Saturday, July 25, 2009

Penyakit bahaya menyerang Malaysia......

Pada 1hb Ogos 2009, akan merebaknya satu penyakit baharu yang amat bahaya kepada kedaulatan Malaysia. Penyakit tersebut adalah penyakit DEMONSTRASI JALANAN dan PERARAKAN JALANAN.
SEJARAH DEMONTRASI:
1. 1946 - Perarakan dan demontrasi orang Melayu terbesar menentang Malayan Union menyebabkan Malayan Union dimansuhkan, diganti Persekutuan Tanah Melayu.
2. 1969 - Perarakan dan demonstrasi membawa mayat 'Pahlawan Merah' - berakhir dengan tercetus peristiwa bersarah 13 Mei.
3. 1998 - Demonstrasi protes pemecatan Anwar Ibrahim menyebabkan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional yang kini bertukar menjadi Parti Keadilan Rakyat setelah berkahwin mutaah dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia.
4. 2007 - Demonstrasi BERSIH menuntut PRU yang lebih telus dan adil - menyebabkan SPR membuat keputusan menggunakan dakwat kuku yang akhirnya dibatalkan pada saat-saat akhir dan memberi impak negatif kepada Barisan Nasional sehingga kehilangan kerajaan di lima buah negeri.
5. 2009 - Demonstrasi memansuhkan PPSMI oleh NGO dan parti politik pembangkang yang menyebabkan kerajaan berasa takut kepopularan mereka terjejas disebabkan pendemo melibatkan tokoh akademik dan sasterawan negara yang sudah tentu memberi impak yang besar. Akhirnya kerajaan memansuhkan PPSMI.
Itu antara siri-siri demonstrasi besar yang pernah diadakan oleh rakyat di negara ini dan kesemuanya memberi kesan tertentu walaupun tidak begitu besar impaknya. Nampaknya kerajaan hanya akan berfikir dan membuat perubahan setelah berlakunya demonstrasi besar-besaran oleh rakyat daripada mencari jalan penyelesaian sebelum protes menjadi lebih besar. Akibat hendak menjaga kepentingan politik, rakyat menjadi mangsa dan inilah yang menyebabkan rakyat terbanyak merasakan mereka tidak perlu menyayangi kerajaan Barisan Nasional.
Rakyat negara ini bukan sahaja berfikir bahawa demo adalah jalan terbaik untuk merubahkan sesuatu tetapi contoh yang berlaku di negara jiran juga memberi mereka semangat baru kerana demo di negara luar juga membuahkan hasil. Contohnya Thailand bagaimana protes kepada kepimpinan kerajaan yang menyebabkan pertukaran Perdana Menteri berlaku dalam masa yang singkat, kata perpatah "taka sempat siang". Begitu juga demo yang acapkali berlaku di Indonesia bagi menyuarakan ketidakpuashatian. Dan demo ini semua membuahkan hasil.
Berdemo memang menyeronokkan kerana dapat meluahkan perasaan marah atau tidak puas hati dan terkadang kelihatan macam hero, tambahan pula kalau ditangkap oleh pihak polis. Namun apakah mereka terfikir akibat negatif yang akan menimpa kepada kedaulatan negara ini? Sudah semestinya semuanya akan terjejas. Ibarat orang yang marah, macam-macam perbuatan yang tidak waras dilakukan dan akhirnya menyesal tak sudah apabila kesan dari perbuatan marah itu amat merugikan.
Kerajaan harus peka kepada bibit-bibit perlakuan demo dan protes ini, perlu mencegah sebelum terjadi. Kini akan ada berberapa demo-protes yang akan berlaku pada 1 Ogos 2009 yang akan melibatkan dua pihak iaitu yang mahu memansuhkan ISA ( GMI ) dan satu lagi yang mahukan ISA dikekalkan ( PERKASA ). Demo-protes ini bila bertembung kerana matlamat yang berbeza pasti akan menyebabkan perkara yang tak diingini akan berlaku. Dengan harapan supaya negara ini tidak menjadikan budaya demo-protes ini sebagai alat mencapai matlamat kerana kesan negatifnya amat besar. Fikirkan, ini lah penyakit yang amat bahaya kepada negara, lebih bahaya dari HIV atau H1N1.WR

Thursday, July 23, 2009

SEJARAH telah mengajar kita...

Setelah mengalami kepungan berbulan-bulan akhirnya bandar Cordoba Spanyol telah ditawan dan jatuh dalam penguasaan pihak musuh. Penduduknya tidak mampu lagi bertahan dengan kepungan terlalu lama. Segala bekalan telah hampir kehabisan, mereka terpaksa menahan lapar dan bekalan ubat-ubatan juga habis.

Bandar Cordoba dahulunya menjadi mercu tanda keagungan kekuasaan Islam dan pusat pentadbiran utama Islam di Eropah. Kini bandar itu telah jatuh ke tangan Raja Kristian, kejatuhan kali ini agak berlainan dengan kejatuhan sebelumnya, kini umat Islam keluar dari Cordoba dengan lambaian terakhir. Penduduk Cordoba tiada pilihan lain kecuali membuat perjanjian damai dengan pihak Kristian. Para Paderi pula mahukan semua umat Islam dibunuh, tetapi Raja Fernando III membenarkan umat Islam berundur kerana mahu memiliki harta benda yang amat bernilai di Cardoba. Raja itu bimbang harta mereka akan dibakar jika mereka dibunuh.

Sebaik sahaja bandar itu jatuh ke tangan pihak Kristian, perkara pertama yang dilakukan oleh Raja Fernando ialah menukarkan Masjid Agong Cordoba menjadi gereja secara rasminya. Telah sekian lama mereka mengimpikan bandar Cordoba yang agung itu. Begitulah kebiasaan mereka jika menakluki kawasan Islam, masjid akan dimusnahkan atau ditukarkan menjadi gereja. Berlainan dengan tentera Islam apabila menguasai musuh, tiada gereja yang dimusnah atau ditukar menjadi masjid, melainkan jika ianya disepakati oleh orang Kristian untuk menjualnya kepada orang Islam.

Harta yang menjadi buruan dan kegilaan orang Islam Cordoba sebelum ini sehingga sanggup meninggalkan tugas jihat dan berpecah sesama saudara seIslam, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja untuk dinikmati dan menjadi santapan musuh mereka iaitu Kristian. Pangkat dan kuasa yang mereka rebuti kini hanya tinggal kenangan sahaja. Apabila negara telah dijajah apa lagi yang boleh mereka nikmati kecuali kehinaan dan perhambaan.
Bandar Cordoba yang telah menjadi mercu tanda keagungan Islam di Spanyol telah jatuh buat selamanya kepada orang Kristian. Cordoba yang telah melahirkan ramai ulamak dan cendikiawan terbilang dalam pelbagai bidang ilmu, di zaman pemerintahan al-Nasir bandar itu telah menjadi pusat pengembangan ilmu dan amat dikagumi si seluruh Eropah. Semua itu tinggal kenangan dalam lipatan sejarah.
Keadaan umat Islam di Spanyol makin terancam, hari demi hari kegemilangan yang dibina beratus tahun kini makin musnah dan tinggal kenangan, musuh yang dulu berpura-pura menjadi kawan kini menyerang dari segenap penjuru. Tetapi yang menjadi peliknya ialah umat Islam di Spanyol seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa, bukan itu sahaja malahan mereka tetap berbalah dan bermusuhan sesama mereka sendiri. Mereka masih mengejar pangkat, harta dan jawatan.
Sifat dengki sesama sendiri, prasangka dan segala sifat negatif bersemarak dalam jiwa orang-orang Islam Spanyol. Hati mereka seolah-olah telah buta dengan apa yang berlaku, tanpa mengambil pengajaran. Apakah yang mereka dapat banggakan dengan pangkat dan harta jika agama dan negara telah tergadai.

WR: Petikan dari Buku Kerajaan Islam Spanyol: Serupakah Nasib Kita?

Tuesday, July 21, 2009

Perlukah Suruhanjaya Diraja? Sejarah berulang...


PM umum penubuhan Suruhanjaya Di Raja
Kuala Lumpur 22 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap mendiang Teoh Beng Hock.
Najib juga mengarahkan supaya inkues terhadap kematian Teoh dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian mendiang. — BERNAMA.
Nampaknya kematian TBH, memberi impak yang besar kepada kerajaan dan membolehkan parti-parti pembangkang terutamaya DAP untuk memanipulasi isu tersebut dengan menyalah dan menjatuhkan hukum kepada SPRM dan kerajaan. Dengan kematian TBH ini maka lengkaplah perancangan DAP untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Malaysia kerana polemik yang dimainkan menyebabkan rakyat merasa marah kepada kerajaan serta mencalarkan imej Perdana Menteri dengan perancangan 1Malaysianya. Imej PM diburukkan lagi oleh pihak media luar negara yang memang mencari peluang untuk memburuk-burukkan apa sahaja isu yang berlaku di Malaysia.
Perkara yang sama pernah berlaku pada 4hb Mei 1969, apabila anggota polis yang telah diprovokasi oleh pemuda-pemuda Cina di Kepong dengan menyerang anggota polis tersebut sehingga tembakan terpaksa dilepaskan mnyebabkan seorang pemuda Cina bernama Lim Soon Seng telah tercedera dan akhirnya mati di hospital. Akibat dari kejadian itu, pihak komunis telah mengambil kesempatan untuk melakukan perarakan mayat pemuda tersebut yang telah dianggap sebagai "Pahlawan". Mereka melalui keluarga simati dan pemimpin Parti Buruh memohon untuk diadakan perarakan mayat itu pada 10hb Mei 1969 iaitu pada hari PRU. Peristiwa ini adalah permulaan kepada berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang meninggalkan kesan sehingga kini. Walau bagaimanapun peristiwa bersejarah itu semakin dilupakan dan yang paling teruk ada percubaan untuk menyongsangkan fakta bagi mengelirukan generasi muda kini,

Betapa malangnya kita rakyat negara ini, apabila sejarah negara telah diselewengkan dan cuba diubah faktanya sekali lagi kita tidak akan belajar apa-apa dari sejarah dan ia tidak akan memberi pengajaran kepada kita.

Dengan tertubuhnya Suruhanjaya Diraja ini, maka semua orang harus berhenti membuat spekulasi, manipulasi dan polemik yang berkaitan dengan isu kematian TBH. Sesiapa sahaja perlulah dilarang untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan dan tuduhan baik di dalam media atau di pentas-pentas ceramah. Jika engkar, suruhanjaya atau polis perlulah mengambil tindakan melalui Akta Hasutan, ini akan memastikan proses inkuiri berjalan dengan lancar tanpa ganggu gugat dari mana-mana pihak. Jika pihak pembangkang mahukan kebenaran dan ketelusan, mereka yang perlu mulakan. Kerjasama dan keikhlasan sangat diperlukan untuk membuktikan siapa yang salah siapa yang benar. Pepatah ada menyatakan "Berani kerana benar, takut kerana salah". WR.

Ah-Long Dunia!

Tabung Kewangan Antarabangsa dan Sri Lanka bersetuju meminjam sebanyak AS$2.5 bilion (RM9.25 bilion) untuk membantu membina semula negara itu selepas 25 tahun perang saudara berakhir.
Selepas lembaga IMF meluluskan pinjaman tersebut, Sri Lanka dengan serta-merta akan memperoleh AS$313 juta (RM1.8 bilion). Ahli lembaga itu akan bertemu pada 24 Julai ini.
IMF berkata, berakhirnya peperangan antara kerajaan dan pemberontak Harimau Tamil Mei lalu "menyediakan Sri Lanka satu peluang unik untuk ke arah pembinaan dan penstrukturan semula ekonominya".
Ketua IMF, Dominque Strauss-Kahn berkata, Sri Lanka mempunyai misi program yang mensasarkan penyimpanan semula fiskal dan keperluan luaran serta menumpukan keperluan signifikan di kawasan yang mengalami kesan konflik."
Katanya, IMF menyokong program tersebut, terutama pembinaan semula simpanan, pengurangan defisit fiskal dan pengukuhan sektor kewangannya. - Sumber AP
WR: pada tahun 1998 Malaysia pun menerima tawaran dari IMF bila negara mengalami krisis matawang yang menyebabkan ekonomi negara menjadi lumpuh. Tahukah anda siapa yang membawa tawaran dikala itu? Bukan warga US atau Eropah, tetapi rakyat Malaysia yang menyatakan bahawa beliaulah pejuang kepada kemaslahatan rakyat Malaysia. Sehingga hari ini orang ini masih lagi mencuba untuk berbaik-baik dengan IMF yang memang dikenali sebagai Ah-Long dunia. WR.

PKR tong sampah orang kecewa..

Agak menarik tentang penyertaan CJM ke dalam PKR sabtu lepas. Tetapi ini tidak menghairanan kerana PKR memang merupakan tempat lambakan pemimpin yang kecewa dengan parti lama mereka. CJM juga adalah antara mereka yang kecewa, kecewa kerana kalah dalam pemilihan MCA yang lepas, tapi sebenarnya beliau lebih kecewa kerana tidak dapat menjahanamkan UMNO melalui MCA. CJM sebenarnya berhajat untuk membawa MCA keluar dari BN jika dia memenangi jawatan Presiden MCA. Tapi dia lupa, parti itulah yang membawa namanya gah dipersada politik negara, dan dia juga lupa bahawa Allah yang menentukan semua perancangan manusia.
Tidak mengapalah Datuk CJM, kita akan lihat apa yang akan anda lakukan dalam PKR kerana musuh anda sebenarnya bukan dalam BN tetapi dalam DAP.WR