Saturday, June 6, 2009

DAULAT TUANKU !!

Hari ini, seluruh warga Malaysia bercuti kerana menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Malaysia adalah antara negara yang masih lagi mempertahankan sistem pemerintahan yang meletakkan sistem beraja dalam pemerintahan. Iaitu sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, yang mambawa makna rakyat yang memerintah menerusi pilihanraya dan raja selaku pengimbang kuasa antara rakyat.
Suatu yang menarik tentang sistem beraja ini, boleh kita kaji dan fikirkan tentang peristiwa yang berlaku dan tercatat dalam buku karangan Tun Seri Lanang- SULALATIS SALATUN:
Maka sembah Demang Lebar Daun kepada Sang Sapurba Trimurthi Tribuana:
“Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah ke bawah Duli Yang Dipertuan. Hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. Syahadan jikalau ia berdosa besar-besar, dosanya sekalipun jangan ia difadilatkan dan dinista dengan kata-kata yang jahat-jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau patut pada hukum syar’i.”

Maka sembah Demang Lebar Daun,
“Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku.”
Maka titah Sang Sapurba Trimurti Tribuana.
“Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu.”
Maka baginda pun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”

Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku.”
Maka titah Sang Sapurba Trimurti Tribuana. “Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu.”
Maka baginda pun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”


Untuk rencana lanjut sistem pemerintahan bernegara berasaskan raja sila klik di sini: Negara Berasaskan Sistem Beraja.

No comments:

Post a Comment