Thursday, December 10, 2009

DAP hina atau mahu hapuskan Islam?

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang sebelum ini kelihatan macam begitu kasih dan sayang kepada Islam apabila sanggup belajar tentang Al-Quran dari PAS dan minta Nik Aziz menegurnya jika bacaan ayat al-Quran yang dibacanya salah. Pengalaman blogger bersama pemuda-pemuda PAS menyatakan adalah tidak salah dan berharap terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam. Tetapi nampaknya Nga hanya menipu dan menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya sahaja, kenyataan tu telah menimbulkan kebencian yang amat sangat pemuda PAS kepada Bloger.
Semalam Nga mengeluarkan kenyataan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.
Mungkin sekali lagi pemuda PAS akan menyokong kenyataan Nga ini, kerana Nik Aziz pun akan menyokong Nga, Blogger faham bagi mereka apa sahaja sanggup digadaikan demi kuasa politik.

Untuk mereka sila rujuk Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan, yang menyebut:

".....: tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalm mengerjakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu."

Mengapa ada peruntukkan sebegitu dalam Perlembagaan Persekutuan? Ini kerana Perkara 3(1) menyebut:

"Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"

Apa yang menarik ialah perkataan aman dan damai mungkin ramai yang kurang faham mengapa ianya dimasukkan. Tafsiran aman di sini bermakna daripada segi amalan, agama selain ISLAM tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan “aman dan damai” masyarakat negara ini.


“ADALAH SAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG UNTUK MALAYSIA MENYATAKAN ATAU MENGANGGAP DIRINYA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM, WALAUPUN TIDAK SEMUA UNDANG-UNDANGNYA BERASASKAN HUKUM- HUKUM ISLAM.” – laporan Suruhanjaya Perlembagaan (1957) Perenggan 57.,

Jadi, takkan puak-puak PAS yang amat kasih dan sayang kepada DAP ini, silalah buka hati dan minda anda serta fikir luar kotak politik atau pengaruh politik, apakah agenda DAP ini kepada Islam?

“Menggunakan politik untuk
memartabatkan ISLAM hukumnya DIHARUSKAN………
“Menggunakan ISLAM untuk
meraih kuasa politik hukumnya
HARAM……”

Dr. Yusuf Qardhawi

Mat Bangla,Nepal, Indon, Afrika disara RM30 sehari oleh Kerajaan.

Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM30.2 juta untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara asal mereka bagi tempoh 2007 hingga 2009, Dewan Rakyat diberitahu Khamis.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata jumlah itu digunakan untuk menampung kos pengusiran seramai 154,729 orang Pati.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM30 sehari bagi seorang Pati yang ditahan di Depot Imigresen."Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah meliputi kos harian dan kos rawatan sahaja. Kos ini tidak termasuk kos perubatan."Manakala, kos bagi urusan pengusiran Pati ke negara asing iaitu udara, laut dan darat pula adalah di bawah tanggungjawab kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (PKR-Bagan Serai) di Parlimen di sini mengenai kos pengendalian Pati yang ditahan dan siapa yang menanggung kos pengembalian ke negara asal mereka.
Mohsin Fadzli juga mahu tahu bilangan Pati yang telah ditahan untuk tahun 2006-2008 mengikut pusat-pusat tahanan dan tempoh seseorang itu ditahan.Abu Seman berkata jumlah keseluruhan bilangan Pati yang ditahan di Depot Imigresen seluruh negara bagi tempoh tersebut ialah seramai 248,939 orang.
Beliau berkata sebelum seseorang Pati itu dihukum dan kemudian diusir ke negara asal, mereka akan ditahan di Depot Tahanan Sementara.Katanya, Pati yang ditahan adalah tertakluk kepada urusan pemeriksaan, identifikasi, siasatan dan dakwaan oleh pegawai-pegawai imigresen."Setelah Pati tersebut disiasat dan dikenakan hukuman (dipenjarakan atau dikompaun atau kedua-duanya sekali), Pati berkaitan kemudiannya akan diusir ke negara asal mereka," katanya.Selain itu, beliau berkata tempoh penahanan seseorang Pati ditahan turut bergantung kepada beberapa faktor lain seperti dokumen perjalanan Pati, tiket kapal terbang dan pengesahan oleh pihak kedutaan.
Dipetik dari BERNAMA
Komen WR: Rasanya budak sekolah asrama pun dibiayai sebanyak RM28 sehari, begitu juga dengan bayaran makanan untuk kanak-kanak tadika kemas RM10 sahaja sehari. Kenapa MP pembangkang sekadar mahu tahu sahaja, mengapa mereka tidak mengambil sesuatu tindakan untuk mengatasi masalah ini? Tidakkan ini juga dinamakan sebagai pembaziran wang rakyat? Adalah dimohon supaya wakilrakyat PAS, DAP dan PKR sama-sama turun membenteras kedatangan PATI terutamanya yang bekerja sebagai GRO di pusat-pusat hiburan yang dilesenkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.