Wednesday, October 21, 2009

Pendedahan Eksklusif II: PAS kena tipu dua kali.

Kali ini WR akan mendedahkan situasi sebenar mengenai pelantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Apabila DAP&PKR memerintah negeri Pulau Pinang pelbagai perkara yang dibuat perubahan dan semestinya yang sibuk gedik untuk tunjuk kuasa adalah PAS. Apa yang pastinya PAS buat adalah menguasai semua masjid dan surau. Walau bagaimanapun menjadi masalah apabila pengurusan agama Islam di Pulau Pinang terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Negeri.
Apabila Lim Guan Eng mengetuai kerajaan, beliau telah meminggirkan wakil tunggal PAS iaitu Allahyarham Datuk Hamdan ADUN Permatang Pasir. Wakil rakyat PAS itu tidak dilantik ke apa-apa jawatan dalam kerajaan. PAS merasakan mereka akan diberi kerusi Exco tetapi sehingga ke akhir hayat DAP tidak melantik beliau. PAS juga menekankan untuk mengambil kerusi YDP MAINPP, tetapi jawatan itu disandang oleh ADUN UMNO. PAS sentiasa menekan untuk mendapat kerusi tersebut kepada DAP sehingga ada ahli PAS rasa seperti tertipu.
Namun pendedahan yang menarik tentang isu perlantikan YDP MAINPP itu sebenarnya PAS telah ditipu berkali-kali oleh DAP dan PKR. Apabila kerusi YDP MAINPP dipertikai, Fairus yang ketika itu menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 telah memanggi YB Ust Shahbudin Yahya untuk berbincang mengenai perletakan jawatan beliau sebagai YDP MAINPP, tetapi YB Shahbudin menyatakan bahawa tauliah beliau dan ahli majlis MIANPP adalah sehingga Disember 2009 yang telah dikeluarkan oleh SPB YDP Agong.
Perbincangan demi perbincangan dijalankan antara YB Ust Shahbudin dengan Fairus dan sentiasa hadir dalam perbincangan tersebut adalah Datuk Zaharin selaku Pengerusi Perhubungan PKR negeri Pulau Pinang ataupun dihadiri bersama dengan Dr Mansor yang kini menjadi TKM 1, kerana Zaharin dan Malik merasakan Fairus masih mentah dalam soal begini. Sepanjang perbincangan yang kurang lebih 3 kali di pejabat TKM1, PAS tidak pernah dijemput bersama untuk memberi pandangan. PAS tak pernah dijemput.
Atas nasihat TYT Tun Rahman Abas supaya orang Islam Pulau Pinang tidak menyeret Majlis Agama Islam ke dalam kancah politik, akhirnya UMNO dan PKR bersetuju untuk melantik Ust Illias Zakaria sebagai YDP MAINPP yang baru. Maka watikah perlantikan Ilias Zakaria telah diterima pada bulan Ogos iaitu sebelum tarikh PRK Permatang Pasir. Yang menarik PAS tidak pernah terlibat dalam keputusan itu.
Perlantikan Ust Ilias Zakaria adalah berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan PKR supaya jawatan YDP MAINPP tidak disandang oleh orang politik, maka bagaimana PAS mahu melantik Salleh Man? Lagi pun Ust Ilias Zakaria walaupun memang penyokong PAS beliau adalah Ahli Majlis MAINPP selama 15 tahun, dan pengalaman beliau sebagai penjawat awam di USM melayakkan beliau berbanding dengan Salleh Man yang hanya menjadi pengurus sekolah agama persendirian, itupun terpaksa ditutup, katanya Salleh Man songlap duit sekolah.
Kepada penyokong-penyokong PAS di Pulau Pinang, anda harus sedar bahawa anda telah ditipu berkali-kali oleh DAP & PKR. Harap PAS dapat bersemuka dengan DAP & PKR untuk memastikan segala usaha penat lelah mereka bekerja semasa pilihanraya umum atau kecil berbaloi. Jangan lah jadi kita umat Islam sentiasa ditipu oleh mereka yang sengaja mahu merosakkan agama suci ini.

No comments:

Post a Comment