Sunday, June 7, 2009

Kemelut dalaman BN membosankan rakyat!!

Hari ini Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd Razak, melahirkan perasaan kurang senang terhadap pergolakkan dalaman parti komponen BN. Beliau berkata sedemikian dalam ucapan perasmian AGM Parti Pogresif Penduduk (PPP), kita maklum bahawa PPP baru-baru ini menghadapi masalah dalaman apabila mempunyai dua orang presiden iaitu Datuk M Keyvies dan Datuk T.Murugiah.
Parti komponen BN terkini seperti menjadi alat parti pembangkang setidaknya mengikut rentak pembangkang menyebabkan terdapat percanggahan pandangan antara komponen BN. Tindakan pemimpin parti komponen BN yang kadang-kadang kelihatan seperti budak-budak dan tidak matang sebenarnya dilihat dan diperhati dengan dekat oleh rakyat. Rakyat sebenarnya sayang pada BN, kerana mereka merasa bimbang jika bukan BN yang memerintah, apakah nasib mereka akan menjadi malang.
Tetapi apa yang dicanagkan oleh pembangkang juga kadang-kadang semuanya mulus-mulus dan mengiurkan. Maklumlah penawaran mereka kebanyakkan dalam bentuk materialis, dan yang paling menarik segala impian rakyat seperti boleh dipenuhi oleh mereka. Ini menyebabkan rakyat yang hari ini yakin dengan BN akan mudah terpengaruh dengan tawaran mulus mereka.
BN merupakan parti komponen terbesar, terlama, terkuat dan macam-macam lagi ter, ter, sepatutnya berfikiran lebih waras dan bijak. Apakah tidak memberi implikasi jika PPP bergolak merebut jawatan Presiden? Apakah rakyat tidak mengambil kira akan kekuatan BN sekarang? Pembangkang akan menggunakan isu ini untuk memburuk-burukkan BN dengan menggunakan teori keparcayaan isu. Tambahan pula mereka mempunyai pentas hiburan yang menarik untuk ditaburkan fitnah.
Apa yang penting sekarang setiap pemimpin BN harus memikirkan soal kebajikan rakyat, jangan mengharapkan kerajaan semata-mata untuk mengambil tahu rakyat. Rakyat tidak nampak hal kerajaan membantu mereka, tetapi rakyat mahu pemimpin bawahan menghulurkan bantuan kepada mereka. Apa salahnya ketua bahagian menghulurkan sumbangan kepada pelajar nak daftar ke universiti, gunakan nama UMNO. Rakyat akan ingat sampai bila-bila akan jasa UMNO kepada mereka, walaupun kerajaan UMNO-BN yang secara terus-menerus membantu mereka, tetapi mereka tidak menyedari. Mereka lebih mahu tahu dan ingat jika orang UMNO yang membantu mereka.
Bukan susah pun nak buat orang sayang pada BN, yang penting mereka yang berjawatan harus tidak mementingkan diri sendiri dan jawatan semata-mata. Anda kaya raya sebab jawatan anda, seharusnya anda bantu balik BN dengan kekayaan yang anda perolehi disebabkan jawatan anda dalam BN.

2 comments:

  1. Betul... betul... betul..
    Bukan susah sangat nak bagi orang sayang UMNO.

    Muktamar PAS sudah selesai. Perosak PAS pun sudah tewas walaupun katanya penyokongnya masih ramai dalam PAS.

    PKR semakin kelam kabut dan hilang arah tuju.

    Parti-parti dalam PR masing-masing dah kembali pada perjuangan asal masing-masing.

    Anwar akan masuk mahkamah semula.

    Komponen BN selain UMNO sedang bercelaru dan lemah. UMNO perlu bantu mereka.

    Sekarang adalah masa untuk kita bekerja sambil membina kekuatan.

    Demang sedang melihat fajar sedang menyinsing yang membawa seribu harapan.

    ReplyDelete
  2. salam sahabat.
    saya setuju dengan komen sdr, cuma saya melihat struktur organisasi UMNO di negeri-negeri agak lemah, terutamnya di pulau pinang. kebanyakkan yang turut diseret dalam badan perhubungan umno negeri bukan lah mereka yang betul-betul layak, tetapi mereka adalah orang yang dikehendaki oleh pengerusi perhubungan, yang bukan anak tempatan.
    situasi sekarang ibarat "rumah telah siap, pahat masih berbunyi".TQ

    ReplyDelete