Pagi ini WR terima satu sms yang agak panjang dari seorang kawan yang berbunyi:
"salam, sekadar renungan. semalam kita semua tengok opera china, director al-juburi, pelakon utama Hadi Awang, penulis skrip Kit Siang, cerita asal Nik Aziz. At last UMNO dipersalahkan Ini semua Director al-juburi perlukan publisiti untuk Grammy Award yang bakal dihakimi oleh hakim-hakim di Malaysia dalam filem MARI MAIN BELAKANG......"Modus operandinya - buat skrip supaya UMNO dipersalahkan sebelum kes dia jalan supaya orang simpati, tapi sumpah dengan nama Allah tetap takut! Ini samalah dengan cerita orang Cina dan India tetap persalahkan orang Melayu konon rascist. Dah berzaman orang Melayu menerima kehadiran mereka semua tu, tak berkira, kerusi parlimen dan DUN pun dipinjam dan diberi kepada mereka run tak pernah terima kasih.Malangnya orang Melayu tak berkuasa dan tak bijak nak bersuara. Waallah hu alam."Itu sms yang WR terima pagi tadi, agak panjang lebar juga. WR pun berfikir, memang ada betulnya. Mengapa apabila orang Melayu bercakap tentang haknya yang telah diperakui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, selalu dilabelkan sebagai rascist?
Bila sebut bab rascist ni, WR teringat kepada jawapan bertulis PM kepada soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Ngeh ingin tahu sejauh mana kebenaran dakwaan itu, seperti yang tersiar dalam surat khabar The Star pada 22 Mei lepas, bahawa BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman hinggakan ia menyebabkan perpecahan antara kaum.
Bila dirujuk kepada surat khabar
The Star pada 22 Mei ini yang ditemui:
Friday May 22, 2009
BTN course teaches disunity
AS parents we are glad that our grown up children attend the Biro Tata Negara (BTN) course, which is compulsory for government servants. They are all mature professionals.
But what angers me is that, instead of talking integrity, unity and harmony among the various races, participants are taught about disunity and racial hatred. Is this what our Prime Minister Datuk Seri Najib wants for 1MALAYSIA?
Throughout the five days of the course, participants are repeatedly told not to question Malay rights and so on. The course coordinators keep talking about social contracts and telling non-Malays not to question Malay rights and so on.
Many participants, including my Malay friends, are upset.
Are we still living in a primitive age? If the BTN course is to be conducted in this manner, it is better to abolish it or let it concentrate on only one ethnic group.
The course is not bringing unity but only arousing anger and hatred.
As it is handled by the Prime Minister’s office, please do not say that they do not know what is going on.
DISAPPOINTED,Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
WR kemudian membaca lagi berberapa komen lain dalam The Star, dan WR cuba mengorek-gorek lagi rahsia latihan BTN dari berberapa sumber termasuk berberapa kawan yang pernah mengikuti kursus BN, ternyata apa yang didakwa oleh Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) dan dalam tulisan di The Star di atas adalah pembohongan semata-mata.
Apa yang ditekankan dalam kursus kenegaraan BTN yang khusus untuk kakitangan awam adalah untuk menimbulkan semangat cintakan negara dan menyeru kepada perpaduan kaum. Memanglah apa yang diterangkan mungkin akan menyinggung perasaan kaum lain tapi itu adalah fakta sejarah yang harus diakui, terutamanya tentang kontrak sosial.
Kalaulah kontrak sosial tidak dipersetujui adakah orang cina dan india akan terus menetap di Tanah Melayu dan menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai hak yang samarata sekarang ini. Kita harus ketahui bahawa kalau lah, kontrak sosial ini tidak dipersetujui Tanah Melayu tidak akan merdeka secara rundingan, sebaliknya secara kekerasan dan mungkin peperangan. Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu telah lama bangkit menentang penjajahan dan penindasan.
Tetapi amat malang bagi orang Melayu yang telah menerima dengan tangan dan hati yang terbuka "tetamu-tetamu" ini, apabila orang Melayu bersuara tentang hak mereka, mereka di tuduh RASCIST!!
Mengapa apabila kaum lain melalui NGO atau parti politik mereka bercakap soal hak mereka mengapa orang Melayu tidak mengatakan mereka jugak RASCIST??
Apa yang telah kita rakyat dan warganegara Malaysia lalui 52 tahun sudah, banyak memberi faedah kepada pembangunan negera. Jangan hanya kerana kita bercakap tentang hak kita itu dan ini menyebabkan semua orang akan kehilangan hak mereka.
"marahkan nyamuk habis kelambu dibakar,
kelambu terbakar, habis rumah terbakar,
rumah terbakar jadilah pengemis,
pengemis yang memohon belas ikhsan orang"
Sama-samalah kita fikirkan. 1Malaysia. WR