Saturday, July 25, 2009

Penyakit bahaya menyerang Malaysia......

Pada 1hb Ogos 2009, akan merebaknya satu penyakit baharu yang amat bahaya kepada kedaulatan Malaysia. Penyakit tersebut adalah penyakit DEMONSTRASI JALANAN dan PERARAKAN JALANAN.
SEJARAH DEMONTRASI:
1. 1946 - Perarakan dan demontrasi orang Melayu terbesar menentang Malayan Union menyebabkan Malayan Union dimansuhkan, diganti Persekutuan Tanah Melayu.
2. 1969 - Perarakan dan demonstrasi membawa mayat 'Pahlawan Merah' - berakhir dengan tercetus peristiwa bersarah 13 Mei.
3. 1998 - Demonstrasi protes pemecatan Anwar Ibrahim menyebabkan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional yang kini bertukar menjadi Parti Keadilan Rakyat setelah berkahwin mutaah dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia.
4. 2007 - Demonstrasi BERSIH menuntut PRU yang lebih telus dan adil - menyebabkan SPR membuat keputusan menggunakan dakwat kuku yang akhirnya dibatalkan pada saat-saat akhir dan memberi impak negatif kepada Barisan Nasional sehingga kehilangan kerajaan di lima buah negeri.
5. 2009 - Demonstrasi memansuhkan PPSMI oleh NGO dan parti politik pembangkang yang menyebabkan kerajaan berasa takut kepopularan mereka terjejas disebabkan pendemo melibatkan tokoh akademik dan sasterawan negara yang sudah tentu memberi impak yang besar. Akhirnya kerajaan memansuhkan PPSMI.
Itu antara siri-siri demonstrasi besar yang pernah diadakan oleh rakyat di negara ini dan kesemuanya memberi kesan tertentu walaupun tidak begitu besar impaknya. Nampaknya kerajaan hanya akan berfikir dan membuat perubahan setelah berlakunya demonstrasi besar-besaran oleh rakyat daripada mencari jalan penyelesaian sebelum protes menjadi lebih besar. Akibat hendak menjaga kepentingan politik, rakyat menjadi mangsa dan inilah yang menyebabkan rakyat terbanyak merasakan mereka tidak perlu menyayangi kerajaan Barisan Nasional.
Rakyat negara ini bukan sahaja berfikir bahawa demo adalah jalan terbaik untuk merubahkan sesuatu tetapi contoh yang berlaku di negara jiran juga memberi mereka semangat baru kerana demo di negara luar juga membuahkan hasil. Contohnya Thailand bagaimana protes kepada kepimpinan kerajaan yang menyebabkan pertukaran Perdana Menteri berlaku dalam masa yang singkat, kata perpatah "taka sempat siang". Begitu juga demo yang acapkali berlaku di Indonesia bagi menyuarakan ketidakpuashatian. Dan demo ini semua membuahkan hasil.
Berdemo memang menyeronokkan kerana dapat meluahkan perasaan marah atau tidak puas hati dan terkadang kelihatan macam hero, tambahan pula kalau ditangkap oleh pihak polis. Namun apakah mereka terfikir akibat negatif yang akan menimpa kepada kedaulatan negara ini? Sudah semestinya semuanya akan terjejas. Ibarat orang yang marah, macam-macam perbuatan yang tidak waras dilakukan dan akhirnya menyesal tak sudah apabila kesan dari perbuatan marah itu amat merugikan.
Kerajaan harus peka kepada bibit-bibit perlakuan demo dan protes ini, perlu mencegah sebelum terjadi. Kini akan ada berberapa demo-protes yang akan berlaku pada 1 Ogos 2009 yang akan melibatkan dua pihak iaitu yang mahu memansuhkan ISA ( GMI ) dan satu lagi yang mahukan ISA dikekalkan ( PERKASA ). Demo-protes ini bila bertembung kerana matlamat yang berbeza pasti akan menyebabkan perkara yang tak diingini akan berlaku. Dengan harapan supaya negara ini tidak menjadikan budaya demo-protes ini sebagai alat mencapai matlamat kerana kesan negatifnya amat besar. Fikirkan, ini lah penyakit yang amat bahaya kepada negara, lebih bahaya dari HIV atau H1N1.WR

No comments:

Post a Comment