menjadi bertambah rumit apabila tokoh-tokoh akademik yang dulunya belajar dan mengajar dalam bahasa Inggeris turut turun padang menyertai demonstrasi jalanan yang sudah pasti dalangnya adalah parti-parti pembangkang.
Isu ini mendapat simpati rakyat apabila emosi mereka dimainkan bahawa bahasa Melayu sedang mengalami proses peminggiran dan penghapusan oleh kerajaan BN. Oleh kerana isu ini dicanangkan oleh parti pembangkang yang mempunyai pengikut fanatik terus menerus mendapat simpati rakyat. Rakyat mula merasa bimbang akan pembunuhan bahasa Melayu walaupun mereka sendiri tidak pernah mahu atau terfikir untuk memperkasakan bahasa ibunda mereka sendiri.
Blogger merasa hairan mengapa isu PPSMI ini menjadi isu yang berat dan menjadi bahan salakkan oleh mereka yang sudah tidak ada anak di sekolah, blogger yang mempunyai anak di sekolah melihat betapa keperluan bahasa Inggeris ini kepada masa depan pelajar itu sendiri. Kita lihat sendiri bagaimana graduan UiTM yang menjadi graduan yang laris di pasaran, ini kerana pembelajaran dalam UiTM adalah dalam bahasa Inggeris dan graduan UiTM berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik. Ini adalah keperluan dalam bidang pekerjaan terutamanya dalam sektor swasta.
Selaku jawatankuasa PIBG disekolah pinggiran bandar, penguasaan bahasa Inggeris oleh palajar sangat membanggakan tambahan pula mendapat sokongan ibubapa di rumah. Anak yang bemula terlibat dalam PPSMI mulai darjah 1 hingga darjah 6, tiada masalah kepada mereka untuk menjawab soalan UPSR Malahan guru bahasa Inggeris juga melihat betapa mudahnya pelajar berkenaan menguasainya semasa di sekolah menengah. Cuma yang menjadi masalahnya ialah guru PPSMI itu sendiri.
Guru PPSMI dahulu semasa temuduga nak jadi guru, apa sahaja yang ditanya oleh penemuduga itu semuanya setuju dan boleh. Tapi bila dah mendapat jawatan guru, semuanya dah jadi tak boleh. Satu kehairanan yang amat sangat, apabila guru bermatlamat melahirkan manusia yang celik ilmu dan celik bahasa sendiri tidak pernah mahu berusaha untuk meningkatkan prestasi kebolehan bahasa Inggeris mereka. Mereka berusaha amat bersungguh-sungguh untuk lulus PTK demi untuk gaji dan pangkat. Tidakkah boleh mereka membelanjakan wang gaji untuk meningkatkan penguasaan bahasa atau kemahiran lain.
Guru lebih mengharapkan kerajaan dan kementerian untuk menganjurkan kursus peningkatan kemahiran guru dan akhirnya guru itu menjadi mahir dan mendapat gelaran guru pakar. Tetapi malangnya kemahiran dan kepakaran itu bukanlah dicurahkan kepada pelajar di sekolah sangat pun, sebaliknya mereka menjual kepakaran yang mereka perolehi dari ikhsan kerajaan dan kementerian pelajan ke pusat-pusat tution.
Sudah ramai guru yang menjadi kaya dan mewah hasil dari kutipan wang tution dan tumpuan lebih diberikan kepada PNP di pusat tution. Ada guru yang boleh mengatakan kalau mahu kepakaran saya sila ke pusat tution saya, di situ anda akan menjadi lebih pandai dan bijak dan saya akan mendedahkan pelbagai kemahiran dalam subjek ini. Ini lah situasi yang sedang berlaku, blogger tidak merasa hairan jika kemahiran dan kepakaran yang ada pada mereka itu diperolehi hasil pelaburan dan usaha mereka sendiri, tetapi itu semua adalah kerana kerajaan dan kementerian pelajaran.
Blogger menyokong sepenuhnya apa jua usaha untuk mempastikan pelajar di sekolah Malaysia dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, termasuklah keperluan lulus bahasa Inggeris untuk memperolehi sijil dalam peperiksaan. Kerajaan juga wajib setiap pemohon untuk ke jawatan dalam perkhidamatan awam juga wajib lulus bahasa Inggeris dan untuk jawatan perguruan pemohon wajib lulus kredit dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta mempunyai kemahiran komunikasi dalam dua bahasa ini dengan baik. Blogger sudah bosan melihat guru-guru di Malaysia yang sombong menunjukkan kekayaan material sebaliknya miskin ilmu yang menjadi kewajipan mereka menguasainya.WR

Tuesday, June 9, 2009

Calon DUN Manik Urai.

Faktor utama untuk menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai nanti bukan bergantung kepada pengaruh parti tetapi lebih kepada calon bersifat mesra rakyat dan mempunyai reputasi berkhidmat kepada rakyat.......

baca seterusnya........ sumber Bernama.

Konflik Muslim Selatan Thailand Keutamaan Abhisit

Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejaijiva meletakkan perkara mencari penyelesaian terhadap konflik di wilayah selatan Thailand yang majoriti penduduk Muslim sebagai salah satu agenda utama semasa beliau memegang jawatan.
Menteri Luar Thailand Kasit Piromya berkata menangani konflik di wilayah yang bersempadan dengan Malaysia adalah langkah-langkah penting seperti agenda sosial, ekonomi dan membina keyakinan pelabur dalam pentadbiran Abhisit."Perdana Menteri itu bersungguh-sungguh untuk menangani situasi di selatan," katanya kepada delegasi media Malaysia yang melakukan lawatan penyesuaian ke beberapa wilayah selatan yang majoriti penduduk Muslim, Bangkok dan Chiang Mai di sini Isnin.

Lawatan seminggu ni dianjurkan Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur.Selama beberapa tahun, selatan Thailand yang majoriti penduduk Muslim dan bertutur dalam bahasa Melayu terutamanya di Pattani, Yala dan Narathiwat dilanda dengan keganasan seperti pemberontakan yang setakat ini telah mengorbankan lebih 3,000 orang.Kasit berkata Abhisit mahu pemerintah menangani konflik ini daripada menyerahkan kepada polis dan tentera untuk menanganinya seperti parti politik yang memerintah sebelum ini."Cawangan politik mestilah mengendalikan konflik ini dan bukan menyerahkan kepada bureaukrat seperti polis dan tentera untuk menanganinya," kata bekas duta itu.
Salah satu langkah pertama yang diambil oleh pentadbiran baru ini dalam mententeramkan wilayah selatan itu kata beliau ialah dengan menjadikan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebagai sebuah badan tetap.Draf SBPAC untuk dijadikan badan tetap telah dikemukakan kepada Parlimen dan jika diterima, ia akan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.SBPAC dibubarkan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada 2002.Pusat itu yang beribu pejabat di wilayah Yala merupakan sebuah badan penting bagi memastikan dasar kerajaan yang bertujuan meningkatkan status ekonomi, pendidikan dan sosial di wilayah selatan dilaksanakan dengan cepat dan jaya."Fasa ekonomi, sosial dan pendidikan merupakan salah satu tiang penting jika kita mahu menangani konflik di wilayah selatan itu," kata beliau.
Kasit berkata Perdana Menteri juga meminta tentera yang beroperasi di wilayah itu menghormati peraturan undang-undang dalam menjalankan tugas mereka.Tentera Thailand dituduh mengunakan taktik kekerasan dalam mengekang pemberontakan di wilayah itu termasuk seksaan seperti dakwaan Amnesty International baru-baru ini."Perdana Menteri mahu pasukan keselamatan berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka dan mengikut peraturan undang-undang," kata beliau.Mengenai peranan Malaysia untuk membantu Thailand menangani konflik ini, Kasit berkata negara itu telah mencadangkan beberapa inisiatif bagi membantu Bangkok."Apa yang kita mahu lakukan sekarang ialah menjadikan semua inisiatif menjadi langkah-langkah konkrit."Kita akan mengambil tawaran ini (kerajaan Malaysia) sangat serius," kata beliau.Antara inisiatif itu ialah pendidikan, ekonomi dan pertukaran usahawan antara kedua-dua negara termasuk pertukaran penuntut.

Thailand kata Kasit ingin supaya sektor pengangkutan antara Thailand dan Malaysia termasuk hubungan udara diperluaskan, terutamanya mereka yang tinggal di sempadan kedua-dua negara.Sektor swasta serta badan Muslim Malaysia dan Thailand kata Menteri Luar itu boleh meneroka peluang pelaburan bersama dalam bidang perladangan, tanaman kontan dan ternakan di negara lain dalam Pertumbuhan Tiga Segi.--
Sumber: BERNAMA

Kami mahu MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selatan Thailan, khususnya di Narathiwat sekali lagi berlaku keganasan berdarah, apabila lelaki bersenjata yang menyerang sebuah masjid dan membunuh sekurang-kurangnya 10 orang ketika sedang menunaikan solat di daerah Cho-Airong, Narathiwat pada Isnin malam.

Anggota Parlimen Narathiwat Najmuddin Umar berkata insiden terbabit adalah yang paling buruk pernah berlaku di Selatan Thai.

“Belum pernah berlaku jemaah ditembak dalam masjid. Ini Rumah Allah, ini satu kekejaman dan kerajaan mesti jawab pada rakyat,” katanya ketika dihubungi semasa melawat Kampung Air Paya, lokasi berlakunya insiden itu kira-kira 8 malam semalam.

Ditanya tentang khabar angin bahawa tentera kerajaan terbabit dalam kejadian tembakan itu, Najmuddin berkata terpulang kepada kerajaan untuk menyiasat dan memberitahu perkara sebenar kepada rakyat.

“Orang kampung terlalu takut hendak bersuara. Ada yang kata orang Buddha nak membalas dendam kerana seorang penoreh getah Buddha ditembak mati di kampung berhampiran, kerajaan mesti siasat,” katanya.

Oleh kerana penyerang tersebut menggunakan senjata automatik, menyebabkan penduduk menuding kepada anggota keselamatan iaitu tentera yang bertanggungjawab atas insiden itu. Walaubagaimanapun Ketua Angkatan Tentera Thailand, Anupong Paochinda menafikan bahawa tentera terlibat atau dalang disebalik insiden tersebut.

Penduduk dan ahli Parlimen Narathiwat mahu pihak kerajaan menyiasat secara terperinci insiden itu, kerajaan bertanggungjawab atas kejadian ini.

Krisis di Selatan Thailand bukan perkara baharu, tapi sudah hampir 100 tahun yang dahulu, mengikut fakta sejarah wilayah Selatan Thailand dahulunya adalah milik kerajaan Kesultanan Kedah. Akibat dari persengektaan dan tipu helah British akhirnya Selatan Thai menjadi milik Thailand. Kebanyakkan rakyat selatan Thai adalah orang Melayu Islam.

Akibat dari kesilapan pemerintahan kerajaan Thailand, selatan Thai terus dibiarkan tanpa pembangunan fizikal dan mental. Perasaan rakyat Melayu Islam di sana terus dipinggirkan, sudahlah dipaksa menerima sistem satu Thai dalam banyak aspek termasuklah pendidikan, bahasa, agama dan ekonomi. Sistem pengajian pondok ditindas dan orang Melayu Islam dipaksa belajar di sekolah aliran perdana yang menggunakan bahasa Thailand.

Krisis demi krisis berlaku dan kerajaan Thailand terus menyalahkan orang Melayu Islam dan dianggap sebagai pengganas. Berapa ramai ahli agama Islam yang diburu dan dibunuh semasa pemerintahan Thakshin kerana dianggap penghasut kepada rakyat untuk bangun menentang kerajaan beliau.

Sebenarnya apa yang dikehendaki oleh rakyat Melayu Islam di 4 wilayah Selatan Thailand adalah negara yang merdeka seperti sebelum dimasukkan ke dalam negara Siam dahulu oleh British. Mereka menuntut kemerdekaan tanahair mereka sendiri, dan mempunyai kuasa memerintah sendiri dan membangunkan negara dan rakyat mereka sendiri mengikut kehendak dan acuan mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, kes Selatan Thailand ada persamaan dengan wilayah Islam Filipina iaitu Mindanoa dan berberapa kawasan Borneo. Jika Selatan Thailand menjadi bahan mainan British, Filipina pulak menjadi mangsa Amerika Syarikat. Sebenarnya kedua-dua kes atau negara ini tidak pernah dijajah oleh British atau AS, tetapi oleh kerana tipu muslihat mereka, orang Islam yang menjadi mangsa.


Sekurang-kurangnya tuntutan mereka adalah mendapat autonomi pemerintahan kepada wilayah mereka sendiri, dan dalam masa yang sama masih lagi bernaung di bawah negara induk. Selatan Thailand sebenarnya dulu pernah mendapat kuasa autonomi tetapi tidak bertahan lama apabila berlaku perselisihan faham antara orang Islam dan orang Siam, juga adalah akibat dari konspirasi pihak barat yang tidak mahu terus wujud wilayah Islam satu demi satu. Ini akan menjadi ancaman kepada kuasa barat.


Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, dalam lawatan ke Malaysia 2 hari lalu memfokuskan kepada isu Selatan Thailand dalam perbincangan dengan Dato Seri Najib Tun Razak. Melihat kepada kesungguhan beliau untuk menyelesaikan isu ini dengan memohon bantuan Malaysia merupakan langkah yang amat positif kerana Malaysia jugalah negara yang menjadi orang tengah kepada konflik Filipina dan MORO. Abhisit telah menggariskan berberapa fomula antaranya membangunkan wilayah selatan itu. Formula yang menarik adalah bukan pembangunan material yang mega sebaliknya pembangunan modal insan dan mewujudkan enterprise SME dengan lebih efisyen dan ramai.


Peluang ini seharusnya digunakan oleh Malaysia untuk memastikan orang Melayu Islam di Selatan Thailand mendapatkan hak mereka semula. Malaysia perlu menumpukan usaha dengan bersungguh dalam memastikan wilayah selatan Thai ini aman dan damai, dan yang paling penting institusi pendidikan Islam yang telah berakar umbi di sana diperkasa dan kekal. Kejayaan menguruskan isu selatan Thai ini akan menambat hati orang Melayu Islam di Malaysia sendiri, dan UMNO akan dilihat sebagai penyelamat bangsa Melayu walaupun mereka bukan berada dalam Malaysia.


Nah, jika PAS sudah membuka tangan untuk berunding, isu selatan Thai ini boleh digunakan sebagai permulaan. PAS boleh diberi peranan yang besar untuk memulihkan wilayah yang amat menitik beratkan soal Islam ini. Mungkin tragedi pembunuhan jemaah dalam masjid di Cho-Airong boleh dijadikan titik perpaduan umat Islam di Malaysia. Allah telah membukakan hati Perdana Menteri Thailan untuk menggunakan Malaysia sebagai orang tengah. Maka rebutlah peluang ini.
Kepada saudara seagama dan sebangsa dengan kita yang dibunuh di Cho-Airong kita sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada mereka semoga mereka diterima sebagai mujahidin.WR.

Monday, June 8, 2009

Betul-betul atau cobaan??


Komen Lim Guan Eng terhadap kenyataan Datuk Seri Hadi Awang:

Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.

Sunday, June 7, 2009

Kemelut dalaman BN membosankan rakyat!!

Hari ini Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd Razak, melahirkan perasaan kurang senang terhadap pergolakkan dalaman parti komponen BN. Beliau berkata sedemikian dalam ucapan perasmian AGM Parti Pogresif Penduduk (PPP), kita maklum bahawa PPP baru-baru ini menghadapi masalah dalaman apabila mempunyai dua orang presiden iaitu Datuk M Keyvies dan Datuk T.Murugiah.
Parti komponen BN terkini seperti menjadi alat parti pembangkang setidaknya mengikut rentak pembangkang menyebabkan terdapat percanggahan pandangan antara komponen BN. Tindakan pemimpin parti komponen BN yang kadang-kadang kelihatan seperti budak-budak dan tidak matang sebenarnya dilihat dan diperhati dengan dekat oleh rakyat. Rakyat sebenarnya sayang pada BN, kerana mereka merasa bimbang jika bukan BN yang memerintah, apakah nasib mereka akan menjadi malang.
Tetapi apa yang dicanagkan oleh pembangkang juga kadang-kadang semuanya mulus-mulus dan mengiurkan. Maklumlah penawaran mereka kebanyakkan dalam bentuk materialis, dan yang paling menarik segala impian rakyat seperti boleh dipenuhi oleh mereka. Ini menyebabkan rakyat yang hari ini yakin dengan BN akan mudah terpengaruh dengan tawaran mulus mereka.
BN merupakan parti komponen terbesar, terlama, terkuat dan macam-macam lagi ter, ter, sepatutnya berfikiran lebih waras dan bijak. Apakah tidak memberi implikasi jika PPP bergolak merebut jawatan Presiden? Apakah rakyat tidak mengambil kira akan kekuatan BN sekarang? Pembangkang akan menggunakan isu ini untuk memburuk-burukkan BN dengan menggunakan teori keparcayaan isu. Tambahan pula mereka mempunyai pentas hiburan yang menarik untuk ditaburkan fitnah.
Apa yang penting sekarang setiap pemimpin BN harus memikirkan soal kebajikan rakyat, jangan mengharapkan kerajaan semata-mata untuk mengambil tahu rakyat. Rakyat tidak nampak hal kerajaan membantu mereka, tetapi rakyat mahu pemimpin bawahan menghulurkan bantuan kepada mereka. Apa salahnya ketua bahagian menghulurkan sumbangan kepada pelajar nak daftar ke universiti, gunakan nama UMNO. Rakyat akan ingat sampai bila-bila akan jasa UMNO kepada mereka, walaupun kerajaan UMNO-BN yang secara terus-menerus membantu mereka, tetapi mereka tidak menyedari. Mereka lebih mahu tahu dan ingat jika orang UMNO yang membantu mereka.
Bukan susah pun nak buat orang sayang pada BN, yang penting mereka yang berjawatan harus tidak mementingkan diri sendiri dan jawatan semata-mata. Anda kaya raya sebab jawatan anda, seharusnya anda bantu balik BN dengan kekayaan yang anda perolehi disebabkan jawatan anda dalam BN.