Friday, October 23, 2009

Kerja jahat sapa ni?

Malam ni WR mendapat SMS yang menyatakan satu misi tayangan filem pemenang Anugerah Filem Australia akan ditayangkan di berberapa buah hotel di bandar-bandar seperti di Kuching, Johor Baharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tujuan tayang filem ini adalah antara gerakkan terancang untuk melumpuhkan atau memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.
Tarikh tayangan mulai esok dan ada pihak tertentu dipercayai ahli PKR sedang mengedarkan tiket-tiket percuma kepada orang ramai.
Antara filem yang bakal ditayangkan adalah bertajuk:
1. Kongsi Dalam Gelap.
2. Hide and Seek.
3. Half Individu, Half Social.
4. 8760 Jam Pasca 8 Mac
5. Di bawah Langit.
6. Why Democracy Is Better.
7. I Am Muslim Too.
8. Burma VI
9. All That U Can Leave Behind.
10. The Perak Crisis.
11. Al Fatihah Mamali
12. Kayuh ( Chinese Belt)
Difahamkan bahawa selepas tayangan ini akan diadakan perbincangan mengenai filem tersebut. Kepada sesiapa yang mendapat maklumat mengenai tayangan filem ini diharap dapat menghantar email kepada WR di alamat wakilrakyatblog@gmail.com.

Wednesday, October 21, 2009

Pendedahan Eksklusif II: PAS kena tipu dua kali.

Kali ini WR akan mendedahkan situasi sebenar mengenai pelantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Apabila DAP&PKR memerintah negeri Pulau Pinang pelbagai perkara yang dibuat perubahan dan semestinya yang sibuk gedik untuk tunjuk kuasa adalah PAS. Apa yang pastinya PAS buat adalah menguasai semua masjid dan surau. Walau bagaimanapun menjadi masalah apabila pengurusan agama Islam di Pulau Pinang terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Negeri.
Apabila Lim Guan Eng mengetuai kerajaan, beliau telah meminggirkan wakil tunggal PAS iaitu Allahyarham Datuk Hamdan ADUN Permatang Pasir. Wakil rakyat PAS itu tidak dilantik ke apa-apa jawatan dalam kerajaan. PAS merasakan mereka akan diberi kerusi Exco tetapi sehingga ke akhir hayat DAP tidak melantik beliau. PAS juga menekankan untuk mengambil kerusi YDP MAINPP, tetapi jawatan itu disandang oleh ADUN UMNO. PAS sentiasa menekan untuk mendapat kerusi tersebut kepada DAP sehingga ada ahli PAS rasa seperti tertipu.
Namun pendedahan yang menarik tentang isu perlantikan YDP MAINPP itu sebenarnya PAS telah ditipu berkali-kali oleh DAP dan PKR. Apabila kerusi YDP MAINPP dipertikai, Fairus yang ketika itu menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 telah memanggi YB Ust Shahbudin Yahya untuk berbincang mengenai perletakan jawatan beliau sebagai YDP MAINPP, tetapi YB Shahbudin menyatakan bahawa tauliah beliau dan ahli majlis MIANPP adalah sehingga Disember 2009 yang telah dikeluarkan oleh SPB YDP Agong.
Perbincangan demi perbincangan dijalankan antara YB Ust Shahbudin dengan Fairus dan sentiasa hadir dalam perbincangan tersebut adalah Datuk Zaharin selaku Pengerusi Perhubungan PKR negeri Pulau Pinang ataupun dihadiri bersama dengan Dr Mansor yang kini menjadi TKM 1, kerana Zaharin dan Malik merasakan Fairus masih mentah dalam soal begini. Sepanjang perbincangan yang kurang lebih 3 kali di pejabat TKM1, PAS tidak pernah dijemput bersama untuk memberi pandangan. PAS tak pernah dijemput.
Atas nasihat TYT Tun Rahman Abas supaya orang Islam Pulau Pinang tidak menyeret Majlis Agama Islam ke dalam kancah politik, akhirnya UMNO dan PKR bersetuju untuk melantik Ust Illias Zakaria sebagai YDP MAINPP yang baru. Maka watikah perlantikan Ilias Zakaria telah diterima pada bulan Ogos iaitu sebelum tarikh PRK Permatang Pasir. Yang menarik PAS tidak pernah terlibat dalam keputusan itu.
Perlantikan Ust Ilias Zakaria adalah berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan PKR supaya jawatan YDP MAINPP tidak disandang oleh orang politik, maka bagaimana PAS mahu melantik Salleh Man? Lagi pun Ust Ilias Zakaria walaupun memang penyokong PAS beliau adalah Ahli Majlis MAINPP selama 15 tahun, dan pengalaman beliau sebagai penjawat awam di USM melayakkan beliau berbanding dengan Salleh Man yang hanya menjadi pengurus sekolah agama persendirian, itupun terpaksa ditutup, katanya Salleh Man songlap duit sekolah.
Kepada penyokong-penyokong PAS di Pulau Pinang, anda harus sedar bahawa anda telah ditipu berkali-kali oleh DAP & PKR. Harap PAS dapat bersemuka dengan DAP & PKR untuk memastikan segala usaha penat lelah mereka bekerja semasa pilihanraya umum atau kecil berbaloi. Jangan lah jadi kita umat Islam sentiasa ditipu oleh mereka yang sengaja mahu merosakkan agama suci ini.

Monday, October 19, 2009

Pendedahan Eksklusif: Kerajaan Umar Abdul Aziz Lim Guan Eng. Siri 1

Sila tonton video ini dan buat penilaian, pembohongan apakah yang sedang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang, penganiayan kepada orang Melayu Islam berterusan walaupun PAS menyatakan bahawa kerajaan negeri ala-ala Umar Abdul Aziz palsu ini membela nasib orang Melayu. Orang Melayu tertipu tetapi PAS kena tipu hidup-hidup, ini lah balasan apabila mereka bersekongkol dengan "Syaitan" untuk menghalalkan matlamat mereka.



Siri kedua pendedahan eksklusif ini akan disiarkan kemudian.Tunggu...!!

Sunday, October 18, 2009

Pendedahan Eksklusif.

Assalamualaikum wrt.
wakilrakyatblog akan membuat pendedahan eksklusif mengenai apa yang berlaku di Pulau Pinang sepanjang pemerintahan DAP/PKR merangkumi isu berikut:

1. Isu tanah dan tanah wakaf
2. Isu Perbadanan Bukit Bendera.
3. Penubuhan CMI ( Chief Minister Incorparated )
4. Penubuhan SSI
5. Isu perlantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
6. Isu penipuan PKR terhadap PAS.

Sila lawat blog ini pada hari berikutnya.....TUNGGUUUUU...!!!!!!