Thursday, March 11, 2010

Ustaz pun reti tipu jugak...tipu sunat!!!


Azizan Razak Hanya Pandai Menyanyi Lagu Madah Berhelah..Azizan amat berbangga sebab sekadar berjaya sambung kerja2 BN saja..sumbangan kewangan pun takdak..sembang saja lebih!!Baru-baru ini, sedang menyelak-nyelak akhbar Utusan Malaysia, saya tertarik dengan ruangan temubual wartawan Zainul Azhar Ashaari mewawancara Menteri Besar Kedah, YB Datuk Seri Azizan Razak.
Di antara isi temubual tersebut berkisar mengenai isu-isu negeri Kedah seperti "Azizan tak buat apa-apa", "isu air" dan "isu manifesto PAS ketika PRU12".Zainul Azhar seakan-akan cuba melakukan "provokasi" terhadap Azizan Razak apabila menimbulkan isu "Azizan tak buat kerja apa-apa". Lantas Azizan "terpanggung" dan menyuruh Zainul pergi "perembang" (tinjau) di kawasan Kuala Ketil. Azizan memang berbangga dapat melaksanakan projek "kampus baru Kolej Universiti Insaniah".
Memang benar. Kampus baru Kolej Universiti Insaniah itu projek Kerajaan PAS Azizan Razak. Namun, Azizan sedikit pun tidak memberikan kredit kepada "pengasas penubuhan" Kolej Universiti itu. Siapakah yang menubuhkan Koleh Universiti itu dan dimanakah letaknya? Bukankah letak kampus asalnya ialah di kawasan perumahan yang bakal di sita bank hasil ehsan Kerajaan Negeri PAS? Sekadar menyambung perkara baik yang BN mulakan, siapa pun boleh!Tapi, takkan setakat kampus baru yang hanya digunapakai oleh segelintir rakyat Kedah, maka Azizan boleh "mendabik dada"?
Apa lagi jasa dan kerja Azizan selama jadi MB di Kedah? Satu sahaja? Satu sahaja pembangunannya jika mahu dibandingkan dengan pembangunan-pembangunan yang telah BN laksanakan. Itupun Azizan tidak malu untuk meneruskan projek-projek BN termasuklah projek penapisan minyak di Yan yang dahulunya ditentang keras oleh puak-puak PAS? Dulu tentang, sekarang kenapa teruskan pula?
Pada isu "takdak ayaq" di Kedah, Azizan dengan "selamba"nya mengatakan bahawa masalah "air tiada" merupakan "masalah biasa" yang melanda Kedah setahun sekali. Dan Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya kurang pengalaman mengatasi masalah ini memandangkan bahawa ini adalah "pertama kali" mereka mentadbir Kedah. Sekali lagi saya akui perkara ini. Memang di Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali.
Namun, ketika BN memerintah, BN sentiasa prihatin dan "beringat" tentang perkara ini. Lori air dan pelbagai mekanisma untuk membantu rakyat telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini kerana BN sedar bahawa air merupakan kemudahan asas kehidupan rakyat Kedah. Tapi Kerajaan Azizan Razak pula gagal mengatasinya dengan alasan "pertama kali"? Apakah Azizan tidak maklum bahawa Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali?
Apakah perkara ini "baru" kepada Azizan? Apakah Azizan tinggal di Australia atau UK selama ini sehingga tidak tahu "kebiasaan" di negeri sendiri? Apa punya jawapan la MB ni...reti ke tak reti ni? Sadis sungguh jawapan...Bila ditanya mengenai "manifesto PAS PRU12", Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya telah melakukan "lebih" dari manifesto yang dibentangkan pada PRU yang lalu. Malah mengakui bahawa setelah dia mentadbir, "baru"lah dia sedar bahawa tak semua benda yang dimanifestokan itu mampu dilaksanakan. Azizan dengan "bangga"nya mengakui bahawa selama ini "tidak tahu" bahawa manifestonya itu dulu tidak boleh dilaksanakan! Apa punya pemimpin la macam ni! Menipu rakyat! "Telan rakyat hidup-hidup"!
Cuba bayangkan. Bayangkan jika BN berjanji sakan pada rakyat Kedah. Janji-janji manis seperti RM10,000 hadiah kepada anak Kedah yang berjaya ke Universiti, "parking free" di mana-mana sahaja di dalam Kedah, bantuan beg sekolah dan baju sekolah kepada yang layak, rumah percuma kepada rakyat Kedah yang berpendapatan RM1000 sebulan, air dan elektrik percuma seumur hidup, elaun suri rumah RM500 sebulan, sebuah kereta percuma untuk setiap keluarga di Kedah dan mengerjakan haji secara percuma untuk anak Kedah. Pergggghhh!!!
Pastinya BN akan memerintah! Tapi lepas menang PRU, BN terangkan pada rakyat Kedah bahawa tak semua manifesto itu boleh dilaksana. Hanya "bantuan beg dan baju sekolah untuk yang layak" sahaja yang boleh dilaksanakan, yang lain kerajaan negeri tak mampu". Apa rasa rakyat? Apa rakyat akan kata? Penipu! Nampak sangat PAS penipu! Nama saja parti Islam, tapi berbohong pada rakyat Kedah! Lidah bercabang, madah berhelah!

disalin dari FB Anti PKR Club