Saturday, June 6, 2009

DAULAT TUANKU !!

Hari ini, seluruh warga Malaysia bercuti kerana menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Malaysia adalah antara negara yang masih lagi mempertahankan sistem pemerintahan yang meletakkan sistem beraja dalam pemerintahan. Iaitu sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, yang mambawa makna rakyat yang memerintah menerusi pilihanraya dan raja selaku pengimbang kuasa antara rakyat.
Suatu yang menarik tentang sistem beraja ini, boleh kita kaji dan fikirkan tentang peristiwa yang berlaku dan tercatat dalam buku karangan Tun Seri Lanang- SULALATIS SALATUN:
Maka sembah Demang Lebar Daun kepada Sang Sapurba Trimurthi Tribuana:
“Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah ke bawah Duli Yang Dipertuan. Hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. Syahadan jikalau ia berdosa besar-besar, dosanya sekalipun jangan ia difadilatkan dan dinista dengan kata-kata yang jahat-jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau patut pada hukum syar’i.”

Maka sembah Demang Lebar Daun,
“Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku.”
Maka titah Sang Sapurba Trimurti Tribuana.
“Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu.”
Maka baginda pun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”

Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku.”
Maka titah Sang Sapurba Trimurti Tribuana. “Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu.”
Maka baginda pun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”


Untuk rencana lanjut sistem pemerintahan bernegara berasaskan raja sila klik di sini: Negara Berasaskan Sistem Beraja.

Friday, June 5, 2009

Kisah orang PKR yang sombong dan lupa diri.

Minggu ini merupakan antara minggu yang menarik berlaku di Pulau Pinang, antaranya ramai jabatan kerajaan dan swasta berebut-rebut nak buat program atau mesyuarat di kawasan Balik Pulau kerana musim buah durian yang sudah tiba. Blogger juga tidak ketinggalan untuk menikmati kelazatan berbagai variasi durian Balik Pulau yang memang terkenal. Tapi yang sedihnya ahli Parlimennya saja yang jarang nak balik ke Balik Pulau, walau dalam musim apa pun.
Tapi antara episod yang menarik ialah, kerajaan negeri Pulau Pinang menerima seorang Timbalan Ketua Menteri 1 yang baru iaitu Dr. Mansor Othman ADUN Penanti. Dr Mansor juga diamanahkan dengan berberapa portfolio yang berbeza dari Fairus dahulu, antara tugas beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat.


Namun ada lagi episod yang lebih menarik yang berlaku di Pulau Pinang, iaitu tindakan berberapa ahli PKR yang dilantik menjadi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai telah memboikot majlis amgkat sumpah YDP yang baru iaitu Mokhtar Jait. Untuk rekod Mokhtar adalah bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, antara pegawai daerah yang terbaik di Malaysia. Blogger mengenali Mokhtar Jait dengan dekat dan Mokhtar pernah menyatakan tentang pendirian politik beliau: "saya penjawat awam yang berkhidmat kepada kerajaan semasa, jika kerajaan semasa adalah BN saya akan setia kepada mereka tapi jika kerajaan semasa PR saya juga akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada mereka demi kepentingan rakyat". Kata-kata Mohktar itu memang ada benarnya dan seharusnya setiap penjawat awam mementingkan rakyat dan taat kepada kerajaan semasa.

Perbuatan ahli majlis MPSP dari PKR yang memboikot majlis angkat sumpah YDP jelas menunjukkan mereka lebih mementingkan kepentingan diri bukan rakyat. Tindakan tersebut diketuai oleh ketua whip ahli majlis PKR iaitu Johari Kasim. Pesoalan yang menarik untuk kita sama-sama ketahui mengapa Johari begitu bersungguh-sungguh memprotes perlantikkan Mokhtar sebagai YDP, kerana tempat tersebut adalah milik Johari sebagaimana yang telah dipersetujui antara pemimpin atasan DAP dan PKR, tetapi sebaliknya berlaku. Mengapa Johari beriya-iya mahukan jawatan tersebut? Tidak lain hanyalah untuk mempastikan mereka boleh "BUAT DUIT" dari MPSP walaupun majlis dalam keadaan yang tenat dalam soal kewangan. Jadi kalau begini sikap dan niat tersembunyi orang PKR, jadi jangan lah bermulut celupar untuk menuduh orang UMNO perasuah.

Episod ini telah menimbulkan krisis kecil antara PKR dan DAP di Pulau Pinang. Krisis yang melanda Pakatan Rakyat Pulau Pinang semakin merebak apabila DAP terus mendesak lapan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR - yang membantah pelantikan presiden baru MPSP semalam - supaya meletak jawatan. Pada masa yang sama, pemimpin PKR terbabit pula meminta pemimpin DAP tempatan supaya "jangan menjaga tepi kain orang lain".

Ng, yang merupakan setiausaha politik kepada ketua menteri, menuduh lapan ahl MPSP dari PKR bertindak seperti "ahli Umno". "Mereka fikir mereka dari Umno, tetapi kita, DAP, bukan dari Gerakan."Pendirian DAP ialah mereka mesti letak jawatan serta merta," kata Ng kepada Malaysiakini hari ini.Sementara itu, dalam reaksinya, ketua wip PKR di MPSP, Johari Kassim menasihatkan Ooi - yang juga ketua kakitangan di pejabat ketua menteri - dan Ng supaya tidak bertindak melewati bidang mereka.

Memang Pulau Pinang mempunyai pelbagai cerita yang menarik dalam minggu ini, dari buah durian hingga lah kepada kesan golekkan durian. Kepada orang PKR, adalah diharap jangan jadi sombong dan lupa diri dengan kuasa sementara yang dipinjamkan oleh Allah kepada anda. Jika kamu kufur dan tidak mensyukuri nikmat yang diberi DIA akan menarik balik apa yang dianugerahkan.
Menjadi penonton pertandingan bola sepak memang mudah untuk komen dan menuduh itu dan ini, itu tak betul, ini tak kena, tak pandai. Tapi bila kamu sendiri dah berada di padang, bolasudah dikaki, pintu gol sudah dihadapan, cubalah lakukan apa yang pernah kamu katakan, komen semasa berada di luar padang, jangan jadi penipu dan hipokrit.

Wednesday, June 3, 2009

Bila Durian dah berbuah!

5.00pm Blogger hari ni berpeluang ke Balik Pulau Pulau Pinang ke dusun durian seorang teman. Memang banyak sungguh durian di sini....mmm rasanya elok blogger makan durian dulu lah, nanti kita cerita lagi. Jemput makan!!!


Balik Pulau dah jadi meriah disebabkan musim durian yang telah tiba, walaupun yang akan mendapat "durian runtuh" hasil dari runtuhan durian ini bukanlah dikalagan orang Melayu, tapi blogger tetap berbangga kerana masih ada lagi orang Melayu yang mempunyai berekar-ekar tanah dusun. Semoga mereka mempertahankan tanah warisan turun temurun bukan kerana durian tetapi kerana maruah orang Melayu di Pulau Pinang. Pesanan: kalau ada orang ajak datang ke Balik Pulau untuk apa jua urusan, janganlah lepaskan peluang kerana durian Balik Pulau memang berlainan dari durian tempat lain, mungkin pokok kena angin laut kot.

Monday, June 1, 2009

YB Mansor ADUN Penanti

Penanti semalam mendapat seorang lagi wakilrakyat baru yang kedua dalam penggal pilihanraya ke 12. Perkara ini berlaku setelah penyandangnya "meletak jawatan". Pilihanraya kecil yang paling menarik dijalankan dan bersejarah kerana pertama kali jumlah pengundi yang keluar mengundi hanya lah 46.15 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pemilih berdaftar.
Walaupun calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman hanya bertanding dengan tiga calon Bebas yang lain, beliau hanya mampu memperoleh undi sebanyak 6,052 sahaja.
Jumlah itu berkurangan sebanyak 1,294 berbanding undi yang diperoleh oleh calon PKR Mohammad Fairus Khairuddin pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu iaitu 7,346 undi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengesahkan peratusan tersebut jauh lebih rendah dan rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini. Keputusan pilihan raya tersebut juga jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi tidak mahu keluar mengundi kerana tidak bersetuju dengan cara pilihan raya itu diadakan hanya semata-mata kerana mahu menyelesaikan masalah dalaman PKR.
Walau apa pun, keputusan telah dibuat oleh sebahagian rakyat untuk memilih Mansor sebagai wakilrakyat maka menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk melaksanakan amanah rakyat dengan sebaiknya. Lim Guan Eng sendiri telah mengumumkan bahawa akan melantik Mansor sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dalam kerajaan campuran Pulau Pinang.
Oleh yang demikian, rakyat tidak mahu pisang berbuah dua kali, semasa Fairus menjadi ADUN Penanti dan TKM dahulu beliau sering tidak mengambil peduli tentang rakyat walaupun beliau adalah anak tampatan Penanti. Alasannya sibuk di pejabat mejalankan tugas sebagai TKM. Perkara yang sama boleh berulang, tambahan pula Mansor bukanlah anak tempatan dan tidak pernah mengetahui selok belok kawasan Penanti. Jika dalam kempen-kempen PRK baru-baru ini saudara dan PKR menabur janji-janji yang manis belaka, maka perkara yang manis jua lah yang saudara kena realisasikan. Selesaikan masalah perbandaran yang semakin buruk di Penanti, selesaikan masalah pendatang tanpa izin yang semakin membanjiri kawasan tersebut supaya rakyat tidak hidup dalam ketakutan dirompak dan rumah mereka dipecah masuk.
Saya mendoakan YB Mansor akan menjalankan amanah yang diberikan walaupun oleh pengundi-pengundi yang terdiri dari orang PKR, tetapi anda menjadi wakilrakyat kepada semua. Berkhidmatlah dengan cemerlang.

Sunday, May 31, 2009

Orang PAS yang bodoh, bangang unta baghdad.

Blogger pagi tadi memandu di Kangar Perlis dalam perjalanan pulang dari mesyuarat di Kangar, selepas bandar Kangar, blogger berhenti di simpang lampu isyarat, blogger berada di sebelah kiri jalan dan ada sebuah kereta 4x4 di sebelah kanan. Selepas lampu isyarat tersebut ada sebuah masjid kira-kira dalam 100 meter. Bila lampu isyarat hijau blogger pun menggerakkan kereta, tetapi dengan tiba-tiba kereta 4x4 tersebut meluru ke kiri di hadapan blogger tanpa memberi isyarat lampu terus membelok untuk ke masjid di hadapan.
Dengan pantas blogger menekan brek mengejut dan hampir terlanggar kereta mamat yang bodoh, bengong, bangang unta bagdad ni sambil menekan hon yang berpanjangan. Bila blogger ke hadapan kereta tengok pemandunya, adalah peimpin PAS yang memang blogger kenal, walaupun dia pemimpin kecik saja tetap blogger kenal dan dia pun rasanya kenal blogger.
Menyumpah blogger dalam kereta, nak ke masjid tu memang dah kerja baik, tapi yang sungguh kurang ajar cara memandu tu yang menyebabkan blogger rasa kurang hormat pada sahabat ni.
Identiti dan plat nombor kereta blogger rahsiakan, sebab tak mahu jadi kurang ajar, bodo, bangang bengong macam dia tu.

UMNO salah strategi di Penanti.

Blogger tertarik dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang menyatakan bahawa 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti kerana calon BN tidak bertandingi dan jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya.

Dengan kenyataan tersebut, implikasinya berlaku di Penanti hari ini, apa bila pertusan yang keluar untuk membuang undi sangat perlahan dan rendah. Adakah tindakan pengundi berdaftar tidak keluar mengundi, mungkin juga terdiri dari ahli UMNO adalah tindakan yang bijak dan matang dalam berpolitik? Blogger merasakan UMNO tidak faham sistem demokrasi yang diamalkan, mengundi adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini yang berdaftar. Jika adanya pilihanraya tidak kira samada PRK atau PRU, pengundi seharusnya keluar mengundi. Jika mahu protes atau memboikot pilihanraya dan ingin memberi pengajaran kepada PKR atau mana-mana parti pembangkang, ahli UMNO yang mengundi harus memberi pengajaran dan mesej yang lebih jelas dan akan memalukan parti pembangkang ini.

Sepatutnya UMNO menggesa ahlinya keluar mengundi seperti biasa, tetapi pastikan protes diterjemahkan dalam kertas undi iaitu dengan membuatkan kertas undi tersebut rosak, samada dengan cara memangkah semua calon, atau 2 calon, atau apa juga tindakan yang membuatkan kertas undi itu rosak. Tujuannya bukanlah kerana pengundi UMNO bodoh, tetapi cuba anda bayangkan jika dalam PRK Penanti terdapat 5000 kertas undi rosak, mungkin pertama dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Perbuatan ini akan memberi mesej dengan jelas kepada PKR bahawa rakyat bukan sahaja tidak menyokong mereka, malah amat tidak bersetuju dengan cara mereka berpolitik yang hanya memikirkan kepentingan peribadi tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Dalam masa yang sama juga UMNO boleh menilai kekuatan pengundi yang menyokong mereka.
Perubahan yang dilaung-laungkan oleh UMNO, sepatutnya mestilah sesuatu yang lebih memberi impak, dan dirasai leh rakyat, bukan berertorik semata-mata, mengatakan mereka bagus, enak-enak, elok mulus, tetapi sebenarnya hancur dan teruk. Rakyat semua tahu benda ni.

Blogger pagi tadi terima panggilan telefon dari pengundi UMNO di Permatang Pauh, menanyakan di mana boleh dia memohon sumbangan bagi meringankan beban untuk mendaftar anaknya memasuki universiti nanti dalam bidang perubatan. Di tanya mengapa tidak minta sumbangan dari Ketua Bahagian dan pimpinan kanan UMNO Permatang Pauh? Jawab sahabat blogger, " kalau depa boleh tolong takkan aku nak tanya kat hang, depa pegang jawatan untuk kaya sendiri sahaja, boleh buat rumah berjuta ringgit di kelab golf, tapi bila mintak sumbangan anak masuk universiti banyak dolak dalih depa"
Ditanya kakak dah keluar mengundi kah?
"awal lagi dah, tapi aku undi dr mansor walaupun aku meluat kat PKR tetapi aku la ni lebih benci pada pemimpin UMNO yang sombong dan hipokrit"
Blogger: No komen...................